Selepas video para pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang J&T didakwa melakukan mogok dengan membaling parcel milik pembeli tular di media sosial, banyak kecaman telah diterima oleh mereka.
Video yang berdurasi beberapa detik itu memperlihatkan para pekerja J&T membaling barang-barang ditempat pengumpulan selepas mempunyai masalah dengan pihak pengurusan syarikat tersebut.
Beratur minta maaf
Susulan daripada itu, para pekerja yang melakukan keganasan tempoh hari telah tampil memohon maaf diatas keterlanjuran yang mereka lakukan.
Video permohonan maaf mereka dimuat naik oleh pihak J&T Ekspress Perak sendiri di laman Facebook mereka sebentar tadi.
Dalam video tersebut mereka menjelaskan bahawa perkara tentang pekerja J&T mogok dan tentang komisen adalah tidak benar.
Selain itu, mereka juga meminta maaf kerana telah menjejaskan nama baik syarikat serta merosakkan barang-barang rakyat Malaysia seperti yang dilihat menerusi video tular sebelum ini.
Di akhir rakaman berkenaan, para pekerja berjanji akan menghantar barang pesanan pelanggan secepat yang mungkin.
Keluar surat terbuka permohonan maaf juga
Disamping itu, pihak J&T Malaysia turut mengeluarkan surat terbuka permohonan maaf mereka secara bertulis dan dimuat naik di media sosial.
Mereka juga menerangkan beberapa isu yang tular sejak kebelakangan ini bagi memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia.
Sumber: J&T Ekspress Malaysia, J&T Ekspres Perak via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/2YSVjNc
via Merah Hati Cintaku