Tuesday, 30 January 2018

"Sape Ek Beliau Ini Lalu Tol Tak Payah Bayar?" – Padah Muatnaik Status Bodoh, Wanita Cantik Ini Teruk Dikecam Netizen


Baru-baru ini, jadi tular di laman Facebook setelah status yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna telah teruk dikecam orang ramai, akibat kebodohan pengguna itu sendiri.

Status yang telah dimuatnaik oleh Mona Syamimi Mohd Samsuddin yang mempersoalkan mengapa sebuah kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran Z8 dibenarkan melalui plaza tol tanpa perlu membuat sebarang bayaran. 


Bodoh tu simpan sikit

Status Mona itu kemudian telah menjadi tular setelah mendapat perhatian ramai netizen. Rata-rata mereka terkejut dengan tahap pengetahuan am Mona yang rendah kerana tidak mengetahui siapakah pemilik kepada kenderaan bernombor pendaftaran Z8 itu.



Yang ni pulak apa?

Selain Mona, turut terdapat beberapa orang pengguna yang lain yang memang selama ini tidak mengetahui fungsi kenderaan bernombor pendaftaran Z ini.


Sila hadam ye kawan-kawan

Bagi mereka yang tidak mengetahui, nombor pendaftaraan kenderaan yang bermula daripada huruf Z adalah untuk kegunaan pihak tentera dan tidak boleh digunakan oleh orang awam, termasuklah anggota polis.

Untuk makluman semua, kenderaan rasmi ATM memang tak payah bayar tol.

Saya bagitahu supaya tak timbul fitnah. Bukan kereta rasmi untuk pangkat Jeneral saja yang tak perlu bayar tol, segala jenis kenderaan bermula Z. Kalau kalian kenal kereta perisai ACV 300 nama Adnan tu pun sekali la, memang tol dikecualikan.


Kang ada pula nampak saya naik kenderaan tentera bermula ZL, lepas tu viralkan sebab lalu tol tak bayar. Tak baik ya. Tanyalah elok-elok. Saya betulkan tanggapan tu.

ATM ni lah yang menjaga perairan, udara, sempadan negara. Kerana mereka inilah kita semua boleh tidur lena malam-malam. Hidup tenteram pun sebab ada mereka yang bertugas tak tentu masa. Kita tak nampak apa kerja mereka tapi tanpa mereka ni, huru hara kita.

Bersyukur lah Malaysia masih aman ya.


Sumber : Mona Syamimi Mohd Samsuddin via http://ift.tt/2gd4Ye1


from Sehinggit Media http://ift.tt/2np4Glw
via Merah Hati Cintaku