Wednesday, 30 November 2016

(VIDEO&GAMBAR) Pengasuh Kata Telinga Anak Cedera Sebab Kena Gigit Semut, Selepas Pergi Hospital Rupanya..




Seorang ibu tidak menyangka telinga anaknya yang melecet teruk kononnya digigit semut seperti yang diberitahu pengasuh rupanya adalah kesan dera.

Menurut ibu berkenaan, Puan Farah Hanim, semasa mengambil anaknya itu Habib dan Haziq(abang) pengasuhnya memberitahu anaknya telah digigit semut menyebabkan telinga anaknya melecet.

Beliau yang tidak berpuas hati kerana kesan ditelinga anaknya itu bukan seperti gigitan semut telah membawa anaknya untuk membuat rawatan di Hospital.

Selepas selesai rawatan, doktor mengesahkan cedera di telinga anaknya itu adalah kesan didera.

Jom kita baca coretan ibu berkenaan.






Kita patut marah..tapi dia yang marah kita



Haziq(abang) bagi hint macam-macam kat ibu dia..tapi kite ni macam caya tak caya..siap lakonkan balik ape pengasuh buat kat dia



Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fQmnY1
via IFTTT

Masih Ingat Kanak-Kanak Yang Kuat Merokok Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun

Masih Ingat Kanak-Kanak Yang Kuat Merokok Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun

ro

Pada tahun 2010, dunia dikejutkan dengan pendedahan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menjadi perokok tegar.

Ketika berumur 2 tahun, kanak-kanak lelaki bernama Ardi Rizal menjadi viral kerana mengalami ketagihan terhadap rokok yang teruk.

Ardi Rizal berasal dari Indonesia dan menjadi terkenal di seluruh dunia kerana tabiat buruknya yang kuat merokok.

Ketika kaank-kanak lalu kuat minum susu, Ardi Rizal pula kuat merokok sehingga 40 batang dalam masa sehari.

Untuk pengetahuan, setelah 6 tahun berlalu, Ardi kini akhirnya dapat berhenti dari merokok.

Ini merupakan hasil dari program pemulihan yang diaturkan oleh kerajaan Indonesia.

Kes Ardi itu menyebabkan pihak kerajaan membuka mata dan melancarkan kempen untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak.

Ardi telah membuktikan dia mempunyai semangat juang yang tinggi dan kini telah berjaya membuang tabiat tersebut.

Di umur 8 tahun, Ardi kini telah berjaya berubah menjadi lebih sihat. -PENMERAHDOTCOM

ardi-1

ardi-2

The post Masih Ingat Kanak-Kanak Yang Kuat Merokok Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gIVOBn
via IFTTT

(GAMBAR) JAMBATAN MIDVALLEY RUNTUH : 3 Pekerja Binaan Dilaporkan Kritikal 1 Cedera Dalam Pembinaan Yang Menghubungkan KL EcoCity & MidValley Sebentar Tadi

screen-shot-2016-11-30-at-4-44-17-pm

BANGSAR: Sebuah jambatan dalam binaan yang menghubungkan KL Eco City dengan Mid Valley runtuh kira-kira jam 3.33 petang tadi. 

Kejadian runtuhan menyebabkan 3 orang pekerja kritikal manakala seorang mengalami cedera ringan.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima laporan jam 3.33 petang dan mengerahkan 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian.
“Difahamkan, binaan itu runtuh dan menghempap pekerja. Berdasarkan maklumat awal, terdapat 5 atau enam mangsa.

“Tapi setakat ini tiga disahkan kritikal dan seorang cedera,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Ketika ini operasi menyelamat masih dilakukan di lokasi kejadian.

screen-shot-2016-11-30-at-4-20-01-pm

screen-shot-2016-11-30-at-4-45-04-pm

screen-shot-2016-11-30-at-4-44-49-pm

15

screen-shot-2016-11-30-at-4-57-41-pm

 

The post (GAMBAR) JAMBATAN MIDVALLEY RUNTUH : 3 Pekerja Binaan Dilaporkan Kritikal 1 Cedera Dalam Pembinaan Yang Menghubungkan KL EcoCity & MidValley Sebentar Tadi appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fPVAL9
via IFTTT

Azan Merupakan Suara Yang Paling Indah Di Dunia – Morgan Freeman

Azan Merupakan Suara Yang Paling Indah Di Dunia – Morgan Freeman

mf

Pelakon hebat Hollywood, Morgan Freeman sememangnya dikenali ramai. Pelbagai filemnya menjadi box-office dan boleh dikatakan dia merupakan pelakon yang dihormati ramai.

Sejak kebelakangan ini, telah tersebar satu video menunjukkan Morgan Freeman memuji keindahan panggilan azan untuk sembahyang.

Menerusi sebuah temubual yang dijalankan oleh pihak National Geographic, Morgan sebagai pengacara menyatakan bahawa panggilan azan untuk orang-orang Islam sembahyang merupakan sebuah suara yang paling merdu yang pernah beliau dengari di dunia ini.

Kenyataan yang dibuat bersempena dengan larangan pihak Yahudi terhadap laungan azan di sekitar kawasan Baitulmaqdis baru-baru ini.

Di dalam video tersebut Morgan Freeman turut cuba melaungkan azan. -PENEMRAHDOTCOM

The post Azan Merupakan Suara Yang Paling Indah Di Dunia – Morgan Freeman appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gwjfPo
via IFTTT

Tuesday, 29 November 2016

Ketika Tarik Hand Brake, Perlu Tekan Punat Atau Tidak? Ini Jawapan & Penjelasannya


Setelah anda selesai membetulkan kereta di petak parking, dan meletakkannya pada gear parking atau natural, perkara terakhir yang perlu dibuat adalah menarik hand brake.

Disini timbul sedikit kecelaruan sama ada perlu atau tidak kita menekan punat di bahagian depan hand brake untuk menarik brek.

Kecelaruan ini mungkin juga timbul disebabkan ada 'kata-kata' orang yang mengatakan jika tidak menekan punat itu, hand brake akan cepat rosak. Atau ada juga yang takut dengan bunyi 'kreeekkkk' pada hand brake ketika ditarik kerana dikhuatiri hand brake akan haus.

Jason Fenske dari chanel Youtube Engineering Explained memberikan jawapan kepada persoalan ini dan penjelasan teknikal disebalik jawapan itu.

Perlu Tekan Atau Tidak? 
Jawapan yang diberikan oleh Fenske adalah tidak perlu tekan. Tetapi tidak salah untuk menekan kerana ia tidak memberi apa-apa kesan buruk kepada hand brake. Namun dengan tidak menekan punat itu, akan ada bunyi 'kreeekkk' yang boleh memberi 'feedback' kepada pemandu ketika menarik hand brake. 

Penjelasan Teknikal

Menurut Fenske, sistem hand brake sangat mudah. Punat di hand brake dicipta hanya ketika untuk menjatuhkan hand brake sahaja.

Apabila punat tidak ditekan, satu komponen besi akan mencengkam satu komponen bergerigi yang dikenali sebagai Ratchet Segment. Jika punat ditekan, besi yang mencengkam Ratchet Segment itu akan dilepaskan.


Keadaan hand brake ketika punat tidak ditekan


Keadaan hand brake ketika punat ditekan.

Adakah Ratchet Segment Itu Akan Haus Jika Selalu Tidak Tekan Punat Ketika Tarik Handbrake?

Menjawab persoalan ini, Fenske menjelaskan faktor paling utama yang menyebabkan haus adalah haba. Komponen yang banyak menghasilkan haba akan cepat haus. Seperti contoh, brake pad yang menghasilkan geseran untuk memberhentikan tayar kereta yang berputar pada kelajuan yang tinggi.
Brake pad

Jadi, dalam kes hand brake, kesan hausnya amat halus sekali dan Fenske menyifatkannya dengan berkata "kereta tak boleh pakai langsung baru hand brake haus".

Dengan mengetahui penjelasan teknikal di sebalik sistem hand brake, kami yakin anda akan boleh menarik hand brake kereta anda dengan lebih yakin!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gI44Sp
via IFTTT

Nama Saja Pendakwah, Sanggup Aibkan Orang Dan Jual Agama Untuk Raih Simpati?


Sejak dua hari lepas, viral mengenai tulisan seorang individu yang menggunakan nama Diana Iman Heart di Facebook, mendakwa dirinya pendakwah mengenai seorang anggota RELA yang dikatakan menghalangnya dari ‘menjalankan kempen menutup aurat’

Sebenarnya apa yang penulis faham, wanita itu dihalang dari membuat persiapan di gerainya yang menjual pakaian muslimah kerana lewat selama sejam di Karnival Mega Sale anjuran KPDNKK di Dataran Angsana.

Tulisan Diana Iman Heart boleh dibaca di bawah:

Kata orang, mendengar cerita sebelah pihak adalah tidak adil. Ramai yang mengecam tindakan anggota RELA bernama Rosli itu tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook telah menulis mengenai sikap Diana yang kelihatan cuba mengaibkan anggota RELA bernama Rosli itu bukan untuk mendapatkan keadilan, tapi hanya kerana melampiaskan amarah. Ikuti tulisan Maz Mazratul Humairah mengenai Diana Iman Heart.

Terbaca kisah viral pasal RELA dan penjual pakaian islamik. Bukan RELA je. Jururawat, Guru pun pernah kena. Dajjal belum keluar dah sibuk viral cerita fitnah (cuba baca gambar di komen bawah dan cuba telefon KPDNKK Johor).

Isi yang saya nak sampaikan.

Manusia memaki hamun kerja RELA hanya cerita di sebelah pihak sahaja. Kalau nak marah selesaikan di pejabat bukan diviralkan.

Tiada sudah sifat tabbayun. Jangan cetus rasa tak hormat pada kerja begitu. Hanya sebab seorang RELA kita nafikan kebaikan RELA yang banyak tolong jadi penjaga. Hanya sebab jururawat tertidur, jururawat lain kena maki. Hanya sebab seorang guru bermasalah, hilang adab dengan guru yang lain. Pernah tanya masalah orang yang dituduh? Yang dimalukan dengan viral?

Logiknya sesiapa pun kalau dia dipihaknya mesti ceritanya akan memihak diri dia, dia dianiaya, dia dizalimi. Pernah tanya pihak RELA tadi apa sebenarnya terjadi? Penzina mengaku berzina pun Nabi tak terus hukum.

Memaki lebih mudah dari lafaz zikir. Tapi tak apa lepas viral, tutup kes. Di padang mahsyar boleh cari semula utk minta maaf.

Asalkan puas hati boleh meluahkan perasaan. Perasaan keluarga orang tak fikir sebab bukan keluarga kita. Orang hilang pekerjaan tak mengapa asalkan bukan kerja kita.

Kalau pun realitinya RELA itu salah tapi anda dapat apa dengan menghina orang? Menghina pekerjaan orang?

Nak tunjuk pada dunia yang beginilah akhlak muslim? Nak tunjuk pada Jepun yang mereka lebih tepati masa dari muslim? Kalau nak buat kisah tauladan tutup muka orang. Ini kes memang nak lampiaskan amarah.

Dalam penceritaan RELA itu memang salah sebab nampak macam tiada budi bicara, budak-budak yang cerita memanglah. Tapi dia tegas dengan kerjanya, dia ada integriti. Kes budi bicara nilah yang banyak bagi lepas orang asing masuk kawasan. Kemudian banyak jenayah berlaku dan akhirnya yang disalahkan pegawai keselamatan.

Buat kerja salah,tak buat salah. Salah sedikit kena maki hamun… viral. Padahal memang tak salah pun. Jadi kambing hitam nak lariskan page.

Apa yang saya nampak.
Manusia yang tiada disiplin.

Lewat sejam bukan seminit. Sebelum nak dakwah orang… kita dakwah diri kita dengan surah Al Asr’. Sumpah atas masa.

Guna simpati agama untuk menjual.

-Kalau betul kita berdakwah,anggaplah ianya cabaran. Banyak lagi tempat kita boleh menjual. Banyak lagi tempat kita boleh berdakwah. Manusia menyokong guna sentimen agama dalam masa sama memaki, memperlekeh kerja orang dan ambil cerita sebelah pihak sahaja. Kemudian nak jual-jual nama Allah. Sebab itu kes penipuan guna agama ni berleluasa siap boleh jadi jutawan dan kebal undang-undang.

Biasalah sebenarnya kalau ikut majlis kadang kita lambat,semua orang pernah lalui. Kena halau balik pun ada. Hangus duit gerai. Tapi isu ini kenapa sampai nak malukan orang hanya sebab tak puas hati? Kalau nak viralkan sebagai tauladan, tutuplah muka orang.

Tapi kalau kita memang nak malukan orang, dah berjaya dah. Siap page sampah buat modal cerita nak tarik trafik yang akhirnya bagi ancaman kepada kerja orang yang kasihan anak bini dan keluarga. Memalukan…

Banyaknya kezaliman yang maslahat kepada umum kisah peribadi juga yang kena viral. Tiadakah istilah dalam hidup kita memberi harapan pintu rahmat pada orang lain?

Sudah-sudahlah jual nama Allah dan agama untuk keuntungan dunia. Banyak lagi teknik pemasaran lain boleh cuba.

Trip bisnes untuk MAS lambat sepuluh minit dia tutup gate walaupun dah bayar beribu harga tiket. Kalau logiknya boleh lagi budi bicara. 10 minit bukan sejam.

Jangan amalkan sangat suka memaki dan viralkan aib individu. Lagi-lagi yang terikat dengan etika kerja. Bukan senang nak dapat kerja. Fikir juga periuk nasi anak yang sekolah.

Sekuriti di pejabat sini kalau tak tegas kena buang terus, sebab banyak kes orang luar masuk dan kawtim. Sekuritikah salah? Kalau tak puas hati pergi jumpa ketua atau buat laporan polis.

Susah tuhan nak berikan kita kepimpinan yang berintegriti. Sebab kita sebagai rakyat tak pentingkan disiplin, tak kisah intergriti dan lebih suka jadikan kisah viral sebagai hujah kebenaran.

Siapa kuasai media dialah benar.

Jadi apakah sebenarnya yang berlaku pada masa itu? Menurut seorang penguna Facebook, Mohd Hamdan, yang berada di situ pada hari kejadian (majlis perasmian Karnival Mega Sale KPDNKK), Diana lambat sejam ke karnival itu, tidak seperti orang lain yang semuanya membuat persiapan lebih awal.

Ketika Diana sampai, DYMM Sultan Johor telah berada di majlis untuk merasmikan karnival itu.



Malah, wakil KPDNKK juga memberitahu Rosli telah menjalankan tugasnya mengaga keselamatan majlis dengan baik.


Jadi sudah jelas di sini, Rosli sebagai kawalan sekuriti hanya menjalankan tugasnya. Sekiranya dia melepaskan Diana untuk membuat persiapan, dia pula akan dipersalahkan kerana ia seolah-olah tidak menghormati kehadiran Sultan sebagai pemerintah negeri.

Pemerhatian penulis, apa yang berlaku ialah salah Diana sendiri kerana lewat sampai ke acara. Sekiranya Diana ingin membuat aduan mengenai apa yang telah berlaku, dia sepatutnya mengajukan aduannya kepada penganjur majlis iaitu KPDNKK.

Rosli hanya mengikut peraturan dan menjalankan amanah yang diberikan kepadanya.

Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada anggota RELA, Rosli, yang telah bertugas dengan penuh dedikasi.

Sumber : Maz Mazratul Humairah FB


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g4txFC
via IFTTT

Rohingya: Jangan Hanya Simpati Tanpa Tindakan - Mufti Kelantan


KOTA BHARU: Simpati tanpa sebarang tindakan terhadap kekejaman ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar tidak membawa sebarang makna, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata umat Islam termasuk di Malaysia perlu melakukan sesuatu dengan melahirkan bantahan terhadap kekejaman pihak berkuasa Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya.

"Jangan cakap saja yang kita sedih dan pilu terhadap kejadian yang menimpa mereka (Rohingya). Sebagai umat Islam, kita (di Malaysia) perlu ada rasa bila cubit paha kiri, paha kanan turut terasa kerana umat Islam adalah bersaudara dan perlu saling membantu," katanya di sini, hari ini.

Mohamad Shukri berkata, Islam dituntut supaya sentiasa berdoa kepada Allah SWT apabila sesuatu musibah menimpa terhadap umat Islam.

"Seluruh umat Islam jangan kedekut untuk berdoa supaya musibah yang menimpa etnik Islam Rohingya mendapat petunjuk untuk ditangani dengan sebaiknya," katanya.

Mengenai Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima, Mohamad Shukri, berkata inisiatif itu perlu dijadikan contoh bagi menunjukkan prihatin terhadap nasib masyarakat Islam di Myanmar.

Katanya, Media Prima sentiasa di hadapan dalam membantu mereka yang menjadi mangsa bencana alam atau kesusahan atau bantuan kepada umat Islam yang ditindas.

"Jika setiap umat Islam di negara ini menderma RM1 untuk satu hari, bayangkan berapa banyak wang dapat dikumpul untuk membantu meringankan penderitaan yang sedang dilalui etnik Rohingya," katanya. - Berita Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g4rtxv
via IFTTT