Sunday, 2 July 2017

Pemuda Ini Ziarah Kubur Ayahnya Pada Hari Raya Buat Netizen Terkejut Malah Ada Yang Mengecam Tindakannya


Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan juga kepercayaan masing-masing. Mungkin agak unik di Sabah dan Sarawak mereka sangat bertoleransi malah saling hormat menghormati antara agama masing-masing.

Ada juga di mana anak-anak sudah menerima Islam manakala ibu bapa masih lagi beragama asal. Namun ianya tidak menjadi masalah di atas rasa hormat kepada agama itu sendiri. Mungkin ada segelintir keluarga yang tidak boleh menerima anak mereka kembali kepada ajaran Islam.

Terbaru, seorang lelaki Putra Rayyan Firdaus Marcellus menjadi bualan netizen apabila beberapa keping gambarnya menziarahi pusara ayahnya menjadi trending di laman sosial. Apa yang menarik perhatian netizen ialah Putra Rayyan adalah seorang Islam manakala ayahnya pula beragama Kristian. Jom baca perkongsian dari pemuda ini. 


Hanya sempat ziarah pusara ayah pd raya ketiga..hanya airmata kerinduan tuk ayah nun jauh d sana. No matter what. Aku tak kisah apa jua kecaman org luar. Dia adalah ayah aku. insan yg membesarkan dan melindungi aq dri kcil. 

Walau berlainan agama namun kami tetap satu. Dia juga insan yang banyak mendorong aku, mengasihi aku. 

Yang suka mengata tidak berada dalam situasi aku. Walau apa terjdi kasih dan sayang aku tak pernah berubah.

Missed u so much dad.

Rata-rata netizen memuji sikap pemuda ini walaupun berlainan agama masih tetap menghormati ayahnya yang sudah tiada. Segelintir netizen juga ada yang mengecam. Ada juga berkongsi kisah yang sama seperti pemuda ini. 

"Simple. Both my grandparents also christians, every year ziarah je kubur kristian. Xde apa2 masalah. Mixed race family have higher tolerance. Org kecam2 ni tolong la luaskan minda sikit. Xde salah mane pn, its respect!" tulis Fer're Azmi.

Muhammad Faiz pula menulis "Org yg bukan beragama islam pn tahu menghormat ibubapa mereka walaupun anaknya sudah muallaf.. kita yg dh lahir mmg islam nie siap ada anak tinggalkan kt umah org tua la.. tinggal kt bas stop la.. pukul diorgla.. apalah nk jd..Anak2 akhir zaman nie pelik2 perangai.."

Walau apa pun kata orang, semoga kisah pemuda ini dapat dijadikan pedoman dan iktibar. Ambil yang positif dan tak perlu kecam mereka.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uxuUDE
via IFTTT