Monday, 14 May 2018

PKR Minta Penyokong Anwar Bersabar


Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersabar sehingga ketua umum parti itu dibebaskan kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Ya minta penyokong bersabar, penyokong saya difahamkan dah mula sampai dari seluruh negara," katanya kepada pemberita di Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.

Katanya, sejurus pembebasan itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengatur mobilisasi menyambut Anwar serta, bekas ketua pembangkang itu akan menyampaikan ucapannya.

“(Esoknya juga) Ramadhan pertama, kita akan susun mobalisasi pembebasan itu. Anwar akan turun beri ucapan,” katanya.


Ditanya mengapa penangguhan mesyuarat Lembaga Pengampunan dibuat pada Rabu, Saifuddin berkata ia merupakan permintaan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Katanya, lagi segala dokumentasi berkaitan Anwar telah pun lengkap dan kini cuma menunggu mesyuarat Lembaga Pengampunan itu sahaja.

“Saya bercakap dengan bahagian undang-undang PMO yang mengesahkan semua dokumentasi lengkap. Kita melihat ini satu perkara normal, mungkin Lembaga Pengampunan perlu sedikit masa lagi dan saya optimis perkara (mesyuarat) itu akan berlaku jam 11 pagi, Rabu untuk kita menyambut Datuk Seri Anwar,” katanya.

Sementara itu, peguam Anwar, R Sivarasa berkata, persidangan Lembaga Pengampunan itu akan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan turut dihadiri Peguam Cara Negara II, Datin Zauyah Be T Loth Khan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa anggota lain.

Sumber: Malaysiakini


from Sehinggit Media https://ift.tt/2KYwJmd
via Merah Hati Cintaku