Tuesday, 4 April 2017

Nenek Guna Beg Tangan LV Bernilai RM4423 Hanya Untuk Isi Ikan Di Pasar..


Taipei: Seorang wanita yang menghadiahkan beg tangan berjenama kepada neneknya terkejut apabila mendapati ia digunakan untuk mengisi barangan dapur termasuk ikan.

Wanita itu melalui laman sosial menceritakan kisah dia membeli beg Neverfull dari Louis Vuitton (LV) yang berharga lebih RM4,423 untuk dihadiahkan kepada neneknya.

Katanya, dia membeli hadiah berkenaan selepas mendapati neneknya menggunakan beg tangan sama sejak bertahun-tahun.

Selepas beberapa bulan, wanita itu melawat semula neneknya dan terkejut selepas mendapati beg itu digunakan untuk pergi ke pasar.

Lebih mengejutkan lagi, neneknya meletakkan barangan dapur yang dibelinya termasuk ikan di dalam beg berkenaan.

“Saya baru membeli ikan segar, saya akan masaknya untuk kamu hari ini.

“Beg ini juga sangat bagus. Ia kalis air walaupun sedikit berat,” kata neneknya kepada wanita itu.

Kerana melihat neneknya sangat gembira, wanita itu memutuskan untuk tidak bercakap apa-apa dan terus memeluk neneknya.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai cucu, selagi nenek gembira, saya sudah berpuas hati.

“Patutlah beg LV ini mempunyai reputasi yang tinggi, sangat tahan dan boleh dipercayai,” kata wanita itu.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oBlPue
via IFTTT