Tuesday 24 November 2020

Tembak Anjing Guna Senapang, Netizen Bengang Dengan Pakcik Ini

Isu haiwan jalanan liar masih lagi belum berakhir sehingga membuatkan ada segelintir penduduk terpaksa bertindak sendiri untuk mengurangkan populasi haiwan berkenaan.

Seperti satu video pendek yang dimut naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @SanjeevanSS atau nama sebenarnya Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan iaitu Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, menunjukkan seorang lelaki sedang menembak seekor anjing di kawasan rumahnya.

Apabila tembakan itu dilepaskan, kedengaran suara kecil anjing tersebut yang bagaikan sudah cedera akibat terkena peluru tembakan.

Video berkenaan telah mengundang kemarahan ramai netizen sehingga ada yang meminta supaya identiti lelaki berkenaan didedahkan.

Ada segelintir yang menganggap walaupun anjing berkenaan telah menceroboh kawasan kediaman, mungkin boleh gunakan cara lain selain menembak sehingga mati.

Namun, ada juga yang turut bersetuju dengan perbuatan lelaki itu kerana berkemungkinan besar anjing tersebut telah merosakkan tanaman miliknya atau mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan itu.

Dalam masa yang sama, Harian Metro turut melaporkan bahawa pihak Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan makluman berkenaan identiti lelaki berkenaan.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan, perbuatan menembak anjing dengan senapang merupakan satu tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Harapnya kalau ada sesiapa mengalami masalah anjing liar di kawasan rumah, jangan la terus membunuh.

Cukup sekadar halau atau laporkan pada pihak berkuasa sahaja.

Sumber: Harian Metro via https://ift.tt/2Htfdt8



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3m1Ec5R
via IFTTT