“Mommy sekelian, ada tak yang macam saya? Sebelum pakaikan pampers anak, wajib perah dulu…”
Inilah yang dikatakan oleh Alang Narzita melalui salah satu perkongsiannya yang mendapat sambutan ramai daripada kaum ibu.
Menurutnya lagi, dia telah mempraktikkan cara ini selama 11 tahun, iaitu bermula daripada anak sulung hinggalah sekarang anak keempat yang berusia 1 tahun 9 bulan.
INI SEBABNYA SAYA ‘RAMAS’ DAN ‘PERAH’ DULU PAMPERS ANAK SEBELUM PAKAI
Sudah menjadi kebiasaaan bagi Alang Narzita untuk ‘memerah’ atau ‘meramas lembut’ lampin pakai buang ini kerana ia dapat melembutkan struktur lampin pakai buang yang sudah lama terlipat di dalam pembungkus.
Kata Alang Narzita, ia memang berbeza daripada lampin pakai buang yang tidak diramas kerana lampin pakai buang baru mempunyai tekstur dan permukaan yang lebih keras dan mungkin sensitif bagi kulit punggung bayi.
“Lampin pakai buang jenama apa pun boleh buat. Sungguhpun pampers dah direka cukup lembut untuk kulit punggung bayi yang sensitif, tapi kalau diperah, diramas, dan direnyuk ‘manja’, spannya akan menjadi lebih lembut. Tidaklah keras sekeping macam mula-mula baru keluar dari pek.” jelasnya.
Kebanyakan ibu bapa tertarik dengan petua ini dan tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Tidak kurang ada juga ibu bapa yang sudah lama mempraktikkan dan amat berpuas hati dengan kaedah ini.
Menurut komen daripada ibu bapa terutamanya, lampin pakai buang jenis seluar juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Apabila anak memakai lampin pakai buang, ia tidak bocor dan selesa mengikut bentuk punggung anak. Kulit anak pula menjadi montok dan licin sebab ianya lebih lembut.
Ada juga ibu bapa yang bertanya adakah lampin pakai buang itu akan bocor jika berbuat demikian. Jawapannya ialah sama sekali tidak kerana kebanyakan jenis lampin pakai buang telah direka dengan ciri ketahanan.
Namun harus diingatkan supaya anda tidak ‘memerah’ atau ‘meramas’ lampin pakai buang itu dengan terlalu kasar.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua dan kongsikan kepada orang lain agar mereka mengetahui kaedah yang baik ini.
Sumber: Era Baru
from Sehinggit Media http://ift.tt/2BAOkuu
via Merah Hati Cintaku