Wednesday, 26 July 2017

"Ia Dah Berlalu, Tak Perlu Diungkit Lagi"- Faizal AF4 Komen Isu Naik Tangan Dan Main Perempuan


Penyanyi dan juga juara Akademi Fantasia 4 (AF4), Faizal tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan dikeluarkan bekas isterinya, Sahidatul Najiha baru-baru ini.

Faizal atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ramly, 33, berkata apa yang berlaku terlalu peribadi untuk dikongsikan.

"Biar saya sajalah yang tahu, kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.

"Ia pun dah berlalu, tak perlulah nak diungkit lagi.

"Biarlah orang nak kata apa, yang penting saya tahu apa yang saya buat.

"Saya anggap tiada jodoh," katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, Sahidatul berang apabila dikatakan punca penceraian mereka.

Wanita tersebut tampil menuduh Faizal sebelum ini pernah naik tangan dan kaki kepadanya serta main perempuan yang sekaligus menjadi punca penceraian mereka.

Sementara itu, Faizal akui agak sukar melalui episod penceraian buat kali ketiga, namun dia memberitahu tidak menolak jika bertemu jodoh sekali lagi.

"Sekarang ni saya dalam proses untuk melalui fasa yang saya fikir agak sukar untuk diterima ini.

"Namun saya tidak menolak atau serik untuk berumah tangga lagi," katanya lagi.

Faizal dan Sahidatul berkahwin pada tahun 2015 dan bercerai pada 12 Diaember 2016.

Mereka telah dikuniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nur Hanna Maleeka.

Mengenai perkembangan lain, Faizal kini sedang kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas muncul dengan sebuah single terbaharu berjudul Kehadiran.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v0JB5M
via IFTTT