Thursday, 27 October 2016

Gambar Ramona Zamzam Pegang Anjing Cetus Perbalahan Peminat

Gambar Ramona Zamzam Pegang Anjing Cetus Perbalahan

ramona

Pelakon Ramona Zamzam ada memuatnaik satu gambar yang agak kontroversi di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Ramona dilihat sedang mengusap seekor anjing ketika percutiannya di luar negara.

Foto tersebut terus mendapat perhatian para follower. Ada yang mengkritik tindakan Ramona Zamzam itu namun ada juga yang mengatakan tidak kisah berbuat demikian.

Perbalahan timbul di kalangan follower dan mereka berhujah bab ilmu agama.

Ini antara komen-komennya:

komen-2_33

komen-3_22

komen-5_8

komen

komen1

The post Gambar Ramona Zamzam Pegang Anjing Cetus Perbalahan Peminat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ehgdwA
via IFTTT

Dibelasah Teruk Oleh Suami, Wanita Ini Nekad Dedah Keganasan Suami

Dibelasah Teruk Oleh Suami, Wanita Ini Nekad Dedah Keganasan Suami

belasah

Satu kes keganasan domestik atau keganasan rumahtangga telah kecoh di laman sosial Facebook.

Seorang isteri telah mendedahkan beberapa gambar dirinya lebam dan luka akibat dipukul suami.

Wanita ini mendedahkan dia dan anak dilayan dengan amat teruk oleh suaminya yang merupakan seorang mualaf.

Jom baca:
Dipetik dari Facebook Shahilda Fadhil.
Kisah Keganasan Rumahtangga.

Bismillahirrahmanirrahim. Selama ni aku diam membisu seribu bahasa kau hina, fitnah, herdik, cerca keluarga aku. Hina aku. Pukul aku separuh nyawa. Kau ambil parang ketak kat leher aku. Nak sembelih aku.

Tapi hari ini Allah swt beri aku kekuatan untuk bongkarkan kebenaran.

DIPUKUL

Setahun perkahwinan kita. Dalam tempoh itu aku di pukul bagaikan binatang berkali2 tanpa belas kasihan langsung sehingga anak sekecil adam yg baru 2 tahun merayu melutut kat kaki kau untuk berhenti pukul aku.

Sampai pecah gusi anak aku kau tendang wahai suami dayus. Kau pukul aku guna besi buai.

Campak aku dari ruang tamu ke dapur. Ko hempas kepala aku dgn laptop. Kau pijak perut aku masa aku dalam pantang anak kedua. Paksa aku layan nafsu binatang kau. Sampai aku terpaksa buat operate sebab luka pd faraj aku.

Masa mengandung kau duduk atas perut aku yg dh 7 bulan lepas tu cekik aku.

Yang lebih kejam kau ma*n dgn betina kat luar siap rakam fan balik tunjuk pada aku. Betapa kejamnya kau wahai suami tak guna. Nafkah kau bagi rm200 lepas tu kau minta balik.

Kau paksa aku hisap K*N*K anak aku Adam depan kau. Paksa aku jilat tapak kaki kau lepas aku dibelasah seperti anjing. Kau ma*n aku macam pelac*r.

Allahuakbar. Terlalu banyak penderitaan yang kau beri pada aku selama setahun aku jadi isteri kau yg bodoh. Kau kunci aku dan anak dlm rumah bila kau pergi kerja tanpa sebarang makanan.

Terlalu byk peluang aku bagi pada jantan macam kau! Sampaikan skrg ni kau tuduh bapak aku culik aku & anak2. Kau cakap aku sekeluarga berajaran sesat.

MUALAF

Kau sedar x baru 3 tahun kau masuk islam? Mengucap pun x pandai. Ngaji pun kau x tahu. Kononnya belajar agama tapi wayang di fb semata2. Main betina. Hisap batu.

Pukul bini & anak. Islam mana kau ikut? Suka2 kau kafirkan bapak aku. Bapak aku pun kau panggil padil pu**mak. Mak aku pun kau panggil sampah? Apa jenis menantu kau ni?

3x kau lafaz cerai tp bila di mahkamah kau siap angkat sumpah xnak ngaku. Aku silap & benar2 silap pilih kau sebagai pelindung aku.

Rupanya kau manusia paling zalim & kejam di muka bumi ni.

PEGAWAI SPRM

Kau pegawai #SPRM tp tatatertib kau mana? Hisap batu. Mabuk. Allah menjadi saksi segala yang engkai lafaz & lakukan.

Demi anak2 tak sesekali aku kembali pada kau & aku tak kan maafkan kau. Dh sebulan buat report tapi x ada apa2 tindakan diambil. Aku serah pada Allah shj.

Ini beberapa gambar:

lebamm-1

lebamm-2

lebamm-3

The post Dibelasah Teruk Oleh Suami, Wanita Ini Nekad Dedah Keganasan Suami appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2egSaOz
via IFTTT

SAYU..Coretan Terakhir Seorang Isteri Sebelum Meninggal Dunia

SAYU..Coretan Terakhir Seorang Isteri Sebelum Meninggal Dunia

coret

Coretan terakhir yang amat sayu dari seorang isteri sebelum meninggal dunia, seolah-olah tahu beliau akan pergi buat selamanya.

Pasangan ini baru sahaja bernikah pada 16 September yang lalu.

Ini tulisnya:

“Semoga Allah melindungimu , merahmati hidupmu , mengurniakan segala kebaikanNya kepada mu , mengurniakan rezeki dan kebahagiaan kepadamu..wahai suami

Tabahlah,kuatlah,terus berdiri … In shaa Allah , semuanya akan jadi sebaiknya dgn izinNya

Psss : mrhusband , i love you so much!!

Sang isteri bernama Nafisah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di rumah sewa mereka di Gurun Kedah.

Arwah yang baru bernikah pada 16 September lalu ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah oleh ibunya.

Ibunya pada ketika itu datang untuk menghantar bubur caca diminta arwah sebelum itu.

Suami arwah, Syafirulmemberitahu dia dan isterinya lebih sebulan tinggal di rumah sewa itu selepas berpindah dari rumah ibu bapa masing-masing beberapa hari selepas majlis akad nikah.

Ketika kejadian, isterinya bersendirian di rumah kerana dia keluar bekerja di sebuah bank di Gurun sebelum ibu mentua menghubunginya dan memaklumkan arwah pengsan di rumah.

Difahamkan, majlis persandingan pihak perempuan bakal diadakan 8 Disember depan manakala di pihak lelaki pula selang dua hari kemudian.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. -PENMERAHDOTCOM

Sumber: IG Picahsalleh

The post SAYU..Coretan Terakhir Seorang Isteri Sebelum Meninggal Dunia appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eezwXG
via IFTTT

Dibaling Telur Ketika Buat Persembahan, Ini Pendedahan Tomok

Dibaling Telur Ketika Buat Persembahan, Ini Pendedahan Tomok

tomokkk

Penyanyi Tomok memberitahu ada beberapa individu yang pernah melakukan khianat termasuklah membaling telur kepadanya.

Ini berlaku ketika kumpulan New Boyz sedang popular di zaman Tomok masih remaja.

Tomok akui sudah melupakan kisah pada awal kemunculannya dahulu tapi agak fobia dengan tindakan agresif beberapa pihak yang tidak suka dengan kumpulan muzik dianggotainya itu.

Baru-baru ini ada indovidu yang membaling telur itu tampil mohon maaf dengan Tomok.

Ini komennya:

MINTA MAAF

“Ada beberapa inidvidu yang datang kepada saya dan meninggalkan komen di Instagram meminta maaf kerana pernah memarahi dan membaling telur kepada saya ketika saya dan New Boyz mengadakan persembahan suatu masa dahulu.

“Saya tidak kisah dengan hal itu kerana ia sudah lama berlalu dan mereka semua juga sudah membesar seperti saya. Dulu mereka juga remaja dan tidak matang lagi,”

FOBIA

“Pertama kali saya dibaling objek ketika persembahan di Melaka dan selepas itu apabila kami ke semua tempat, ada sahaja orang yang baling sehingga membuatkan saya takut dan fobia untuk naik ke pentas.

“Masa itu saya sentiasa berfikir apa kesalahan yang saya lakukan sehingga dibenci sedemikian rupa,”

Katanya lagi, mungkin disebabkan rasa cemburu khususnya pihak lelaki apabila lagu Sejarah Mungkin Berulang diminati oleh kebanyakkan wanita.

Tomok akan tampil mempromosi lagu terbaharunya berjudul Senyuman Manis Mu. -PENMERAHDOTCOM

The post Dibaling Telur Ketika Buat Persembahan, Ini Pendedahan Tomok appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ez3f0p
via IFTTT

Wednesday, 26 October 2016

9 Gambar Hafidz Roshdi Dan Isteri “Honeymoon” Di Korea Selatan

9 Gambar Hafidz Roshdi Dan Isteri “Honeymoon” Di Korea Selatan

hr-honey

Hafidz Roshdi dan isterinya Shuhada kini telah bercuti untuk berbulan madu di Korea Selatan.

Mereka mula berada di negara tersebut sejak dari hari Isnin yang lalu.

Beberapa keping gambar telah dikongsi oleh pasangan ini di laman sosial Instagram milik mereka. Memang amat romantik sekali.

Pelbagai tempat menarik telah mereka lawati.

Jom layan gambar ‘honeymoon’ mereka:

hr-1

hr-2

hr-3

hr-4

hr-5

hr-6

hr-7

hr-8

hr-9

The post 9 Gambar Hafidz Roshdi Dan Isteri “Honeymoon” Di Korea Selatan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eIwY7y
via IFTTT

(Tips Keluarga) Kalau Anak Kita Bergaduh, Jangan Marahkan Yang Besar

(Tips Keluarga) Kalau Anak Kita Bergaduh, Jangan Marahkan Yang Besar

gaduhh

Ini satu tips yang dikongsi oleh seorang ustaz.

Jikalau anak-anak kita bergaduh sesama sendiri apa nak buat? Marah abang, marah yang kecil? bagaimana?

Jom baca:

Dulu semasa saya kecil, saya selalu bergaduh dengan abang saya nombor lima. Macam anjing dengan kucing, ibaratnya. Hehe! Tetapi ibu saya selalu menangkan abang. Ibu marah dan rotan saya.

Pernah sekali saya mencarut, keluar perkataan bukan-bukan (semoga Allah maafkan saya), abang-abang pun apa lagi, tangkap dan ibu ambil cili dan cilikan mulut saya. Pergh! Rasa 2 inci tebal mulut ini. Padahal itu salah abang saya, bukan salah saya. Saya rasalah. Hehe!

Satu hari, saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada seorang ustaz ini.

“Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar, jangan marahkan yang besar sebab dia dah besar. Malu dia depan adik dia bila dia kena marah. Tapi marahkan yang adik. Bila abang tengok adik dia kena marah, si abang akan rasa kasihan pada adiknya,” katanya.

Saya terus terfikir. MasyaAllah, ibu saya tak pernah pun pergi ceramah parenting seperti ini, saya rasa. Atok-atok nenek kita tak pernah pun pergi kursus bagai. Tetapi cara didikan mereka itulah yang menyebabkan kita menjadi ‘manusia’ hari ini. MasyaAllah.

Ada seornag cikgu ini memberitahu saya satu lagi ilmu, macam mana nak beri anak-anak kita berkasih sayang. Rupa-rupanya dari kecil lagi kita perlu melatih mereka memberi hadiah sesama dia.

“Akak, ini hadiah adik bagi. Akak cakap akak sayang adik,”

Kadang-kadang beritahu juga pada kakak,

“Adik, ini kakak ada bagi hadiah,”

Sebenarnya kita yang beri hadiah itu tetapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi. Nanti mereka sayang antara mereka.

Tetapi sedih bila melihat situasi hari ini. Kadang-kadang bila pergi shopping dengan wife, ternampak gelagat mak dan ayah marah anak mereka di depan orang ramai. Cubit, lempang anak di depan anak-anak yang lain. Baru saya faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing. Jangan jatuhkan air muka anak kita di depan anak-anak yang lain supayah mereka saling sayang menyayangi dan hormat menghormati.

Sebab itu kadang-kadang saya ditanya,

“Anak saya ini makin besar, makin tak nak ikut kami pergi ke mana-mana ustaz. Budak-budak sekarang..”

Bagi saya, sama saja budak sekarang dengan budak dulu. Tetapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar.

Anak-anak hari ini lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa menghargai anak kita. Kita lebih suka bercakap dengan telefon dan senyum pada telefon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.

“Ya Allah, ampuni kami. Semua salah saya,”

Saya pernah dikongsi satu orang pakcik. Dia suami kepada cikgu kima saya dulu, Cikgu Joned Badar. Pakcik Mus ada 11 orang anak lelaki dan semua berjaya dengan bermacam-macam profession. MasyaAllah. Masa kecil, anak-anak mereka ini kalau datang beraya, habis rumah orang dikerjakan. Pecah sana sini, tuan rumah berbulu je tengok. Tetapi pakcik Mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta, bawa pusing-pusing makan aiskrim. Selepas habis makan, dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta seorang-seorang. Bukan di hadapan anak-anak yang lain. MasyaAllah. Banyak yang saya belajar dengan pakcik Mus.

Kadang-kadang perasan tak, kita kata pada anak kita.

“Ibu nak Ahmad balik sebelum jam 6.30 petang!”

Bila dia balik lewat, kita marah, tengking dan pukul mereka. Tetapi ada masa dia balik lebih awal dari jam 6.30 petang, kita terlupa nak menghargai dia.

“Bagus anak ibu, balik awal. Anak soleh betul,”

Kadang-kadang kita kedekut nak memuji anak kita. Kita lebih suka melihat kebaikan anak orang lain, puji anak orang lain berbanding memuji darah daging kita sendiri.

Ya Allah Tuhan kami, maafkan kami. Kami bodoh, tak pandai menjadi ibu dan bapa, abaikan tanggungjawab kami untuk mendidik anak kami dengan cara sunnah. Kami tak kenalkan mereka dengan Mu dan Nabi SAW. Maafkan kami ya Allah. Kami lebih sibuk dengan dunia kami, harta kami berbanding mendidik anak-anak kami menjadi seperti sahabah rhum.

Ya Allah, ajarlah kami menjadi ibu bapa seperti sahabah rhum. Wahai Allah Tuhan kami, janganlah jadikan anak-anak kami sebagai penghalang pada kami untuk masuk syurgaMu. Amin. – Ustaz Khailil Razak | Dr Zubaidi

Kepada yang ada anak-anak tu bolehlah cuba tips ini. Semoga bermanfaat. -PENMERAHDOTCOM

The post (Tips Keluarga) Kalau Anak Kita Bergaduh, Jangan Marahkan Yang Besar appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eTgmaN
via IFTTT

Budak Sekolah Dirantai Di Sunway Cetus Kemarahan Orang Ramai

Budak Sekolah Dirantai Cetus Kemarahan Orang Ramai

rantai

Foto seorang kanak-kanak perempuan berpakaian seragam sekolah yang dirantai menjadi viral di laman sosial.

Gambar itu menunjukkan kakinya dirantai pada sebatang tiang di sebuah blok apartmen sekitar Sunway.

Foto viral itu juga menunjukkan beg dan botol airnya berada di atas lantai disebelahnya.

Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan jika dia ditinggalkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Orang ramai dilihat mengkritik tindakan tersebut walaupun untuk menghukum anak mereka.

Menurut mangsa yang dipercayai berada di situ sejak tengah hari berkata, ibunya telah merantai kakinya kerana dia enggan menghadiri kelas Bahasa Cina.

Difahamkan, orang awam yang menemui mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang kemudian tiba di tempat kejadian membebaskan mangsa pada jam 7 petang.

Susulan kes itu juga, ibu kepada murid berkenaan telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sunway untuk siasatan lanjut.-PENMERAHDOTCOM

14718879_1225140284214091_1911665692116111785_n

The post Budak Sekolah Dirantai Di Sunway Cetus Kemarahan Orang Ramai appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eT6hul
via IFTTT