Tuesday 25 April 2017

Dr. Sheikh Muzzafar Sanggup Gemuk Sama-sama Demi Isteri Yang Hamil Kembar


Mungkin ramai tak tahu ketika ini angkasawan pertama negara Datuk Dr. Sheikh Muzaffar dan isteri, Datin Dr. Halina sedang teruja menantikan cahaya mata kembar. Siapa yang tak gembira isteri berbadan dua, kembar pula.

Khabar ini diceritakan oleh Dr. Halina dalam enti terbaru blog kendaliannya. Namun begitu akuinya hamil kembar ternyata agak berbeza dengan dua kandungan sebelum ini. Perbezaan itu cukup untuk menyebabkan dia berasa dia bukan dirinya lagi.

Antaranya sentiasa rasa mengantuk tanpa mengira masa dan dalam masa yang sama tak mampu minum kopi untuk menanganinya.

Dr. Halina yang kini hamil lapan minggu turut mengalami kesukaran makan hidangan ikan yang sebelum ini tidak menjadi masalah buat dirinya. Selain itu seperti ibu hamil lain katanya dia juga tidak dapat lari dari alahan pening dan muntah.


Dr. Sheikh Muzzaffar risau baby lahir kecil

Namun ada satu kisah menarik yang dikongsi oleh Dr. Halina tentang suaminya selama dia melalui kehamilan pada trimester pertama.

Ia berkenaan sikap Dr. Sheikh Muzzaffar dalam menangani kebimbangan tentang bayi yang dikandung dilahirkan tidak cukup berat atau kecil.

"Dia asyik beri saya makan kerana bimbang anak kembarnya lahir tak cukup berat atau kecil. Pernah satu ketika saya teringin makan kuih bom dan dia beli sampai 15 biji untuk saya makan.

"Tapi saya hanya mampu habiskan sebiji saja dan saya paksa diri makan sebiji lagi untuk menjaga hatinya."

Sanggup makan bersama dan tambah berat sama-sama

Masalah untuk makan bukan hanya disebabkan alahan, ujar Dr. Halina dia sendiri sebenarnya terlalu takut untuk makan lebih daripada biasa kerana bimbang berat badan akan naik dengan banyak.

"Sebenarnya sebelum mengandung ini saya sudah dapat kembali berat badan saya sewaktu belum berkahwin. Saya berusaha keras untuk memperoleh berat ideal ini.

"Saya bersenam setiap hari dan makan makanan sihat. Bukan saya saja, suami juga. Tapi bila tahu sudah berbadan dua, saya takut untuk makan dengan kerap. Payah untuk saya tukar mind set saya.

"Dan demi memastikan saya makan lebih kerap untuk bayi yang saya kandung, suami kata dia sanggup makan bersama dan tambah berat sama-sama.

"Saya anggap itu satu pengorbanan dan ia sesuatu yang cukup sweet. Jadi sekarang motto kami sudah berubah dari “Couples that work out together, stays together” kepada “Couples that eat together, stays together.

"Untuk gambar berdua seperti di atas saya berkorban untuk cover perut suami," tulisnya lagi.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pjMXO6
via IFTTT