Baru-baru ini kecoh seketika apabila ramai peminat ayam goreng McD bengang gara-gara ayam goreng pedas itu cepat habis dan kena tunggu ayam baru untuk digoreng dalam tempoh yang agak lama.
Dalam akaun Facebook McDonald’s Malaysia, mereka mengumumkan bahawa ayam goreng pedas itu telah kehabisan stok sejak semalam akibat permintaan yang tinggi tapi akan kembali dijual semula Jumaat ini.
Restoran makanan segera itu mengesyorkan orang ramai untuk mencuba ayam goreng biasa yang ada. Nampaknya promosi ayam goreng ini telah mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia.
Mungkin McD boleh menambah baik servis kaunter selain daripada menambah stok ayam goreng pedas supaya orang ramai tak perlu tunggu lama demi ayam goreng Mcd.
Sumber: VITDAILY
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oxo6Hf
via IFTTT