Friday, 18 May 2018

Air Kathira Abu Bakar Asli Hanya Di Jual Pada Bulan Ramadhan



Pernah rasa Air Kathira Abu Bakar ?

apa tak pernah ? ahh bukan orang johorlah agaknya.



Bila sekali tengok macam air tembikai susu tetapi rupanya bukan. Inilah air katira asli.

Air kathira Abu  Bakar ini hanya akan di jual pada bulan ramadhan. Menurut kak Radiah ianya merupakan wasiat dari bapanya.

Air Kathira ini di buat khas dari campuran ramuan terpilih seperti Buah Semangkuk, Buah Kurma, Buah Badam, Buah Kabung, Kismis, Kathira, Agar-Agar, Biji Selasih dan Makanan-Makanan Sunah.

Kandungan di dalam air sudah di ketahui umum.Semestinya minuman yang menyehatkan dan memberi tenaga untuk kita lagi-lagi bulan puasa.Dapat dirasai kesegarannya melalui rongga tekak sehingga ke perut. Terasa kesegaran tenaga badan kembali selepas menikmatinya.




Bila orang viralkan dan menjadi bualan mulut masyarakat alam maya. Maka teringinlah juga merasa dan acik berkesempatan untuk ke tempat pembuatannya.

Memang tak di nafikan rasanya sedap tetapi bagi yang kurang minat minuman manis boleh di hidangkan dengan air batu.

Memang segar, tapi macam acik beli sendiri ke tempatnya dan katanya ada yang complain basi.Perjalanan jauh itu di ambil kira juga, jadi alternatif yang di berikan adalah dengan memberi ais untuk di bungkus bersama air katira tersebut.

Memang masa buka, air katira ini jugalah jadi pilihan. Sedap kamu kena cuba !

SUMBER : akupenghibur.com