Sunday, 2 April 2017

Pelajar Fail Tuntutan Saman RM2 Juta Kerana Dibuli


KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun memfailkan tuntutan RM2 juta terhadap sembilan pihak termasuk lima individu yang juga bekas pelajar seniornya kerana membulinya dua tahun lalu.

Tuntutan remaja itu dibuat menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 46, sebagai plaintif difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini melalui Tetuan W.A Wan Adnan & Associates.

Selain lima bekas pelajar senior berusia 19 tahun itu, plaintif turut menamakan Penolong kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), bekas Pengetua Sesma, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Berdasarkan penyata tuntutan, plaintif menuntut ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dari defendan berkaitan kejadian buli membabitkan plaintif di Sesma, Wakaf Tembesu pada 26 April 2015.

Akibat kejadian itu, plaintif yang merupakan anak kedua daripada empat beradik mengalami kecederaan teruk, kejutan dan tekanan perasaan, trauma dan kehilangan tumpuan pelajaran.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ntIsw3
via IFTTT