Seorang wanita sanggup berbogel berjalan mengelilingi pejabat semata-mata mahu menaikkan semangat rakan sekerjanya.
Rakaman tular yang berlaku di Warsaw, Poland itu telah menimbulkan kemarahan ramai netizen.
Aksi wanita bogel yang hanya berkaca mata dan memakai but itu seolah-olah meniru babak dalam filem Wolf of Wall Street.
Daily Mail melaporkan, ia dipercayai dirancang oleh majikan syarikat terbabit dan wanita tersebut dibayar untuk berbuat demikian.
Menerusi video, dia berjalan melepasi pekerja lelaki di situ tanpa seurat benang dan memakai pakaian semula apabila tiba di meja kerjanya.
Walau bagaimanapun, menurut sumber wanita terbabit sudah berhenti kerja sejak videonya tersebar di Internet.
Seorang lelaki yang mengulas tentang video tersebut menyifatkan dunia sudah nak kiamat apabila manusia mula kehilangan harga diri dan berkelakuan seperti haiwan.
Namun ada juga individu dikenali sebagai Buu, mempertahankan aksi tersebut dengan mengatakan,
"Saya tidak faham kenapa ramai orang marah. Ya, gadis itu berbogel. Tak usah pura-pura terkejut macam tak pernah tengok wanita berbogel sebelum ini."
Sumber: CARI
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2h5pdrH
via IFTTT