Monday 30 November 2020

Kartunis Terkenal, Artortoise Meninggal Dunia, ‘"Arwah Banyak Lukisan Viral"

Jika anda aktif dilaman sosial Instagram dan Facebook, pasti anda pernah melihat lukisan-lukisan viral hasil nukilan pelukis terkenal, Artortoise.

Dukacita dimaklumkan, Artortoise atau nama sebenarnya Mohamad Ikhsan bin Kamarudin disahkan meninggal dunia jam 1.37 pagi tadi.

Memetik kenyataan rasmi dari laman Facebook Artortoise, saudara Ikhsan telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi dan pihak keluarga Allahyarham memohon doa dari semua pengikut dan peminatnya agar perjalanan arwah bertemu dengan-Nya dipermudahkan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa, sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,”

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. Insya-Allah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti,”

Jenazah juga akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.

Terdahulu, Allahyarham disahkan menghidap kanser pangkal hidung tahap tiga dan menjalani rawatan sebelum dimasukkan ke Hospital Selayang bagi rawatan komplikasi Hepatitis B sejak 22 Oktober lalu.

Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Artortoise via Era.je



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JAqt7C
via IFTTT