Gambar Hiasan
Tolong hide profil saya. Saya ingin berkongsi cerita untuk pengajaran buat semua pembaca agar dapat memberi komen bagi membantu saya. Saya berkahwin dengan suami saya sudah 9 tahun iaitu pada 2008. Saya berkawin atas pilihan keluarga tetapi kami sempat bercinta. Suami saya seorang yang biasa saja.
Tapi setelah berkawin saya tidak dapat menerima suami saya. Saya kurang melayan suami termasuklah nafkah batinnya tetapi mujurlah suami saya seorang yang penyabar.
Dia tetap bersabar dan setia dengan saya. Kami dikurniakan 2 orang anak. Saya bahagia bersama suami saya tetapi perasaan cinta terhadapnya tidak wujud. Untuk pengetahuan semua suami saya seorang yang penyabar, rajin, penyayang boleh dikatakan cukup sempurna bagi seorang suami termasuklah kerja rumah, memasak, menjaga anak semua dia yang uruskan.
Pada tahun 2016 tuhan telah menguji saya. Saya telah curang pada suami saya dengan kawan sekolah saya tanpa pengetahuan suami saya. Kami bercinta hampir 4 bulan saya betul-betul cinta kekasih saya sehingga saya terfikir untuk bercerai dengannya.
Saya sanggup menipu suami saya kerana ingin keluar bersama kekasih saya. Tapi tuhan itu maha adil, akhirnya suami saya ternampak saya berdua-duaan dalam kereta. Suami saya tidak melenting tapi dia hanya memberi saya pilihan sama ada pilih dia atau kekasih saya tapi syarat anak dia yang nak hak penjagaan. Saya tak nak berpisah dengan anak-anak saya.
Sementara saat kami berbincang suami saya setiap hari menangis kerana tidak dapat menerima perbuatan saya beliau sangat mempercayai saya. Sehingga beliau terpaksa dimasukkan ke hospital akibat tidak makan dan dimasuk kan air dalam badan kerana kekurang makan. Saya sedih dan menyesal dengan perbuatan saya.
Selama kami berkawin suami saya sentiasa buat saya suprise setiap hari yang bermakna baginya. boleh dikata beliau sentiasa cuba membahagiakan saya. Akhirnya saya pilih suami saya bagi saya dia dapat membahagiakan saya. masalah nya sekarang suami saya tidak lagi seperti dulu.
Dari seorang periang yang selalu bergurau dengan saya kini menjadi pendiam, diam banyak termenung. dari dulu seorang yang aktif bersukan kini lebih suka berdiam dan termenung mungkin sukar baginya menerima semua ini. tolong bagi saya nasihat macam saya nak kembalikn suami yang kembali seorang yang periang yang suka buat lawak untuk saya. Saya rindukn suami saya yang dulu.
Sumber:- KRT
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oh1HOF
via IFTTT