Sudah menjadi kebiasaan ramai ibu bapa diluar sana memakaikan anak-anak kecil aksesori untuk mencantikkan mereka terutamanya di hari perayaan.
Tetapi tahukah kita anak-anak kecil ini tidak tahu apa-apa lagi, macam-macam sebenarnya telah terjadi, pernah dilaporkan anak kecil meninggal kerana sesak nafas akibat tercekik 'headbands' ketika tidur, ada kanak-kanak terkena renjatan elektrik kerana loket rantai tangan terlalu panjang dan pelbagai lagi.
Terbaru, seorang ibu bernama Siti Shuada telah memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya berkongsikan kisah di mana anak kecilnya tertelan cincin emas yang dipakaikan dijarinya.
Menurut beliau, anaknya itu telah menghisap jari ketika tidur, apa yang tidak disangka, rupanya dia telah tertelan cincin yang ada pada jarinya itu, jom baca perkongsian beliau.
Cincin dah berjaya dikeluarkan
Jadi, kisah ini jadikanlah pengajaran kepada semua ibu bapa diluar sana, anak-anak kita ni tak tahu apa-apa lagi, janganlah kerana hanya nak anak kecil cantik, pakaikan aksesori kecil kepada mereka, beringatlah sebelum terkena.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t872se
via IFTTT