JIKA sebelum ini kenderaan haruslah memberi laluan jika kenderaan VVIP melalui jalan raya namun tidak sebaliknya menghalang laluan jalan raya.
Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk satu lagi kelas personal coaching. Tiba-tiba di belakang saya ada beberapa buah superbike Polis Trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi untuk memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.
Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat nombor pendaftaran keretanya, rupanya kereta rasmi Najib.
Apa yang menariknya, saya ingat saya seorang saja yang tidak memberikan laluan, rupa-rupanya semua kereta di depan saya juga buat bodoh dengan arahan Polis Trafik itu sehingga Polis Trafik itu kelihatan kalut tak tahu nak buat apa-apa apabila kereta-kereta yang lain buat tak tahu dan enggan memberikan laluan.
Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas, kami cuma mahu menyuruh menteri amalkan apa yang menteri sarankan kepada rakyat iaitu:
“Kalau tak nak bayar tol dan elak jalan sesak, sila bangun awal pagi,”
Jadi, menteri kalau tak nak menghadap jalan sesak, hangpa bangun pagi atau balik kerja lewatlah bhai. Tak pun naik saja pengangkutan awam, kata berjiwa rakyat.
Tak teringat pula nak rakam gambar polis dan kereta Najib itu yang kelihatan tidak tentu arah kerana gagal meloloskan diri dari jalan sesak. Terpana dengan panaroma yang jarang-jarang dapat dilihat ini. – FB Fadzil Khairi.
Status tersebut mendapat hampir 25,000 Likes dan dikongsi oleh hampir 5,000 orang..
Padan muka VVIP tu.. biar dia rasa sendiri macam mana rakyat rasa bila terperangkap dalam kesesakan hasil dari perancangan lalu-lintas yang bijak oleh Kerajaan..
Wajarkah kita memberikan laluan buat VVIP itu?.. adakah ianya menjadi satu kesalahan tidak memberikan laluan buat VVIP itu?
Baca ni…
According to legal expert Datuk Jahaberdeen Mohamad Yunos, the short answer is no, you don’t have to. This is because there is no such law that requires motorists to give way to a VIP convoy on the road. However, each situation has to be scrutinised on a case by case basis, he stated.
In a report by New Straits Times, Jahaberdeen said: “We have to look at the situation in order for action to be taken. If the VIP concerned is going for an official meeting and the stationary motorist is preventing him from conducting his job, then yes, he (the motorist) can be forcibly asked to move. But if the VIP is using the road in his personal capacity, then the motorist is not obliged to move and give way to him.”
Tak salah rupanya..
Jadi saranan aku buat Menteri-menteri tu lain kali kalau tak mahu terperangkap dalam kesesakan, bangunlah awal-awal pagi untuk ke Mesyuarat atau Majlis itu.. kalau kami rakyat boleh buat pasai apa hangpa tak boleh buat?
P/S : Jika anda berbangga dengan pangkat yang dipegang di dunia, Janganlah anda lalai untuk mengejar AKHIRAT. Antara VVIP dengan lembu, mana yang kena beri laluan guna jalan raya?
Sumber : Anak Sungai Derhaka
from Sehinggit Media http://ift.tt/2DTLRR8
via Merah Hati Cintaku