Sunday, 2 April 2017

Suami Ditahan Tanam Ganja Untuk Ubat Isteri, Sebulan Suami Dalam Penjara Isteri Meninggal.


Pulau borneo: Polis Daerah Pulau Borneo telah menangkap seorang lelaki di kampung Sekadau setelah memiliki 39 pokok ganja.

Fidelis Ari yang ditangkap oleh Polis daerah itu sebab memiliki 39 pokok ganja, tapi hasil urine tes Fidelis adalah negatif.

Bila disiasat, rupanya daun ganja yang dimiliki Ari tersebut, digunakan untuk membuat ubat untuk Isterinya Yeni Riawati yang mengidap penyakit langka, ‘Syringomyelia’.

Ari mengetahui ubat tersebut berdasarkan pengetahuannya di dunia maya, konon penyakit yang dialami isterinya boleh sembuh apabila mengamalkan perubatan dengan daun ganja.

Menurut pihak keluarga, Fidelis Ari terpaksa menggunakan ganja sebagai alternatif perubatan setelah berhabis masa dalam bidang kesihatan doktor atau pun tardisional, tidak menunjukan tanda-tanda kesembuhan.

Terbukti, sejak mengamalkan ekstrak ganja, tanda-tanda kesihatan isterinya mulai kelihatan. Yang sebelumnya susah tidur, setelah mengambil ekstrak ganja, boleh tidur, yang mulanya susah makan, kini sudah mulai makan, yang semula tidak mau bercakap, kini sudah pandai bercerita, termasuk cerita masa lalunya.

“Sejak menggunakan ekstrak daun ganja itu memang adik ipar saya sudah menunjukkan tanda-tanda sembuhan,” kata Yohana, kakak kandung Fidelis Ari Sudarwoto kepada pemberita.

Namun, siapa sangka, niat untuk menyembuhkan isteri justru berakhir di penjara, Ari ditangkap Polis kerana memiliki 39 pokok ganja. lebih memilukan lagi, setelah 33 hari berada di Penjara isterinya meninggal dunia, dan meninggalkan anak yang masih berusia 3 tahun.

Kini, pihak keluarga berharap, hakim yang menangani kes Fidelis Ari boleh mempertimbangkan alasan Ari yang terpaksa menggunakan ekstrak ganja.

“Adik saya ini sudah putus asa, untuk berjumpa doktro, rawatan tradisional juga sudah dibuat, jadi memang ganja itu untuk ubat bukan untuk salah guna, hasil urin tes pun negatif, artinya ganja itu memang tidak dipakai untuk dirinya, tapi untuk isterinya.

Harapan kami semoga kes ini boleh menjadi pertimbangan Hakim agar diberikan hukuman rengan.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nQTGy3
via IFTTT