Saturday 29 April 2017

Lelaki Hilang 47 Hari di Himalaya Ditemui Masih Hidup Bersebelahan Mayat Teman Wanita, Hilang 28KG


Seorang pendaki yang hilang selama 47 hari di kawasan bukit bakau Nepal ditemui masih hidup bersebelahan mayat teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selama tiga hari.

Liang Sheng-yueh, 20, terperangkap berdekatan dengan kawasan air terjun bersama teman wanita Liu Chen-chun selepas mereka kehabisan bekalan makanan.

Liu meninggal dunia tiga hari sebelum pasukan penyelamat tiba untuk menyelamatkan Liang. Ketika ditemui, berat Liang hilang sebanyak 28kg selain kakinya sudah memburuk dan dimakan ulat.

"Dia sedang tidur ketika pasukan menyelamat menemui mereka," kata penyelamat, Madhav Basynyat.

"Dia terbangun apabila terdengar kami. Kami sangat terkejut menemui dia masih hidup. Dia berkata teman wanitanya sudah tiga hari mati".

Kini, Liang dirawat di sebuah hospital di Kathmandu selepas diahntar oleh penyelamat menggunakan pengangkutan udara.

Pada mulanya, pasangan dari Taiwan itu mengikuti aliran sungai dengan harapan dapat menemui perkampungan tetapi mereka menemui jalan buntu apabila tiba di pinggir air terjun dan tidak mampu memanjat naik semula.

Mereka meneruskan hidup dengan memakan potato dan mi segera sehinggalah kehabisan makanan.

Ahli keluarga melaporkan kehilangan pasangan itu apabila mereka tidak dapat menghubungi mereka pada 10 Mac lalu.

Rakan pasangan itu, Chou Chiang-chieh, berkata pasangan terbabit berbasikal dari India ke Nepal untuk 'pengembaraan impian'.

"Dia (Lui) berjuang untuk terus hidup di Himalaya terlalu lama dan saya sangat sedih dia tidak berjaya. Dia seperti keluarga kepada saya." kata Chou.

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oTOA1j
via IFTTT