Friday, 26 January 2018

'Peluh Babi' Tiada Kaitan Dengan Shila Hamzah..


Di Malaysia bila bercakap pasal isu babi semuanya jadi sensitif. Tak taulah siapa yang lebih sensitif. Orang yang memakan babi atau orang yang diharamkan memakan babi.

Kadang-kadang jika istilah ini dalam bentuk perumpamaan bahasa Inggeris, ia akan jadi makna yang berbeza dan sering disalah tafsir. Seperti yang berlaku pada penyanyi popular di Malaysia dan China, Shila Amzah.

Menerusi akaun Instagramnya, dia baru sahaja selesai bersenam sehingga mengeluarkan peluh dan sempat selfie dengan menulis kapsyen ‘Sweating Like A Pig’ atau juga di terjemahkan dalam bahasa melayu, ‘Berpeluh Seperti Babi’. Eh betul ke?

Jika ia dibaca oleh individu yang cetek ilmu, mesti ramai yang menyangka Shila Amzah berpeluh seperti haiwan itu. Macam tak senonoh pula bunyi tu kan?

Sekadar untuk perkongsian, perumpamaan ini sebenarnya ada maksud yang berbeza dari andaian sesetengah orang.

‘Sweating Like A Pig’, Berpeluh Seperti Babi ?

Perumpamaan dalam Bahasa Inggeris, ‘Sweating Like A Pig’sebenarnya tiada kaitan dengan haiwan babi. Menurut portal NowIknow.com, babi tidak berpeluh, jadi mereka berkumpul di lumpur untuk menyejukkan badan mereka.

Jadi bagaimana maksud bahasa Inggeris “Sweating Like A Pig” tercipta?

Perumpamaan ini sebenarnya sebutan kepada istilah “pig iron”, yang merupakan bahan membentuk besi dalam peleburan. Peleburan adalah proses menghasilkan logam dari bijihnya.


Sebagai sebahagian daripada proses menghasilkan keluli, bijih besi dicelup ke dalam sesuatu yang dipanggil “pig iron.” Objek adalah versi besi yang rapuh yang, kerana ciri ini, mempunyai kegunaan yang terhad.

Objek ini mendapat namanya dari bentuk tradisionalnya, seperti yang terlihat di bawah, yang menyerupai sebilangan kecil anak babi yang melekat pada ibu mereka.


(Pembentukan hiasan “anak babi” dalam gambar adalah tidak sekata).

Sensitif Dengan Istilah ‘Babi’

Jangan jadi kan perumpamaan ini untuk dikecam oleh netizen. Maklumlah, apa-apa yang ada kaitan dengan babi akan ditolak dan ditentang habis-habisan masyarakat kita lagi-lagi umat Islam.

Tak kiralah DNA babi, daging babi, bulu babi, lemak babi dan apa-apa sahaja yang dikaitkan dengan babi pasti akan jadi isu di media sosial. Buka minda sedikit!

Sumber : Hangat


from Sehinggit Media http://ift.tt/2GmzLOw
via Merah Hati Cintaku