Selepas teruk dihentam netizen kerana menghina nama mendiang bapa Watson Nyambek, Ini respon balas Ammar Titan.
Pengacara program ‘Sukan Tak Sentral’ TV3, Ammar, atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan itu memohon maaf hari ini, ekoran tindakannya yang tidak menjaga sentiviti dengan mempermainkan nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.
“Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya.
“Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya,” katanya menerusi kenyataan di Instagramnya, hari ini.
Bagaimanapun, ini pula posingnya di instagram 3 hari lepas sebelum program tersebut disiarkan. Seolah-olahan dia menujukan kepada dirinya sendiri sebelum menonjolkan kebodohannya semalam secara live.
Menerusi program yang disiarkan pada malam Sabtu, hos rancangan TV itu, Ammar dilihat mempersenda nama bapa Watson dengan menyamakannya dengan bunyi seekor binatang (kambing).
Perkara itu turut mendapat reaksi Watson sendiri yang menonton program itu di Facebooknya selain melahirkan rasa kecewa dan tersinggung dengan perbuatan menghina bapanya yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu.
Reaksi Watson itu turut mendapat reaksi daripada netizen dan isu itu mula menjadi hangat apabila video rakaman program itu mula tersebar di laman sosial hari ini.
Ekoran itu juga, pihak Primeworks Studios (TV3) mohon maaf secara terbuka kepada Watson Nyambek.
Sumber: Infokini
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2p80cze
via IFTTT