Thursday, 1 June 2017

Kenali Wanita Melayu Yang Kini Aktif Nikahkan Pasangan Homoseksual


MUNGKIN tidak ramai yang mengenali beliau sebagai penulis lagu bagi beberapa artis wanita popular tanah air antaranya Siti Nurhaliza, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Farah dan Liza Hanim. Namun bagi pencinta gerakan seks songsang Lesbian, Gay, Bisekssual, Transgender (LGBT) di Malaysia, nama Zuriani Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman amat terkenal bukan individu asing dalam isu amalan terkutuk itu.

Lebih dikenali sebagai Ani Zonneveld, beliau mendakwa konon dalil dan tradisi agama Islam itu sendiri cukup mesra dengan perbuatan seks sumbang sejenis atau homoseksual yang diperakui oleh kebanyakan alim ulama.

Wanita Melayu ini turut mendakwa konon negara Islam zaman dahulu amat toleransi dengan amalan seks sejenis hingga memaksa bangsa Eropah datang menakluk bagi ‘menyelamatkan’ kita daripada gaya hidup luar tabii itu.

Menurut beberapa blog tempatan, Ani Zonneveldi, 54, kini lantang memperjuangkan hak supaya perlakuan LGBT diterima oleh umat Islam, dan beliau juga sedang aktif menikahkan pasangan homoseksual yang beragama Islam.

Perjuangan beliau ke arah Islam mesra amalan seks songsang ini adalah salah satu penyebab penubuhan gerakan Muslims For Progressive Values (MPV) yang mendapat sokongan pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar.

Secara kebetulan perintis SIS itu juga bertanggungjawab sebagai Penasihat kepada MPV. Ani Zonneveld secara terbuka berkata: “Salah satu daripada sepuluh prinsip kami adalah untuk memperjuangkan hak-hak LGBT.

“Kaedah kami melakukannya ialah melalui program ‘LGBT Outreach’ yang diketuai oleh seorang imam beragama Islam yang juga seorang gay. MPV memilih posisi ini berdasarkan kepada teks-teks suci dan tradisi-tradisi Islam.

“Alim ulama tidak pun menyerang kami. Hanya ‘budak mentah’ yang tidak kenal akan Islam sahaja melakukannya,” dakwa Ani Zonneveld sambil menegaskan konon perundangan Syariah tidak hukum orang sebab homoseksualiti.

“Kita desak balik dengan pertanyaan: Di mana dalam Quran yang menyatakan sedemikian? Dari mana datangnya perundangan Syariah? Ia hanyalah ciptaan manusia,” sambung beliau lagi yang disiarkan menerusi sebuah portal.

Menurut Ani Zonneveld, negara Islam masa dahulu secara lumrahnya adalah sungguh mesra dengan amalan seks sumbang sejenis, tidak sebagaimana umat Islam pada masa ini tidak bertolak ansur terhadap gaya hidup LGBT.

“Komuniti Muslim sekarang sungguh tidak toleransi terhadap amalan seks sejenis dan itu adalah sesuatu malang. Mengikut sejarah, negara Muslim adalah lebih bertoleransi dan sangat menerima golongan gay dan mak nyah.

"Ia sehinggakan negara Eropah terpaksa menakluki wilayah Arab atau Muslim apabila telah menuduh umat Islam sebagai ‘homo-tolerant’. Mereka terpaksa datang untuk menyelamatkan bagi memberi kesedaran kepada kita.

"Itu (LGBT) telah menjadi tradisi Islam. Sungguh menerima,” dakwa Ani Zonneveld. Beliau turut menuduh mereka yang mahu menghukum golongan pengamal seks sumbang sejenis adalah kumpulan pelampau dalam agama.

Ia ujarnya, persis pengganas Daesh. Untuk rekod, militan yang dikenali sebagai ISIL itu, sering hukum mati pesalah LGBT termasuk campak pengamal seks terkutuk amalan kaum Sodom zaman Nabi Luth itu dari tempat tinggi.

Ani Zooneveld menegaskan, “Secara radikalnya ia balik kepada tradisi. Nabi Muhammad tidak menghukum sesiapa kerana menjadi homoseksual, tidak ada hukuman dalam al-Quran kerana menjadi homoseksual. Noktah!

“Apa bezanya di antara ISIL dan ramai imam di dunia ini? Saya lebih gemar memanggil mereka sebagai Daesh kerana ia tolak golongan LGBT jatuh dari bangunan tinggi dan jika tidak mati, mereka akan direjam dengan batu.

“Bahkan imam masjid memulaukan mereka, menggambarkan LGBT sebagai jahat dan menggelarkan pengamalnya dengan pelbagai nama yang buruk. Jadi apakah perbezaannya? Cuma dalam hukuman,” jelas Ani Zonneveld lagi.


Pasti ramai masyarakat Islam akan ‘geleng kepala’ baca pandangan wanita ini mengenai LGBT. Ia bukan sahaja sesat malah secara terang hina kesucian agama Allah SWT dengan fahaman liberalisme.

Sumber: Panduankini


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rvI6dR
via IFTTT

Jangan Tinggalkan Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh Dan Magrib


Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”

Boleh juga membaca :

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”

Apakah fadilat amalan yang pertama? 

Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”

Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa pula fadilat amalan yang kedua?

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah :)


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rf9pIU
via IFTTT

Mereka Tak Beri Abang Peluang, Terus Pukul Sampai Otaknya Mati!


Apalah nasib yang di tanggung oleh seorang ibu dan adik perempuan seorang hamba Allah ini, apabila Ramadhan tahun ini mereka mendapat ujian yang sangat berat. Pertama ujian di fitnah kerana melakukan perkara yang tidak baik, kedua di pukul pula hingga otak mati dan menemui ajal.

Fizah yang berumur 20 tahun adalah adik perempuan kepada seorang lelaki yang berusia 31 tahun yang mana abangnya di tuduh masuk ke tandas awam wanita dan melakukan kerja pencabulan.

Kes ini sudah viral beberapa hari yang lalu dan ia mendapat perhatian ramai pihak. Rakaman kejadian yang berlaku juag tersebar di merata tempat telah menambahkan lagi rasa hiba kepada ahli keluarga. Kejadian yang berlaku di Alor Setar itu di katakan menjadi satu tragedi yang tragis kerana lelaki berkenaan di pukul oleh orang ramai tanpa ada usul periksa.

Kes bermula apabila dia di katakan tersalah masuk ke tandas wanita dan dengan tiba-tiba ada wanita di dalam tandas itu menjerit. Dia terkejut dan sempat melarikan diri namun ketika keluar, lelaki berkenaan terus di pukul oleh orang ramai yang berada di situ.

Mangsa di kejarkan ke hospital dan mengalami kecederaan parah di kepala. Doktor menyatakan otaknya sudah mati dan peluang untuk selamat juga tipis. Akhirnya, Allah menetapkan umurnya sampai di situ sahaja.

Menurut kenyataan dari adik mangsa,dia sangat berharap bahawa abangnya itu dapat bangkit dan memberitahu orang ramai bahawa dia tidak bersalah dan semua yang di katakan oleh orang ramai itu adalah fitnah semata-mata. Namun bagi Fizah, dia terpaksa akur dengan kehendak Allah yang mahu menjemput abangnya lebih awal.

Menurut saksi kejadian, mangsa hanya tidak tahan mahu membuang air besar dan tersalah masuk ke tandas wanita. Hanya kerana jeritan seorang wanita di dalam tandas awam tersebut, tiba-tiba datang seorang “hero” yang berlagak gangster datang menyerang dan memukul mangsa.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ss04uU
via IFTTT

Wanita Tampil Memberikan Penjelasan Isu Berebut Parking Di Langkawi


Semalam telah viral video seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Khadijah dikatakan bersikap biadap dengan menunjukkan isyarat tangan lucah serta menyerang kereta individu lain dikatakan berpunca daripada berebut parking.

Tetapi hari ini wanita tersebut telah tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut serta mempertahankan tindakannya itu.

Berikut merupakan penjelasan wanita tersebut, ketika kejadian tersebut berlaku di bazar ramadhan kuah langkawi pada sekitar pukul 7 lebih, saya ternampak parking kosong dan tanpa berfikir apa-apa saya teruslah saja masuk parking sebab nak kejar masa nak beli juadah berbuka puasa.

Bila dah parking itu saya teruslah kunci kereta dan berjalan terus menuju ke bazar, masa saya turun dari kereta memang tak ada siapa pun yang datang tegur saya tetapi tiba-tiba saya nampak cina itu reverse kereta sambil hon panjang dekat saya sampai orang dekat sana semua pandang saya.

Saya pun pergilah dekat kereta dia bertanya kenapa dia hon macam itu dekat saya lepas itu dia buka tingkap terus marah saya cakap, "Itu parking saya, bawak kereta itu tak ada lesen ke".

Bila dia dah cakap macam itu saya pun malaslah nak gaduh-gaduh saya terus saja berjalan ke bazar sebab bagi saya sikap macam itu memang tak profesional dan langsung tak ada budi bicara terus nak melenting marah ikut suka.

Ketika berjalan ke bazar saya tolehlah ke belakang dan saya nampak dia tengah merakamkan gambar kami jadi saya pun patah balik untuk bertanya sebab dia merakamkan gambar kami.

Dia tidak menjawab soalan kami malah terus mengunci pintu depan dan belakang serta menutup semua tingkap sambil menunjukkan penumbuk ke arah kami.

Ketika itulah mula terjadi perbalahan antara kami dan menyebabkan saya membalas tindakannya itu, mungkin dalam video tersebut hanya nampak kami yang bersalah sebab video tersebut hanya merakamkan perbuatan kami tetapi perbuatan mereka langsung tidak kelihatan.

Bagi yang terusan mencaci saya, alhamdullillah saya terima pahala puasa kalian dan bagi yang tahu keadaan sebenar dan mempertahankan tindakan saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak dan hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.

Akhir kata saya, jika benar saya yang bersalah saya ingin mohon maaf di sini tetapi jika dia yang besalah maka saya ingin membersihkan nama saya kembali.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rIv0uK
via IFTTT

Peniaga Berpakaian Seksi Diarah Pulang Tukar Pakaian..


Di bulan mulia ini seharusnya kita sebagai umat Islam perlu tahu adab kelakuan serta berpakaian ketika mahu keluar rumah dan janganlah memakai pakaian yang seksi, perbuatan itu samalah seperti tidak menghormati bulan mulia ini.

Peniaga makanan di bazar sepatutnya mematuhi etika berpakai ketika menjalankan perniagaan supaya tidak mengundang pandangan negatif di kalangan pengunjung bazar tersebut.

Itulah yang berlaku di Kuantan apabila seorang pembantu peniaga diarah pulang oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana berpakaian menjolok mata di bazar Ramadan Jalan Sungai Lembing, di sini, kelmarin.

Wanita berusia awal 20-an itu didapati tidak mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan MPK, malah melanggar aspek kebersihan apabila tidak memakai tudung atau penutup kepala, lapor Metro.

Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian, disebabkan itu wanita terbabit diarah pulang ke rumah untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.

“Amalan kebersihan itu bukan saja pada makanan dan minuman yang disediakan tetapi juga kebersihan gerai serta kawasan persekitaran,” katanya.

Tambahnya lagi, MPK tegas dalam soal etika berpakaian dan kebersihan, selain menempatkan pegawai di setiap lokasi bazar Ramadan untuk memudahkan pengunjung membuat aduan.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan komitmen semua peniaga bazar Ramadan setakat ini dan meminta mereka mematuhi peraturan itu sepanjang Ramadan,” katanya.

Sumber: SuaraTV


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rtu1Oj
via IFTTT

Alahai, Parking Je Pun...Kenapa Perlu Sampai Jadi Begini??

1

LANGKAWI, KEDAH - Rakaman video seorang wanita membaling selipar pada kereta seorang pemandu hanya kerana tidak puas hati ditegur merampas parking yang telah ditunggu, viral di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 petang Selasa, di Bazar Ramadhan, Kuah, Langkawi, Lim mendakwa pemandu Proton Persona itu telah merampas parking, menyerang keretanya dan menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka.

Video yang dimuat naik Lim H. En itu semalam juga telah ditonton lebih 2 juta kali dan dikongsi 33,166 pengguna Facebook.

Menurut Lim, sebelum kejadian itu berlaku, dia sudah menyalakan lampu isyarat sebagai tanda mahu mengambil parking tersebut. Namun, belum sempat masuk ke parking itu tiba-tiba datang kereta yang lain memasuki parking berkenaan. 

Lim: Ini parking kami sudah tunggu lama. 

Lelaki terbabit: Aku masuk ikut belakang, you tunggu depan.

Lim: You tau undang-undang tak? I sudah bagi signal, hon you sudah, you masuk lagi. 

Lelaki terbabit: You ada lesen?

Lim: Memang ada lar. Parking banyak, kenapa nak ambil parking ini?

Lelaki terbabit: Parking banyak, you pergi cari lain. 

Berdasarkan gambar yang dimuat naik Lim, bahagian pintu depan dan belakang sebelah kiri keretanya turut dihentam kerana tidak berpuas hati dengan teguran yang dibuatnya itu.


Malah, wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki itu turut menghentak cermin kereta dan menunjukkan isyarat jari tengah sebelum membaling selipar ke arah cermin depan. 

"Masing-masing bayar roadtax, tetapi kenapa perlu sampai jadi begini? Ini bukan soal bangsa tetapi ini masalah sikap individu. Kenapa perlu serang kami? Ini kan bulan puasa, malah kami juga menghormati bulan mulia anda," tulisnya.

2

3

Difahamkan, Lim telah membuat laporan polis pada hari kejadian. Namun belum ada sebarang perkembangan positif. Lim kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Penjelasan Pemandu Proton Persona

Sementara itu, pemandu kereta Proton Persona itu pula tampil memberi penjelasan dari sebelah pihaknya.

"Kami sampai bazaar lebih kurang jam 7 petang. Saya ternampak parking dan tanpa fikir apa-apa saya terus masuk sebab nak kejar masa beli juadah berbuka puasa. Bila sudah siap parking, kunci kereta, saya terus jalan ke bazar. Pada waktu itu tiada sesiapa yagn datang menyapa saya.

1

"Kemudian saya ternampak pemandu Cina itu mengundurkan kereta dan membunyikan hon panjang sehingga membuatkan semua orang memandang saya. Saya pun terus pergi ke arahnya dan bertanya kenapa dia berbuat demikian.

"Dia kata, 'Itu parking saya! Bawa kereta tak ada lesen ka?' dengan nada yang marah. Saya pula malas nak bergaduh dan terus berjalan ke bazar. Bila separuh jalan, saya pusing ke belakang dan ternampak dia sedang merakam gambar kami.

"Saya patah balik dan tanya kenapa dia merakam gambar kami? Namun tiada jawapan yang diberi dan dia terus kunci pintu dan tutup cermin kereta, serta menunjuk penumbuk kepada kami yang mencetuskan perbalahan di antara kami.

"Mungkin di dalam rakaman video itu kami nampak bersalah sebab video sebelah pihak sahaja, tetapi apa yang dibuat oleh mereka tidak pula ditunjukkan," tulisnya seperti yang tersebar di media sosial.

Katanya lagi, dia menerima sahaja dengan hati yang ikhlas di atas komen-komen yang mencaci makinya dan memohon maaf sekiranya dia benar-benar bersalah.

"Tetapi jika dia yang bersalah, saya ingin dia membersihkan nama saya kembali. Viralkan juga penjelasan dari pihak saya seperti mana yang diviralkan oleh sebelah pihak Cina itu," tulisnya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2shLQO9
via IFTTT

Wednesday, 31 May 2017

Video 'Lembaga' Singgah Solat Dan Mengaji Selepas Sahur Bikin Bulu Meremang..


Sepotong rakaman video yang tular sejak semalam mampu membuatkan bulu roma anda berdiri .

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @affaadnan telah dirakamkan oleh abangnya di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Dalam video terbabit, terdapat satu lembaga lengkap bertelekung sembahyang duduk dalam tahiyat akhir sambil mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

VIDEO


Tidak dapat dipastikan kesahihan rakaman terbabit namun rata-rata netizen menganggap kejadian itu perkara biasa dan sering terjadi sebelum ini.

Abang saya bersendirian ketika itu kerana anak dan isterinya pulang ke kampung. Selepas solat Subuh terjadi perkara ini.

"Katanya, makhluk ini mengaji menggunakan al-Quran yang diletakkan di ruang tamu.

"Apa yang boleh dilakukan, dia membiarkan makhluk itu selesai bersolat dan dia meninggalkan rumah sejurus kemudian," tulis pengguna Twitter itu.

Netizen beranggapan makhluk yang dimaksudkan itu adalah jin Islam yang menumpang dan diharapkan kejadian itu memberi petanda yang baik.

"Bahkan kalau katil kita kemas elok dan tinggalkan beberapa hari, kati itu akan ada kesan renyuk dan badan orang baring," tulis @MDNISH97.

Menerusi video tersebut makhluk itu membacakan surah Al-Baqarah ayat 107-109 yang mengandungi maksud tentang kekuasaan Allah dan kewujudan makhluk di muka Bumi.

"Bulu roma meremang baca terjemahan surah itu. Ada hikmah apa yang terjadi," tulis Rukia Chan.

Bagaimanapun, netizen masih menunggu perkembangan lanjut yang terjadi kepada keluarga tersebut yang 'berpeluang' bertemu dan melihat dengan mata kasar salah satu makhluk ciptaan Allah.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rVV9WF
via IFTTT