Saturday, 1 April 2017

Cerita Sebenar Budak 5 Tahun Kemalangan Pandu Kereta Abang Sendiri


Seorang budak lelaki berusia 5 tahun dipercayai memandu kereta milik abangnya sehingga terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menurut sumber, kanak-kanak lelaki itu mengambil kunci kereta abangnya dan memandu sendirian untuk mengikuti kakaknya yang keluar dari rumah dengan menaiki motosikal.

Dalam kejadian yang berlaku di jalan besar di persimpangan Jalan Nenas berdekatan dengan perumahan Taman Desa Meru, kanak-kanak terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dalam keadaan selamat.

Menurut sumber lagi, ketika kejadian abang mangsa mengalami demam teruk dan tidak menyedari ketika adiknya itu mengambil kunci kereta.

Difahamkan, ketika berlaku kemalangan itu, orang awam mendekati kereta untuk melihat keadaan pemandu, namun mereka sangat terkejut kerana mendapati pemandu kereta yang berwarna merah terbabit adalah seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 5 tahun.

Berikutnya adalah gambar-gambar yang diperolehi daripada Poksu Vll yang telah dimuat naik ke laman Facebook ketika kemalangan berlaku yang membabitkan budak 5 tahun itu.





from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nsmbih
via IFTTT