Saya nak share kisah hidup yang sudah hampir setahun saya pendamkan. Harap dapat siarkan tanpa mendedahkan identiti saya.
Dulu, habis sekolah saya bercinta dengan rakan sekolah selama 6 tahun. Saya jahil sangat sampai terlanjur beberapa kali. Sehinggalah hujung tahun 2014, kami putus kerana dia sudah ada perempuan lain.
Berkali-kali saya cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak mahu kembali bersama kerana dia sudah jumpa perempuan yang benar-benar sesuai dengan dia. Habis, saya ini apa? Sedih hati saya diperlakukan seperti itu.
Saya berputus asa, tetapi saya tidak dapat menerima hakikat sampai saya pernah menjadi seperti mayat hidup. Bayangkan berat 52kg jadi 40kg dan saya kerap sakit sebab saya hanya tidur 24 jam. Mak saya yang tengok saya pada masa itu pun sudah berputus asa dengan sikap saya.
Sampailah Februari 2015, masa itu saya sudah stabil sikit. Mak nak saya kahwin. Saya tak fikir apa-apa, hanya mengangguk akur sahaja. Saya ingatkan mak main-main, rupa-rupanya mak sudah ada calon untuk saya.
Bulan Mac, ikat tunang tanpa saya kenal siapa lelaki itu. Selepas sebulan ikat pertunangan, barulah dia menghubungi handphone saya. Dia telefon ajak keluar beli barang kahwin sebab kami akan berkahwin pada bulan September.
Masa itu saya berdebar-debar, saya macam tak percaya yang betul ke saya nak kahwin?
Kami berjumpa pada pagi itu. Ayat pertama yang dia katakan pada saya ialah,
"Saya ingatkan mak saya pilih orang yang bertudung," katanya.
Ya saya tahu saya tak bertudung tetapi saya bukan jenis perempuan yang suka pakai seksi-seksi. Masa itu memang saya tersentap sangat dengan kata-kata dia tetapi saya mendiamkan diri.
"Kalau tak sesuai, kita boleh putus," ringkas saya balas.
Dia hanya menggelengkan kepala.
Kami tidak banyak bersembang pada masa itu, hanya mencuba baju dan dia suruh saya pilih set barang kemas. Dia cuba mahu beramah dengan saya tetapi saya dah jadi moody bila mendengar sindirannya tentang tudung itu.
Hari demi hari, kami kerap keluar bersama dan kami sudah menjadi serasi bila bersembang. Namun saya masih tidak punya perasaan terhadapnya.
Selepas malam raya itu, dia bertanya sesuatu yang membuatkan saya tidak boleh berlaku jujur.
"Awak pernah tidur dnegan mana-mana lelaki?"
Saya tak boleh jawab sebab itu aib saya. Saya hanya kata pada dia, "Awak tidak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini."
Dia minta saya jawab dengan jujur tetapi saya tetap tidak mahu menjawab soalan itu dan hanya mendiamkan diri.
Oleh disebabkan itu, dia mendiamkan diri selama 2 minggu. Lagi seminggu nak berkahwin, dia menghubungi saya dan ajak pergi spa. Masa keluar bersama, dia dah tak tanya pun tentang hal itu lagi.
Saya dah mengelabah sangat sebab lagi seminggu lebih saja kami akab berkahwin. Masa itu macam-macam jamu yang saya telan.
19 September kami sah bergelar suami isteri. Masa itu banyak kali saya mengelakkan diri dekat dengan dia. Saya beri alasan tidur di rumah mak sebab tak sihat. Dia pun terpaksa akur. Hari keempat barulah saya dengan dia duduk bersama. Itu pun kerana kami pergi honeymoon.
Malam itu saya tahu dia kecewa sangat dengan saya tetapi sebab dia mahu menjaga hati saya, selama 4 hari honeymoon itu dia melayan saya dengan begitu baik sekali.
Selepas habis honeymoon, dia menghilangkan diri, tak balik rumah. Hari pertama dan kedua dia tak balik rumah, saya langsung tidak menghubunginya. Saya kahwin tanpa ada perasaan pada dia. Jadi saya tak terfikir apa pun. Sehinggalah hari yang ketiga saya cuba menghubunginya dan sms tetapi tidak dijawab.
Handphonenya dimatikan. Sehinggalah genap seminggu, panggilan tidak dijawab, WhatsApp yang saya hantar bluetick pada jam 4 pagi. Jadi jam 3 pagi saya memberanikan diri pergi ke rumah mak mertua jika dia tidur di sana. Namun kereta dia pun tiada. Hati saya kuat mengatakan yang dia marah tentang malam pertama kami.
Esoknya saya call kakak dia tanya tempat kerja dia. Kakak dia terkejut sebab saya tak pernah tahu yang suami saya ada office sendiri. Jadi selepas mendapat tahu, saya terus pergi ke office dan mencari dia. Bila pembantu dia cakap saya nak jumpa dia, datang satu mesej dari dia.
"Awak baliklah. Jangan cari saya buat masa ini," katanya.
Hati saya sangat sedih pada masa itu. Balik rumah terus terasa nak buat solat taubat. Tiap-tiap malam saya solat taubat dan memohon Allah melembutkan hati suami.
Minggu kedua suami balik ke rumah, saya terus memeluk dia. Berkali-kali saya meminta maaf. Dia kata dia cuma perlukan kejujuran dari saya. Tetapi saya pun meminta dia memahami keadaan saya.
Malam itu kami bersama-sama buat solat taubat. Kali ketiga dia menjadi imam saya sebab saya memang liat nak solat. Solat bila dia betul-betul paksa saya. Tetapi sejak dari hari itu saya dah berubah. Pagi-pagi selepas solat, siapkan sarapan untuk dia. Sementara menunggu dia balik, saya buat online bisnes.
Saya bersyukur pada Allah sebab dia lelaki yang sempurna, penyayang, suka menyakat saya sampai menangis. Dia kata muka saya macam negro bila saya menangis. Bila saya menangis, dia peluk saya. Dia kata dia suka tengok saya menangis.
Tetapi itu semua kenangan saya dengan dia selama 6 bulan berkahwin. Dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal semasa dalam perjalanan pergi ke hospital. Rahangnya pecah.
Dan yang paling menyedihkan saya ialah, saya tidak sempat memberitahu dia yang saya mengandung. Kini baby saya sudah dua bulan. Sedih sampai tak tahu nak kata apa. Sekarang saya tinggal di rumah mertua. Mereka baik, jaga saya walaupun saya bukan lagi menantu mereka.
Dikala Allah menarik orang yang baru saya ingin cintai bersungguh-sungguh, Allah gantikan dengan seseorang. Mohd Taufiq Hidayat, semoga abang menjadi anak soleh buat mama, jadilah insan seperti papa. Jujur hati saya sangat merindui dia yang banyak memberi perubahan dalam hidup saya walaupun dalam masa yang singkat
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nKUqox
via IFTTT