Kemunculan Hanis Zalikha di dalam rancangan Meletop sebagai pengacara jemputan baru-baru ini mendapat respon sangat baik daripada penonton.
Ramai yang menontonnya mengatakan Hanis lebih tenang dan membuat ‘ homework’ sebelum bersiaran secara langsung.
Kombinasi antara Nabil dan Hanis juga dikatakan menghiburkan.
Menurut pengguna laman social twitter yang bernama Anis, Hanis kelihatan bersedia dan berpengetahuan tentang dunia hiburan. Selain daripada itu, Hanis juga dikatakan bijak melontarkan soalan.
Kehadiran Hanis benar-benar memberikan impak positif kerana rancangan ini dilhat lebih berinformatif dan bukan hiburan semata-sama.
Tambahan pula ramai peminat Hanis merindui kemunculannya di kaca televisyen. Setelah sekian lama Hanis menyepikan diri dalam dunia pengacaraan sejak melahirkan Yusuf Iskandar, akhirnya malam tadi Hanis kembali mengubat kerinduan peminatnya.
Suami Hanis, Hairul Azreen turut memberikan sokongan padu kepada isteri yang tercinta. Sebaik selesai melaksanakan tugasnya, Hanis Zalikha meluahkan rasa terkejut dan gembira dengan peluang mngantikan Neelofa serta tidak lupa untuk memohon maaf kepada audien sekiranya terdapat kesilapan ketika mengacara.
Hanis Zalikha mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Hairul Azreen. Tahniah diucapkan kepada Hanis Zalikha kerana persembahan yang baik semalam. Jarang penonton memuji hos Meletop.
Selalunya hos Meletop dikecam hebat setiap minggu dengan corak pengacaraan mereka yang bersahaja.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media http://ift.tt/2Co6aG5
via Merah Hati Cintaku