Monday, 5 June 2017

Botol Yang Di Isi Bau Kentut dan Air Kencing Anak Dara Laku Keras Dijual..


Zaman teknologi serba canggih ini, banyak perkara boleh di hasilkan dan di jual. Kita juga dapat menampung dan menambah sumber pendapatan sekiranya menceburkan diri dalam dunia jualan dan bisnes.

Namun begitu, hal yang sulit untuk di lakukan oleh para penjual di peringkat awal ialah mereka tidak ada idea untuk menjual produk apa. Ramai pakar dalam dunia bisnes menyarankan untuk kita menjual produk yang punya permintaan dan di lakukan inovasi padanya.

Sebagai contoh, anda mungkin melihat penjual yang lain menjual pisang goreng. Untuk menjual pisang goreng juga, inovasi perlu di lakukan supaya dapat bersaing dengan pesaing lebih berkesan. Maka anda boleh menjual pisang goreng keju atau pisang goreng madu.

Itu adalah perkara normal bila mana anda mendengar penjual menjual produk seperti baju, kerepak, dan lain-lain.

Namun begitu pernahkah anda mendengar penjual menjual produk yang mempunyai bau kentut dan juga air kencing anak dara kepada orang ramai? Sudah tentu ia sangat jelek untuk di lihat namun begitu anda jangan terkejut kerana walaupun produk ini di katakan agak melampau dan kotor, ia sangat laris di jual kepada orang ramai. Jadi, bagaimanakah produk itu di hasilkan dan mengapa orang membelinya?

Pertama produk bau kentut

Sebuah syarikat yang terletak di Amerika telah menghasilkan satu produk di mana dalam botol yang di packing mereka itu terdapat cecair yang mampu menghasilkan bau tengik dan sangat teruk lebih dari bau kentut. Produk ini sangat laris di jual di serata dunia. Mungkin ada yang terfikir mengapalah produk yang tidak ada faedah ini di jual kepada orang ramai?

Produk bau kentut ini sebenarnya biasa di gunakan oleh orang ramai untuk melakukan prank. Pernah ada seorang pelajar membawanya ke sekolah dan menggunakannya di koridor. Baunya yang sangat kuat membuatkan koridor itu perlu di kosongkan dan cleaner sekolah terpaksa datang untuk membersihkan koridor itu.

Salah seorang pembeli yang lain pula menyatakan dia meletakkan cecair kentut itu di dalam kereta kawannya, kereta itu seharian tidak boleh di masuki dan di pandu kerana baunya yang sangat busuk.

Kedua, produk air kencing anak dara

Air kencing adalah sejenis najis yang mana bagi semua orang ianya sangat kotor. Tidak ada orang yang mahu menyimpannya setelah masuk ke dalam tandas. Namun begitu di China ia menjadi produk yang sangat laris. Ini kerana masyarakat di sana percaya air kencing anak dara dapat menyembuhkan penyakit demam panas dan yang membelinya rata-rata mereka anak muda yang sudah melalui era moden tetapi masih percayakan adat dan tradisi orang tua lama.

Dunia ini aneh dan penuh dengan perkara pelik. Namun yang pelik itu masih di terima oleh sesetengah orang.

Sumber: Kisah Dunia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qZlVc6
via IFTTT