Hanya kerana menumpahkan nasi seorang nenek sanggup memukul cucunya sendiri sampai sesak nafas di jalan mawar 1, taman Puchong Perdana, Puchong.
Video penderaan terhadap kanak kanak berkenan tular dilaman media sesial sejak tengah hari tadi.
Menurut pengadu Nathan danapal,ketika beliau berada di restoran puchong intan beliau telah menerima satu masej rekaman video itu melalui watsap group dimana seorang budak perempuan kena dera.
Beliau membuat laporan polis adalah untuk memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis dan segera mengambil tindakan.
Bagaimanapun selepas aduan dibuat dan bantuan ramai yang memviralkan kejadian itu pihak polis telah menangkap suspek dirumahnya di jalan mawar 1, taman Puchong Perdana malam tadi.
Dipercayai kanak-kanak berkenaan bukan ahli keluarga wanita terbabit, sebaliknya mangsa hanya dijaga sementara waktu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.
“Mangsa sudah diselamatkan dan wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.Perkembangan kes akan dimaklumkan kelak,” katanya.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rFhBRg
via IFTTT