Tuesday, 4 April 2017

Subhanallah...Syahdunya Gadis Cantik Ini Mengaji, Boleh Menitis Air Mata Mendengarnya


Status di Facebook yang mengandungi empat rakaman gadis ini mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran telah dikongsi netizen lebih 204k . Baru berusia 14 tahun gadis yang dikenali sebagai Veve Zulfikar tular di media sosial bukan saja di negara kelahirannya Indonesia tapi juga di Malaysia.

Bacaan  Surah Ar-Rahman, Surah Ad-Duha,Surah Al-Mulk,Surah Al-Waqi'ah dari Veve dengan suara yang cukup merdu malah syahdu membuat hati boleh jadi sebak. Demikian betapa suaranya mampu mempengaruhi jiwa mereka yang mendengarnya.


Mungkin kita di Malaysia tidak mengenalinya namun qariah muda ini merupakan anak kepada Ustaz Miqdar Zyalfikar yang juga seorang qari terkenal di negara seberang. Turut memuatkan bacaannya dalam Youtube dan mendapat puluhan ribu tontonan Veve sebenarnya memiliki hobi mengaji dan berselawat dari kecil.

Ujar Veve ayahnya selalu memperdengarkan bacaan surah usai solat, dan hampir setiap mendengarnya pada usia tiga tahun dia sudah menghafalnya walaupun tidak tahu membaca al-Quran lagi.

Kebiasaan mendengar orang mengaji juga memudahkan dia mempelajari al-Quran malah membolehkan dia mempraktikkan bacaannya dengan gaya tersendiri. Pada masa yang sama ayahnya suka merakam bacaannya dan dikongsi di media sosial hingga ramai mengenali gadis ini.

Sering mengikuti ayahnya memenuhi undangan mengaji di merata tempat, kata Veve dia juga memasuki tilawah. Tidak mahu mengaji sendiri katanya dia kerap mengajak dan mengajar rakan-rakannya mengaji. Malah anak sulung Ustaz Miqdar ini juga boleh menggantikan ayahnya mengajar mengaji sekiranya diperlukan.

Beruntungnya ibu bapa anak ini

Sumber: Vanilla Kismis


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nTnusn
via IFTTT