Tuesday 25 April 2017

Selepas Kaki, Tangan Adik Thaqif Pula Terpaksa Dipotong Akibat Jangkitan Kuman..


JOHOR BAHRU - Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman kini menjalani pembedahan memotong tangannya.

Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini. 

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas tangan kanan kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

“Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong,” katanya meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuang darah beku, beberapa hari kemudian.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pgqK1r
via IFTTT