“Mommy sekelian, ada tak yang macam saya? Sebelum pakaikan pampers anak, wajib perah dulu…”
Beginilah kata Alang Narzita melalui salah satu perkongsiannya yang mendapat sambutan ramai oleh kaum ibu. Menurutnya lagi, cara ini telah dipraktikkan selama 11 tahun, iaitu sejak anak sulungnya hinggalah sekarang anak ke-4 yang berusia 1 tahun 9 bulan.
Tapi, kenapa kena ‘perah’ dulu pampers (lampin pakai buang) anak tu ya?
INI SEBABNYA SAYA ‘RAMAS’ DAN ‘PERAH’ DULU PAMPERSANAK SEBELUM PAKAI
Dah menjadi kebiasaaan bagi Alang Narzita untuk ‘memerah’ atau ‘meramas manja’ pampers ini kerana ia dapat melembutkan struktur pampers yang dah lama terlipat dalam pek. Katanya, memang berbeza daripada pampers yang tidak diramas, kerana pampers baru mempunyai tekstur dan permukaan yang lebih keras dan mungkin sensitif bagi kulit punggung bayi.
“Lampin pakai buang jenama apa pun boleh buat. Sungguhpun pampers dah direka cukup lembut untuk kulit punggung bayi yang sensitif, tapi kalau diperah, diramas, dan direnyuk ‘manja’, spannya akan menjadi lebih lembut. Tidaklah keras sekeping macam mula-mula baru keluar dari pek.” jelasnya.
Rata-rata, ramai yang tertarik dengan petua ini dan tak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Tak kurang juga yang dah lama mempraktikkannya juga dan amat berpuas hati dengan cara ini.
Menurut komen, pampers jenis pants pun boleh dibuat begini. Bila anak pakai, tak bocor dan selesa mengikut bentuk punggung bayi. Kulit anak pula montok dan licin sebab ianya lebih lembut.
JANGAN RISAU, IA TAKKAN BOCOR
Ada juga yang bertanya sama ada pampers akan menjadi bocor jika berbuat demikian. Jawapannya, sama sekali tidak kerana kebanyakan jenis pampers memang direka dengan ciri ketahanan. Apapun, janganlah terlalu kasar pula ya.
Ini sekadar perkongsian pada yang sudi. Sama-sama share ilmu dan petua.
Semoga bermanfaat ya!
Sumber: SirapLimau
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2synvaC
via IFTTT