Friday, 5 February 2021

Ketika Ziarah Kubur, Jangan Sesekali Cabut Rumput, Ini Sebabnya

Jangan Cabut Rumput Diatas Kubur

Mungkin ramai tidak tahu atau tak sengaja. Niat kita mungkin hanya mahu membersihkan kubur sahaja kerana jarang menziarahi ahli keluarga yang terlebih dahulu dijemput Illahi. Tapi rupanya perbuatan mencabut rumput di atas kubur mempunyai hukum berbeza. Baca penjelasan diberi oleh Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum cabut rumput yang tumbuh atas kubur ini.

”Hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur adalah segala yang tumbuh di atas kubur. Ia tidak termasuk kawasan lain seperti jalan di sekeliling kubur atau tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan. Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dalam kalangan ulamak mazhab padanya.

Mazhab Syafie

Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur. Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم

Erti : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas ku bur) selama ia belum kering (m4ti) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak m4yat yang datang kisahnya dari hadith Nabi SAW.”

Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS MENCABUT TUMBUHAN ATAS KU BUR

Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ

Erti : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas ku bur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak m4yat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah m4ti nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”

Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.

Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

Erti : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas ku bur sebelum tumbuhan itu m4ti.”

Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ

Erti : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas ku bur itu ialah atas yang bukan pemiliknya.”

Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه

Erti : “Dan tidak harus bagi selain pemilik ku bur mencabut tumbuhan atas ku bur itu jika ia belum kering (m4ti).”

PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ

Erti : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak m4yat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)

Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas ku bur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها

Erti : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas ku bur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada m4yat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)+

KESIMPULAN

Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni ku bur men cabut rumput atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas ku bur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok. Harus ke atas pemiliknya mengambil atau men cabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas ku bur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya.

Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram. Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.

Sumber: https://mymediamaya.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3oVzOGn
via Merah Hati Cintaku