Monday, 3 July 2017

"Tak payah tegur mereka yang tak membantu di dapur atau mengemas rumah" - Pesan emak


Perkongsian oleh Khairul Hakimin Muhammad mengenai situasi yang sering terjadi semasa keluarga berkumpul balik beraya di kampung. Masing-masing mempunyai peel sendiri, namun apa yang penting hubungan kekeluargaan sentiasa terjaga. 

Aku faham kenapa emak aku selalu pesan supaya tak payah tegur mereka yang terbungkang depan tv, kelek anak 24 jam dan sibuk dengan telefon sepanjang masa dari bantu di dapur dan mengemas rumah.

Emak aku nak:

1. Jaga hubungan.

2. Jaga hubungan.

3. Jaga hubungan.

Dan emak aku tahu, ada anak dan menantu dia yang rajin. Jadi tak perlu dia bising dan tak juga dia suruh sesiapa bising.

Nak buat, buat. 
Tak nak buat, tak apa.

Inilah keluarga. Memang ya, tak tolong di dapur, namun ada belikan emak air Coway. Tak tolong kemas rumah, namun dia lah yang beri duit belanja bulan-bulan di rumah emak.

Tak bantu itu ini semasa raya, sibuk bertelefon, namun dia juga yang sediakan bahan, beri duit, beri baju, siapkan langsir untuk umah emak. Dan kita ini bukanlah tahu semua kan? Ada yang suka bantu diam-diam. Hihi.

Biasalah. Ada lebih kot yang ini, ada lebih kot yang itu. Itu normal.

Sama juga, ada yang kurang kot ini, kurang kot itu, namun adalah melengkapi dari sudut lain.

Paling penting, hubungan anak-anak, menantu beripar duai dan cucu-cucu semuanya baik-baik.

Kheeeen?

Sumber: .thealternatif.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tKx9XI
via IFTTT