Tuesday, 15 May 2018

Dua Beradik Ditikam Hingga Mati, Pengasuh Dipenjara Seumur Hidup


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pengasuh dari New York City yang menikam hingga mati dua kanak-kanak di bawah jagaannya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol atas kesalahan membunuh.

Yoselyn Ortega bekerja selama hampir dua tahun menjaga anak pasangan Marina dan Kevin Krim, namun pada pada Oktober 2012 Ortega membawa Lulu, 6, dan Leo, 2, ke bilik air lalu menikam mereka sehingga mati.

Mayat kedua-dua kanak-kanak yang berlumuran darah dengan mata terbuka ditemui ibunya yang pulang ke rumah bersama anak perempuannya, Nessie berusia 3 tahun.


Ketika hukuman dijatuhkan, Ortega menangis sambil meminta maaf, perlakuan yang disifatkan ganjil memandangkan sepanjang perbicaraan pengasuh itu tidak melihatkan sebarang penyesalan.

Peguambela Valerie Van Leer-Greenberg mendakwa Ortega menderita psikosis parah ketika melakukan pembunuhan namun ibu bapa mangsa menuntut hukuman penjara seumur hidup bagi memastikan Ortega tidak dapat meninggalkan penjara hidup-hidup.

"Dia harus menghabiskan sisa hidupnya di penjara!," kata bapa mangsa. - PressTV

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2IIsc8R
via Merah Hati Cintaku