Tuesday, 29 November 2016

Inilah Selfie Terakhir Pemain Bola Sepak Kelab Brazil Sebelum Kapal Terbang Terhempas

Inilah Selfie Terakhir Pemain Bola Sepak Kelab Brazil Sebelum Kapal Terbang Terhempas

selfie

Satu tragedi telah berlaku apabila sebuah pesawat telah terhempas di Colombia semalam.

Kejadian menyedihkan ini telah menjadi tumpuan seluruh dunia terutama peminat bola sepak kerana pesawat terbabit membawa pemain kelab bola sepak Brazil, Chapecoense.

Para pemain dan petugas dari Chapecoense dalam perjalanan ke Colombia untuk menyertai satu pertandingan akhir piala liga.

Polis mengesahkan seramai 76 maut dalam nahas pesawat yang membawa pasukan bola Brazil, Chapecoense yang terjadi semalam.

5 penumpang kapal terbang yang dilaporkan terselamat telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hanya tiga orang dari lima yang terselamat adalah pemain manakala selebihnya adalah petugas.

Beberapa foto dan video yang memaparkan rakaman pasukan bola itu di atas pesawat terbabit tersebar di media sosial.

Kejadian malang itu menyebabkan Brazil mengumumkan untuk rakyatnya berkabung selama 3 hari.

Ini merupakan antara selfie terakhir pemain bola sepak Chapecoense di dalam kapal terbang.

v

vv

vvv

vvvvv

vvvvvv

vvvvvvv

The post Inilah Selfie Terakhir Pemain Bola Sepak Kelab Brazil Sebelum Kapal Terbang Terhempas appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gH6kun
via IFTTT

Anak Kepada Guru Vokal Akademi Fantasia, Siti Hajar Kritikal Akibat Kemalangan Jalan Raya

Anak Kepada Guru Vokal Akademi Fantasia, Siti Hajar Kritikal Kemalangan Jalan Raya

siti

Anak bongsu kepada guru vokal Akademi Fantasia, Siti Hajar kini kritikal selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

Perkara berkenaan dinyatakan Siti Hajar menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam.

Melalui FB Siti Hajar, dia memaklumkan kemalangan membabitkan anak bernama Afif berlaku di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada awal Isnin.

Afif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami pendarahan otak.

Terbaharu, Afif dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan pertama untuk memasukkan tiub bagi mengawal tekanan otaknya, namun beliau masih belum stabil.

Afif juga dijadulkan akan menjalani pembedahan kedua untuk mengeluarkan darah beku pada bahagian otaknya, selepas sedar dari koma.

Kira-kira jam 6 petang Selasa, Afif dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal dan mengalami bengkak pada bahagian otak serta mengambil masa untuk sedar semula.

Ini antara status di FB berkenaan:

“Salam. Afif still critical. His brain swollen. Need some time to awake. Maybe lambat lagi untk sedar. And doctor need to let him in comma first. Jantung tak stable. Sama2 kita doakan.#prayforafif ”

Siti Hajar juga memohon kepada semua agar mendoakan anaknya kembali pulih dan berada di dalam lindungan ALLAH S.W.T.

Semoga anak cikgu Siti Hajar dapat sihat kembali sediakala, sama-sama kita doakan. -PENMERAHDOTCOM

The post Anak Kepada Guru Vokal Akademi Fantasia, Siti Hajar Kritikal Akibat Kemalangan Jalan Raya appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fATaS4
via IFTTT

Suami Darah 'B', Isteri Darah 'A', Tapi Dapat Anak Darah 'O', Adakah Pasangan Kita Curang? Baca Penjelasan Ini


Adakah pernah kita alami, di mana ibu darah jenis A, ayah pula darah jenis B, tiba-tiba anak dapat darah jenis O pula. ramai yang mengaitkan pasti salah seorang pasangan itu curang.

Ramai yang beranggapan demikiankan, ini kerana kita beranggapan tiada sebarang pertalian antara kumpulan darah A dan B dengan kumpulan darah O.

Bagi merungkai permasalahan ini, pihak Root of Science telah tampil membuat perjelasan, bagaimana perkara ini boleh terjadi, adakah betul salah salah seorang pasangan itu curang seperti disangka.

Jom kita baca.


Suatu petang di sebuah hospital bersalin swasta :

“TAHNIAH! Encik dan isteri mendapat seorang bayi perempuan yang sangat comel. Keputusan darah thyroid dan G6PD normal. Kumpulan darah bayi ialah O positif.”kata doktor pakar perbidanan kepada Encik N dan Puan H.

Kegembiraan menimang cahaya mata sulung serta-merta pudar pada wajah Encik N.

“Darah aku jenis B, darah isteri aku jenis A. Macam mana anak kami boleh darah O pulak?”

Seorang pakar biologi, Karl Landsteiner telah menemui Kumpulan darah ABO dalam tahun 1900. 
Hasil penemuan ini telah melayakkan beliau menerima hadiah nobel pada tahun 1930.
Kumpulan darah ditentukan oleh faktor genetik melalui 3 jenis gen : A,B,O.

Setiap individu normal akan mempunyai dua salinan daripada setiap gen, satu daripada ibu, satu daripada bapa. Oleh itu, dalam menentukan jenis kumpulan darah, terdapat kebarangkalian untuk mempunyai 6 jenis kombinasi gen yang berbeza : AA, AB, AO, BB, BO dan OO.

(GEN : English=gene. Gen di sini dikaitkan dengan GENETIK. Bukan GENERASI.)


Antara ketiga-tiga gen A, B dan O, gen O adalah ‘recessive’ (tidak dominan). Ini bermaksud kombinasi gen AO akan menghasilkan kumpulan darah A, kombinasi BO akan menghasilkan kumpulan darah B. Darah jenis O hanya akan terhasil daripada kombinasi OO.

Setelah kita faham tentang gen yang dominan pada setiap individu (ayah ATAU ibu), sekarang kita cuba fahami pula tentang kombinasi ini daripada dua individu (ayah DAN ibu).

Katakan:

Darah ibu ialah jenis A dengan kombinasi AO.
Darah bapa ialah jenis B dengan kombinasi BO.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AO, AB, BO, OO.
(Gen dari ibu di sebelah kiri, gen dari ayah di sebelah kanan)
Dengan memahami bahawa gen A dan B lebih dominan daripada gen O, maka kombinasi yang berbeza akan menghasilkan kumpulan darah yang berbeza :
AO = Darah jenis A.
AB = Darah jenis AB (A dan B sama-sama dominan).
BO = Darah jenis B.
OO = Darah jenis O.
Ini bermaksud, anak-anak Encik N dan Puan H boleh mempunyai salah satu daripada jenis kumpulan darah di atas.

Situasi ke-2 dan ke-3 di bawah masih menunjukkan ibu mempunyai darah A dan bapa darah B.
Tetapi dengan kombinasi gen yang berbeza.

Situasi kedua :

Darah ibu : jenis A dengan kombinasi AA.
Darah bapa : jenis B dengan kombinasi BB.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AB, AB, AB, AB.
Maka, bayi akan mempunyai kumpulan darah AB sahaja.

Situasi ketiga:

Darah ibu : jenis A dengan kombinasi AA.
Darah bapa : jenis B dengan kombinasi BO.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AB, AB, AO, AO
Maka, bayi boleh mempunyai kumpulan darah AB atau A sahaja.


Ini adalah jenis kombinasi genetik yang mungkin terhasil. Seseorang itu masih mempunyai kebarangkalian utk mendapat anak berdarah O. Walaupun ibu bapanya mempunyai darah A dan B

Kesimpulannya :

Isteri Encik N tidak curang .
Bayi mereka mempunyai kombinasi gen OO.
Jangan pening ya … ABO, ABC, DEF, GHI……

Admin: Nigella sativa
Kredit: Root of Science


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gDT1gy
via IFTTT

Hasil Kajian Dapati Pengguna iPhone Lebih Angkuh Berbanding Android


Kajian yang dilakukan di Universiti Lincoln dan Lancaster United Kingdom menujukan terdapat perbezaan ketara di antara pengguna iPhone dan Android.

Pengguna iPhone didapati lebih angkuh, tidak jujur dan beremosi berbanding pengguna Android.

Kajiselidik selama dua tahun dilakukan ke atas 530 peserta. Golongan wanita dan orang muda didapati lebih menggemari iPhone kerana ia adalah peranti yang menunjukkan status mereka di dalam masyarakat. Pengguna Android pula didapati lebih berusia, jujur, tidak mementingkan kemewahan serta status dan kurang cenderung melanggar undang-undang.

Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam journal Cyberpsychology, Behavior and Social Networking. Adakah anda bersetuju dengan keputusan kajian ini?

Kongsikan pendapat anda di bawah.

Sumber : Amanz.my


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gHeHVu
via IFTTT

Keajaiban 360 Sendi Manusia Seperti Hadis Nabi SAW 1400 Tahun. Kongsikan Supaya Ramai Tahu Bagaimana Untuk Sedekah Kepada Setiap Sendi Kita..


Keajaiban 360 Sendi Manusia Seperti Hadis Nabi SAW 1400 Tahun | Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka." [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” 

Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi." [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang belakang
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
2 sendi antara skapula dan dada
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang scapular
6 sambungan antara siku.
8 sendi antara pergelangan tangan
70 sendi antara tulang tangan
92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki
11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang acetabulm
1 sendi sumphysis kemaluan
Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)
“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fOlgrK
via IFTTT

Hebat Betul Buah Tembikai. Tahu Tak Apa Jadi Bila Rebus Biji Tembikai? Rugi Kalau Buang Je!


Makan buah tembikai memang kita akan buang bijinya kan? Jarang sekali tengok orang yang buat sesuatu dengan biji buah tembikai. Sebenarnya banyak khasiat dan faedah kita tak buang biji tembikai ni. 

Biji tembikai sangat rendah kalori dan padat dengan nutrien. Kalau kita goreng akan jadi rangup dan boleh dan boleh gantikan snek yang tidak sihat. Tetapi kalau tukar jadi teh, dapat segalanya yang kita perlu hanya dalam satu minuman!

Kami kongsi sekali dengan korang resipi untuk teh biji tembikai! 

1) Sediakan 20-30 biji tembikai.
2) Kisar dan rebus selama 15 minit dalam 2 liter air.
3) Ambil minuman ini selama 2 hari dan berhenti di hari ketiga.
4) Terus berbuat demikian untuk beberapa minggu dan alami perubahannya!

Selamat Mencuba..


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fNgN8M
via IFTTT

Perubahan Badan Aamir Khan Dari Hampir 100Kg ke Six Packs!


Antara legendary pelakon Hindustan yang bukan sahaja popular tetapi setiap kali lakonannya pasti meninggalkan kesan dan buat air mata kita mengalir terutama filem Mann, 3 Idiot, Ishq dan banyak lagi. Siapa lagi kalau bukan Aamir Khan.


Jadi pelakon ni nampak je senang, tetapi nak hayati watak tu sebenarnya susah. Apatah lagi nak betul-betul feel. Aamir Khan sanggup naikkan berat badan untuk jadi gemuk hingga cecah hampir 100 kg kemudian turunkan semula berat badan untuk dapatkan six pack! Itu ambil masa berbulan-bulan tau.

Korang tengok sendiri video kat bawah ni macam mana progress Aamir turunkan berat badannya.


Sumber: ERA fm

from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gta81L
via IFTTT