Tular di media sosial apabila seorang pekerja penghantar barang cedera teruk di muka selepas menjadi mangsa serangan anjing ketika menghantar barang di kawasan perumahan.
Cedera diserang anjing
Menurut aplikasi Tiktok milik Asri Izham, pemuda yang yang dipercayai adiknya mengalami kecederaan di muka dan telah dikejarkan ke klinik selepas mengalami luka dalam setelah menjadi mangsa serangan anjing.
@asri_izham Tolong Lah Alert Wahai Tuan Rumah Yang Bela Anjing Tu Kesian Lah Dekat Geng Geng Courier Yang Menghantar Barang Dekat Korang Tu😭GWS My Brother👏🏻❤️
♬ original sound - Fatil (Kento)
Dalam kapsyen yang disertakan dengan video kecederaan adiknya itu, Asri meminta agar mana-mana pemilik rumah yang membela anjing mengawasi haiwan peliharaan mereka kerana boleh membahayakan orang lain.
Jadi, dia berharap agar para rider yang menjalankan khidmat penghantaran barangan berhati-hati dengan situasi tersebut.
Boleh saman ni tuan
Sehubungan dengan perkongsian video itu, ramai yang meluahkan rasa geram terhadap tuan anjing yang tidak peka dengan reaksi haiwan peliharaan mereka jika melihat orang asing di kawasan rumah.
Selain itu, warganet turut menzahirkan rasa simpati terhadap pemuda berkenaan dan mendoakan agar diberi kesembuhan selepas mendapat rawatan susulan menjadi mangsa serangan anjing semasa bekerja.
Walau bagaimanpun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan tepat berkenaan insiden tersebut.
Hal ini kerana kenyataan yang dimaklumkan oleh pemilik akaun Tiktok itu tidak selaras dengan jawapan pemuda tersebut yang ada menyebut tentang anjing liar dalam perbualan yang dirakam itu.
Sumber: Asri_Izham via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/3cRx2zB
via Merah Hati Cintaku