Penduduk kampung Ulunggolaka tiba-tiba menjadi kaya-raya apabila sungai yang melintasi kampung mereka tiba-tiba dipenuhi emas selepas banjir pada minggu lalu di kampung Ulunggolaka Sulawesi Tenggara Indonesia.
Purata sehingga ke hari ini semenjak kejadian itu seorang boleh mendapat 30 ke 40 gram emas perhari.
Mardin iaitu salah seorang penduduk kampung yang pergi ke lokasi penemuan emas ini telah menjelaskan bahawa ketika emas tersebut baru sahaja ditemui hanya penduduk sekitar lokasi sahaja yang melakukan pendulangan emas.
Namun begitu sekitar empat hari selepas berita penemuan tersebut tersebar luar, akhirnya sekarang ratusan orang telah pergi ke lokasi emas tersebut. Kalau kami bercakap tentang hasil memang ada.
Saya sahaja mampu dapat sampai 30 gram sekali mendulang. Pendulangan masih dilakukan secara manual,” katanya pada hari Isnin yang lalu.
Sumber: Eberita
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pe9NVm
via IFTTT