Saturday, 27 January 2018

Status Kami? Complicated – Sufian Suhaimi


Benarlah orang kata dalam tempoh pertunangan dugaan yang datang pasti berat dan amat menguji. Baru-baru ini penyanyi Sufian Suhaimi membuat kenyataan hubungannya dengan pelakon Elfira Loy sedang melalui fasa rumit. Bagaimanapun perkara itu bukanlah sehingga menemui jalan buntu. Dia masih lagi berusaha dan sentiasa berdoa agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

"Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.

"Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik," ujarnya dipetik daripada mStar Online.


Terdahulu, Sufian Suhaimi pernah menafikan hubungan dia dan Elfiro Loy bermasalah. Cuma komplikasi yang berpunca daripada orang sekeliling menyebabkan terdapat beberapa isu berbangkit, menurutnya. 

Dalam pada itu, Sufian mengakui dia sebenarnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Sebagai indvidu saya bersedia untuk berkahwin, tapi perkahwinan ini bukan semudah itu, ia melibatkan ramai pihak terutamanya keluarga.

"Kita tidak boleh membelakangi keluarga terutama ibu bapa, sebab itu saya kata sebagai individu saya bersedia,"ujarnya.


Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober tahun lalu setelah empat bulan berkawan rapat. Mengikut perancangan awal, tarikh pernikahan yang dirancang adalah pada bulan Mac 2018 namun penyanyi lagu Terasa Ada ini memberitahu dia dan Elfira belum lagi mempunyai tarikh tepat untuk majlis itu. 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EeICBp
via Merah Hati Cintaku