Wednesday, 30 December 2020

Pramugari Cantik Angkat Sawit, Ramai Yang Cair Hati, Sanggup Beri Mas Kahwin RM50000

KUDRAT seorang wanita lazimnya terbatas. Jarang-jarang kita dengar wanita yang bekerja di ladang dan mengangkat sawit dengan tenaga sendiri.

Selalunya, jika pekerja wanita yang mengambil upah, mereka lebih terhad kepada kerja-kerja membuang pelepah daun sawit atau mengutip biji sawit yang bertaburan.

Pun begitu, lain pula kisah seorang pramugari cantik yang berasal dari Keningau, Sabah ini.

Dengar cerita, ramai jejaka ‘cair’ melihatnya dan sempat mengusik dengan mengatakan mereka sanggup membayar mas kahwin sehingga RM50,000!

Dengan tubuh tinggi lampai dan langsing itu, gadis yang dikenali dengan nama Rachel itu membuktikan kudrat wanita cukup luar biasa.

Bukan calang-calang tenaga sumandak Sabah itu. Beliau dilihat mampu mengangkat buah sawit yang berat ketika membantu bapanya di ladang sawit milik keluarga.

Dalam video pendek yang dikongsikan dalam akaun TikTok dengan kapsyen ‘Dad’s Plam oil plantation. Pekerja dady balik kampung. So kami ganti buat kerja dia orang sementara‘ mendapat lebih 18,000 tanda suka.

Tidak hanya sibuk membantu di ladang sawit, si cantik itu juga rajin menolong di bendang melalui perkongsian video yang dimuat naik baru-baru ini.

Rata-rata komen netizan memang menghiburkan. Masakan tidak, ramai-ramai yang teruja khususnya kaum lelaki yang dikatakan sanggup berbelanja besar untuk menjadikan wanita itu sebagai suri hati.

KOMEN NETIZEN

Antara komen yang lucu, syarat untuk masuk meminang, lelaki itu mestilah kuat dan mampu mengangkat buah sawit tanpa gagal.

Tidak perlu berpakaian seksi pun untuk buat lelaki cair.

Tidak kurang juga yang memuji kerajinan wanita cantik itu yang tidak malu untuk bekerja di ladang, mahupun bendang demi membantu keluarga dan dikatakan sumandak rata-ratanya rajin bekerja.

Ramai yang kata sumandak yang rajin dan humble ini limited edition sebab dikatakan jarang-jarang yang kuat bekerja seperti Rachel.

Video yang dikongsikan Rachel terus viral sehingga membuatkan rakannya tumpang gembira dan rata-rata netizan memberi komen memang ramai sumandak yang rajin bekerja sepertinya.






Kisah Rachel yang rajin bekerja dan menolong ibu bapa di kampung memang wajar dipuji dan dicontohi.

Apapun, ramai wanita di luar sana yang hebat-hebat, cekal hati dan gagah perkasa!

Sumber: SinarPlus



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3htYkvW
via IFTTT

Chikuzenni (Nishime) – Simmered Chicken and Vegetables 筑前煮

A Japanese ceramic bowl containing simmered chicken and vegetables.

Classic Japanese nimono dish cooked with chicken, shitake mushrooms, lotus root, konnyaku, taro, and burdock root in a savory dashi stock.

READ: Chikuzenni (Nishime) – Simmered Chicken and Vegetables 筑前煮

One Way to Avoid Other Guests? Book the Entire Hotel


By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https://ift.tt/3nUO8z7

Tuesday, 29 December 2020

Toshikoshi Soba (New Year’s Eve Noodles) 年越しそば – ‘Midnight Diner: Tokyo Stories’

A Japanese bowl containing Toshikoshi Soba Noodle Soup with fish cake and wakame seaweed.

Cross over into the New Year with a piping hot bowl of soba noodle soup - a tradition called Toshikoshi Soba.  It’s a simple Japanese noodle dish to melt away the hardship of the past year and welcome the journey ahead.

READ: Toshikoshi Soba (New Year’s Eve Noodles) 年越しそば – ‘Midnight Diner: Tokyo Stories’

Monday, 28 December 2020

Bayi Positif Covid-19, Hasil Siasatan Dapati Bayi Dijangkiti Oleh Orang Dewasa Yang Pulang Dari Negeri Zon Merah – PKD Kota Setar

Terkini, terdapat satu kes Covid-19 melibatkan seorang bayi dilaporkan di negara ini yang mendapat jangkitan oleh orang dewasa.

Menerusi kenyataan ringkas Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan dijangkiti oleh individu itu yang baru pulang dari negeri Zon Merah.

”Dukacita dimaklumkan, terdapat kes melibatkan bayi dan hasil siasatan mendapati bayi terbabit dijangkiti oleh orang dewasa yang pulang dari negeri Zon Merah,” kata kenyataan.

Menurut kenyataan di ruangan komen, pihak Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar turut mendoakan agar bayi tersebut sembuh daripada jangkitan.

Pihaknya turut mengingatkan kepada ibu bapa yang lain agar tidak membawa bayi keluar dan menghadkan jumlah kedatangan tetamu ke rumah.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut merayu individu yang berada di Zon Merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar tidak merentas daerah atau negeri bagi membendung penularan Covid-19 ke kawasan lain.

Katanya, kebimbangan tersebut timbul berikutan risiko individu terbabit membawa virus berkenaan ke kawasan Zon Hijau sehingga mencetuskan kluster jangkitan baharu.

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar via Siakapkeli.my



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3mXjfc7
via IFTTT

Tiada Penjarakan Fizikal, Ribuan Penumpang Bersesak Di Jeti Feri Ke Langkawi

KUALA PERLIS: Walaupun berdepan risiko jangkitan COVID-19, ribuan pengunjung termasuk warga tua dan kanak-kanak yang mahu ke Langkawi seolah tidak mempedulikannya dan sanggup bersesak untuk menaiki feri.

Tinjauan Astro AWANI di Terminal Feri Kuala Perlis mendapati sebahagian besar penumpang yang ingin masuk ke terminal tidak mengamalkan penjarakan fizikal malah beratur dalam keadaan rapat antara satu sama lain.

Difahamkan, pengurusan terminal itu menempatkan kakitangan serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk mengawal keadaan, namun suasana menjadi luar kawalan terutama ketika penumpang berada di pintu masuk bangunan.

Astro AWANI turut difahamkan keadaan itu berlaku hampir setiap hari berikutan pertambahan pelancong domestik yang ke pulau peranginan berkenaan, lebih-lebih lagi sejak cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti Krismas.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom berkata pihaknya menambah baik beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

"Ia termasuk mengehadkan individu yang berada di kawasan menunggu (dalam terminal) dengan penumpang hanya dibenarkan memasuki kawasan berkenaan sejam sebelum masa pelepasan feri.

"Kita juga menambah bilangan pekerja bagi tugas memantau di kawasan pintu masuk feri agar tidak ada kesesakan yang serius selain memastikan pengguna perkhidmatan feri memakai pelitup muka sepanjang masa.

"(Ada) Penumpang-penumpang telah mula lupa bahawa mereka masih tertakluk kepada SOP dan tidak jaga penjarakan fizikal.

Baharin berkata pihaknya turut bersedia menambah kekerapan perjalanan feri sekiranya mendapati permintaan khususnya pembelian tiket secara dalam talian dan fizikal di kaunter meningkat sekali gus dapat mengelakkan orang ramai bersesak pada satu-satu masa.

Katanya, semalam Ferry Lines Ventures membuat 10 perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi bermula jam 8 pagi hingga jam 9.30 malam melibatkan 4,790 penumpang.

Sebelum ini, Konsortium Ferry Line Ventures menyatakan kesediaan untuk menerima lebih 20,000 pengunjung dalam masa sehari dengan menambah kekerapan perjalanan dari terminal di Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3nYpBci
via IFTTT

Lelaki Nikah Dua Wanita Serentak

PALEMBANG- Kisah poligami di Indonesia bukanlah perkara asing lagi di negara itu. Terbaharu pengguna media sosial kembali heboh dengan kisah lelaki menikahi dua wanita serentak.

Pengantin lelaki dikenali sebagai Suwan itu menikahi dua wanita yang bernama Anggun dan Popy Anggraini pada tarikh 26 Disember lalu di sebuah kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan.

Menerusi gambar dan video tersebar, ketiga-tiganya memakai persalinan pengantin tradisi adat Sumatera Selatan berwarna merah keemasan.

Pasangan mempelai juga dilihat menyanyikan lagu dan berjoget bersama dengan tetamu yang hadir bagi meraikan majlis mereka.

Media di negara itu turut melaporkan majlis perkahwinan itu mendapat tumpuan masyarakat setempat.

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media News https://ift.tt/38018hz
via IFTTT

Instant Pot Kuromame 黒豆 (圧力鍋)

Sweet black soybeans garnished with a gold leaf in Japanese red and gold dishes.

These jewel-like, sweet black soybeans called Kuromame, are a classic Osechi dish enjoyed during Oshogatsu - Japanese New Year. You want to eat them for good health for the new year!

READ: Instant Pot Kuromame 黒豆 (圧力鍋)

Sekarang Baru Saya Sedar. Kenapa Orang Bangun Sebelum Subuh Selalu Berjaya

Waktu subuh adalah waktu emas bagi kita. Di waktu itu terdapat banyak manfaat serta kebaikan yang boleh diperolehi. Umat islam juga amat digalakkan bangun sebelum waktu subuh untuk mengerjakan amalan seperti solat,zikir dan baca al-Quran. Fadilatnya sangat besar. Amalan bangun sebelum merupakan amalan yang dilakukan kebanyakkan orang-orang berjaya. Tak percaya? Jom ikuti perkongsian daripada saudara Afnan Rosli ini.

“Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat Subuh. Waktu tu waktu orang tidur. Saya memang duk fikir soalan ni dari dulu lagi.

Then when I got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan. Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia.

Tak kira dia jahat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hitler yang jahat tu pun bangun awal pagi.

Kenapa?

Orang yang berjaya bangun awal ni mereka adalah Over achievers.

Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.

No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Bangun pulak kalut-kalut bersiap. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.

Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4am-5am kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.

Ini 5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:

MIND OVER MATTERS

Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.

Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.

MORE PRODUCTIVITY

Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti.

Orang-orang Spartan ada satu pepatah “He who sweats more in Training, bleeds less in War.”

Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.

STRENGTHEN WILL POWER

Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.

Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah!

Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.

START WITH VICTORY

Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.

Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.

PEACEFUL

Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.

Robin Sharma kata, “Achieve more while the world is still sleeping.”

Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.

So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai hari ini!

Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!

“The body Achieves what the mind believes”

Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!,” kongsinya.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/37TYB8j
via IFTTT

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam, Kembung Perut Dan Susah Tidur. Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi-lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman.

Bukan itu sahaja, tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi situasi ini. Dah bagi susu, tukar lampin, sapu minyak angin pun tetap sama keadaannya.

Periksa suhu anak normal tapi apa lagi perlu buat? Mungkin ada sesuatu yang menjadi penyebab tetapi ibu bapa kurang arif mengenainya.

Ada cara yang boleh dilakukan sendiri di rumah seperti dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin 

Ramai bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar bayi nangis malam. Bayi kembung perut, susah tidur malam, kerap mimpi tidak elok, kerap gelisah tanpa sebab, kerap sakit kepala…Boleh amalkan cara di bawah.

Cara ini jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.

Ambil air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut


Baca Al Fatihah 1x.

Selawat Syifa 3x


Al ikhlas 3x 

Kemudian baca “Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah”


Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.

Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur…Jika bayi demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka bayi dan belakang bayi, izin Allah inshaaAllah bayi anda akan berhenti tangisannya, jika demam izin Allah akan kebah demamnya.

Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, jika selesai minum air tersebut, jika gangguan ada dalam badan, kita akan sendawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.

Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh. Jika tak sembuh cari la perawat Islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda.

Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.

Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin…

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin via https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media News https://ift.tt/37RvVga
via IFTTT

Yamachan Ramen Winter Care Package Giveaway (US Only)

a bundle of Yamachan Ramen Winter Care Package

Win a set of this mouthwatering Yamachan Ramen Winter Care Package and get your ramen fix at home today! 5 winners will be selected.

READ: Yamachan Ramen Winter Care Package Giveaway (US Only)

Revisiting the Unseen Corners of the World


By BY THE NEW YORK TIMES from NYT Travel https://ift.tt/38Gq7VX

Sunday, 27 December 2020

Individu Sebar Berita Palsu Neelofa Nikah Di Kelantan, Terkena Minyak Pengasih Dicari

Sebelum ini, hangat netizen mendakwa mengenai keretakan perhubungan antara pendakwah selebriti Harris dan usahawan terkenal Neelofa, apabila kakak dan adiknya, Noor Nabila dan Nur Amira Khan memuat naik Instastory di platfom Instagram yang mencetuskan tanda tanya warganet. Bukan itu sahaja, wujud beberapa tangkap layar perbualan menerusi aplikasi Whatsapp yang mendakwa pasangan itu telah bernikah di Kelantan. Dakwaan itu bagaimanapun telah dinafikan Neelofa dalam satu kenyaataan rasmi semalam.

Terbaru, seorang wanita dikenali sebagai Nadiah yang dipercayai berkhidmat sebagai pembantu peribadi Neelofa, tampil memuat naik satu Instastory mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan segala fitnah terhadap majikannya.

Individu dicari

Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Nadiah dikatakan sedang mencari individu yang dipercayai menyebarkan segala maklumat palsu berhubung kontroversi yang melanda Neelofa. Tambahan pula, dia meminta kepada orang ramai yang mempunyai info mengenai wanita tersebut untuk tampil membantu pihaknya.

Tuduhan dibuat terhadap Neelofa




Terdahulu, Syamira sempat memuat naik satu tweet bersama tangkap layar perbualan Whatsapp menceritakan tentang keadaan Neelofa yang sekali gus menyebabkan imejnya tercalar. Menerusi mesej tersebut menceritakan Neelofa sudah selamat berkahwin dengan Hariss di Kelantan, berwakil wali bapanya sendiri. Tidak berakhir di situ, mesej itu juga menceritakan Neelofa menghabiskan duitnya sebanyak RM100k kepada Harris dan sedang menetap di rumah bakal suaminya.

Lagi menghairankan apabila, mereka turut mendakwa Neelofa sudah terkena minyak pengasih dan terpaksa akur dengan segala permintaan tunangnya. Namun, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi kenyataan media yang dibuat semalam. Jelas tuan empunya badan, segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Menerusi kenyataan media itu juga, beliau meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan segala mesej-mesej yang disebarkan.

Akaun tidak lagi aktif


Terbaru, menerusi semakan kami sebentar tadi, akaun kepada SyamiraSafiya02 tidak lagi aktif dan akaun tersebut dipercayai sudah diactivate oleh pemiliknya.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/37SKSid
via IFTTT

Namasu (Daikon and Carrot Salad) 紅白なます

A black bowl containing Namasu (Japanese Daikon and Carrot Salad).

Thinly sliced daikon and carrot strip pickled in a sweet vinegar sauce. Typically served as a Japanese New Years dish.

READ: Namasu (Daikon and Carrot Salad) 紅白なます

Saturday, 26 December 2020

‘‘Ini Dugaan Bertunang, Doa Yang Baik-Baik,’’ Hubungan Neelofa Dan PU Riz Kini Sukar?

Sejak semalam, tular spekulasi mengenai hubungan pasangan terkenal, Neelofa bersama PU Rizz yang menjadi perbualan di media sosial.

Netizen mula berkongsi pelbagai pandangan dan teori mengenai mereka, kononnya ikatan pertunangan antara mereka sedang melalui ujian.

Memetik laporan dari Astro Awani, selebriti dan usahawan terkenal itu dikatakan sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang.

Namun begitu, berdasarkan perbualan antara ahli keluarga Neelofa pula memberi bayangan bahawa hubungan Neelofa dan Pu Rizz ‘sudah berakhir.’

“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Rizz,” kata sumber itu kepada Astro Awani.

Satu lagi sumber berkata, hubungan antara mereka kini agak rumit untuk dijelaskan, namun meminta agar mendoakan yang baik-baik sahaja.

Sehingga kini masih belum ada apa-apa pengesahan daripada pihak Neelofa mahupun pihak PU Rizz sendiri.

1 November lalu, Neelofa dilaporkan telah disunting oleh PU Rizz, dengan menerima sebentuk cincin sebagai tanda. Malah, pasangan ini juga dikatakan bakal disatukan pada penghujung Mac 2021.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3nWx4J2
via IFTTT

Isteri Orang Menyorok Dalam Almari Baju Elak Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih

Seorang wanita berstatus isteri orang berusia 41 tahun sanggup bersembunyi di dalam almari pakaian untuk mengelak daripada ditangkap khalwat di rumah sewa kekasihnya di Taman Selasih, di sini pada Jumaat.

Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin berkata, serbuan dibuat pada jam 3.40 petang oleh imam dan pegawai Masjid Taman Selasih selepas mendapat maklumat awam serta akaun media sosial milik lelaki itu yang sering memuat naik hubungan intimnya bersama beberapa isteri orang.

Katanya, selepas salam diberi pintu rumah berkenaan dibuka oleh seorang lelaki India yang turut menyewa di rumah terbabit.

"Pemeriksaan lanjut kemudiannya dibuat di bilik yang ditanda dengan nombor 2 dan menemui lelaki itu di dalam bilik berkenaan, manakala teman wanitanya sedang bersembunyi di dalam almari di bilik yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati wanita yang berasal dari Pendang itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, manakala lelaki yang berusia 26 tahun dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu masih bujang.

"Memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mahram jadi mereka ditahan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.

"Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk dibuat laporan sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa pejabat agama untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2WQ0ixc
via IFTTT

Gambar Merisik Sudah Dipadam, Adakah PU Rizz Dan Neelofa Sedang Harungi Dugaan Pertunangan?

Menerusi perkongsian adik beradik Neelofa baru-baru ini, terdapat sesuatu yang cuba disampaikan mereka. Lebih menimbulkan tanda tanya apabila gambar merisik di antara PU Rizz dan juga Neelofa kini sudah pun tiada.


Selain itu melalui portal murai.my, ketiga-tiga adik beradik Neelofa juga turut berkongsikan doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruk.

Sehingga kini belum ada lagi kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak namun dalam masa yang sama peminat turut berharap semuanya baik-baik belaka.

Netizen mula berkongsi pelbagai pandangan berhubung dakwaan kononnya ikatan pertunangan antara kedua-dua mereka sedang melalui ujian.

Menurut beberapa sumber yang dihubungi, dakwaan yang mengatakan pertunangan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dengan PU Rizz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang.

Ini kerana, kata sumber itu, belum ada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut keluarga Neelofa berhubung isu tersebut.

November (2020) lalu, pasangan PU Rizz dan juga Neelofa menggemparkan industri hiburan apabila khabar merisik mereka tersebar malah PU Rizz juga dikatakan turut menjadi imam mereka sekeluarga sebelum majlis berlangsung.

Selain itu Neelofa pernah berkongsikan bahawa dia pernah berdoa agar dikurniakan pasangan yang bukan hanya boleh membahagiakannya, tetapi seluruh umat Islam.

Apa pun, semoga kedua-dua belah pihak ini tabah berhadapan dengan perkara yang melanda.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/37NaJrE
via IFTTT

How to Make Tai Meshi with Leftover Baked Sea Bream 鯛飯

A Kamadosan (Japanese donabe) containing Tai Meshi (Japanese Sea Bream Rice) garnished with julienned ginger.

Flavored by a savory broth extracted from sea bream bone, this Japanese Sea Bream Rice (Tai Meshi) is made with leftover baked sea bream.

READ: How to Make Tai Meshi with Leftover Baked Sea Bream 鯛飯

Friday, 25 December 2020

Japanese Baked Sea Bream 鯛の姿焼き

A lacquer tray containing a whole Japanese Baked Sea Bream.

Seasoned with salt and baked till crisp on the skin and juicy inside, this Japanese Baked Sea Bream is often served on celebratory occasions, including Oshogatsu (Japanese New Year).

READ: Japanese Baked Sea Bream 鯛の姿焼き

Ebit Lew Sediakan Rumah Sewa Buat Keluarga India Tinggal Dalam Kereta

Pendakwah yang juga usahawan terkenal negara, Ebit Lew membiayai sewa rumah kepada pasangan India yang tinggal di dalam kereta bersama tiga anaknya di Pulau Pinang, selepas kediamannya terbakar April lalu.

Menurut Ebit yang turut dikenali sebagai Ustaz Ebit, S Ganesh bekerja sebagai pengawal keselamatan dan keluarganya terpaksa menumpang mandi di tandas awam.

Jelasnya, amat menyedihkan apabila empat beranak berkenaan terpaksa tidur di dalam kereta dan terpaksa mencatu makanan.

"Sedihnya rasa, saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta.

"Saya sewakan rumah cantik selesa ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah PPRT. Dah dua kali mohon semenjak rumah terbakar.

 "Tapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kisah Ganesh mendapat perhatian media tempatan yang menyiarkan kesengsaraan dihadapi keluarga itu selepas rumahnya terbakar.

Selepas insiden itu, Ganesh tiada pilihan lain selain daripada membawa isteri dan tiga orang anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan tinggal dalam kereta.

Selama lapan bulan, Ganesh menjadikan kereta sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan.

Sementara itu, Ebit berkata dia turut hadiahkan kepada keluarga itu peralatan rumah seperti peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk dan sebagainya.

"Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. 

"Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. 

"Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.

"Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel. Doakan perjalanan nak balik KL (Kuala Lumpur)," katanya.

Sumber: Malaysiakini



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3rvtS9i
via IFTTT