Monday, 3 October 2016

Kenyataan Rasmi Emma Maembong Tentang Hubungan Dengan Ahli Perniagaan, Raf Yaakob

Kenyataan Rasmi Emma Maembong Tentang Hubungan Dengan Ahli Perniagaan, Raf Yaakob

em

Pelakon jelita Emma Maembong telah dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya iaitu Raf Yaakob.

Untuk pengetahuan, Raf Yaakob merupakan adik kepada penyanyi dan chef Datuk Fazley Yaakob.

Baca info dan gambar Raf Yaakob DI SINI.

Yang terbaru, setelah gosip ini hangat diperkatakan, Emma Maembong tampil membuat kenyataan.

Ini komen dari Emma Maembong:

“Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya pelukis di PWTC manakala arwah ayah Raf pengurus di situ. Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik kerap berkunjung ke situ.

Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC. Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga”

“Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan. Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal.

“Ketika majlis itu, Kamal pun ada, dia tahu kami rapat. Kamal tenang saja apabila berita ini tersebar. Bukannya betul pun,”

“Mungkin Raf baru saja bercerai, jadi orang ingat saya pula jadi pasangannya,”

Itulah penjelasan dari Emma. Mereka hanya berkawan sahaja tidak lebih dari itu. -PENMERAHDOTCOM

The post Kenyataan Rasmi Emma Maembong Tentang Hubungan Dengan Ahli Perniagaan, Raf Yaakob appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dsmt5J
via IFTTT

(VIDEO) Dato Vida Luah Rasa Kesal, Hotel 6 Bintang Sediakan Tandas Mewah Tapi Surau Kecil

(VIDEO) Dato Vida Luah Rasa Kesal, Hotel 6 Bintang Sediakan Tandas Mewah Tapi Surau Kecil

vida

Telah menjadi viral di laman sosial satu video yang dimuatnaik oleh Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida.

Video itu menunjukkan Dato Vida meluahkan rasa kesal dengan kemudahan surau sebuah hotel bertaraf enam bintang di Kuala Lumpur.

Surau yang disediakan oleh pihak hotel terlalu kecil, panas tiada penghawa dingin dan terdapat aliran paip yang keluar.

Namun ini amat berbeza dengan tandas yang disediakan oleh pihak hotel.

Kata Dato Vida, tandas hotel berkenaan begitu mewah dan amat luas sehingga boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.

Ini berbanding dengan surau yang katanya boleh muat 3 orang sahaja.

Walaubagaimanapun, Dato Vida tidak menyebut nama hotel tersebut secara spesifik.

Orang ramai dilihat menyokong tindakan Dato Vida tentang perkara ini namun ada juga yang melontarkan rasa syukur kerana pihak hotel tetap menyediakan tempat solat buat tetamu.

Jom tonton video Dato Vida ini.

The post (VIDEO) Dato Vida Luah Rasa Kesal, Hotel 6 Bintang Sediakan Tandas Mewah Tapi Surau Kecil appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dBBJeX
via IFTTT

Kisah Sebenar, Aku Budak Flat

Kisah Sebenar, Aku Budak Flat

flat

Hidup di kota raya, memang pelbagai pengalaman akan ditimba. Apatah lagi jika keluarga kita hidup serba sederhana dan hanya mampu tinggal di rumah flat.

Pebagai kenangan dan memori pahit dan manis sepanjang hidup di rumah flat.

Jom baca perkongsian dari seorang ‘budak flat’:

Rumah Dua Bilik

Entah kenapa pagi-pagi ini aku tiba-tiba teringat pada memori rumah flat. Keluarga aku bukanlah kaya, susah pun tidak, sederhana sahaja. Tetapi nak beli rumah dua tingkat di tengah Kuala Lumpur memang tak mampulah. Jadi, sebahagian besar hidup aku membesar di flat sajalah. Lebih tepat, Flat Pandan Jaya.

Duduk di flat ini memanglah tidak selesa. Rumah kecil, dua bilik sahaja. Lebih kurang 650 square feet saja. Satu bilik dah tentu untuk mak dan abah. Satu bilik lagi bagi pada kakak, perempuan. Jadi bertahun lamanya ruang tamu itu adalah ‘istana’ aku. Bila menjelang larut malam, aku akan bentang toto dan serius rasa macam tidur di hotel 5 star!

Alarm Clock

Nak tahu alarm clock aku apa? Budak jual karipap. Pagi-pagi budak itu akan jerit,

“Kuihhh! Nasi lemakkk! Karipapppp!”

Itulah alarm clock yang paling efektif bagi aku selain daripada azan di surau seberang jalan sana.

Saudara Tumpang Tidur

Paling gelabah bila ada saudara mara datang dari kampung nak berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Bila mereka kata nak tumpang tidur di rumah, huru haralah kami sekejap. Habis sofa, meja makan dengan segala meja di ruang tamu itu terpaksa bawa keluar ‘parking’ di koridor. Hahaha!

Kecurian

Kes ini sudah biasa. Kalau anak dara, selalu kena rembat adalah bra dengan seluar dalam. Budak- budak pula, basikal selalu hilang. Kalau yang bujang, selalu hilang motosikal. Aku sampai dua kali motosikal kena rembat. Selipar dengan kasut, jangan ceritalah.

Asap colok orang Hindu dan Cina sembahyang ini sudah jadi biasa sangat. Macam-macam bau dan aroma masuk dalam rumah. Yang best, kami semua boleh terima dan tolerate. Mereka pun okay saja walaupun bunyi azan punyalah kuat di tingkap mereka.

Jiran Gaduh

Paling thrill duduk rumah flat ini, bila suami isteri bergaduh. Kadang-kadang orang tingkat satu bergaduh sampai tingkat lima bunyi decibel dia. Paling best bila periuk belanga melayang. Bunyi macam okestra beb!

Parking

Yang paling mencabar akal dan fikiran adalah parking. Kereta banyak, parking sikit. Ada yang tak reti bahasa, parking belakang kereta orang tapi tarik hand brake. Yang ada motosikal pula hidupkan enjin dalam flat. Pendek kata pagi-pagi ini dah macam duduk di zon perang.

Lawaknya bila tengok akak-akak yang bukan main make up dan berkebaya bagai nak pergi office tetapi terpaksa tolak kereta keluar dari parking. Tertonggek-tonggek. Hehehe!

Ish, kalau nak cerita, satu novel pun tak cukup tetapi hidup kami cukup harmoni. Jarang gaduh besar-besar. Paling kuat pun rasa jealous bila jiran sebelah beli perabot baru walaupun kita tahu mereka beli di Courts Mammoth saja pun.

Itulah kisah, Aku Budak Flat. Memori sungguh.

The post Kisah Sebenar, Aku Budak Flat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dDCVDS
via IFTTT

Dia Syok Sendiri Ke? – Fazura Dikecam Netizen Nanyian ‘Kureng’ Di Konsert F1

Dia Syok Sendiri Ke? – Fazura Dikecam Netizen Nanyian ‘Kureng’ Di Konsert F1

fazu

Pelakon yang kini menceburi bidang nyanyian iaitu Fazura telahpun membuat persembahan pembukaan (opening act) untuk konsert Usher di Formula One (F1).

Fazura telah menyanyikan beberapa buah lagu Inggeris dan juga lagu original miliknya iatu ‘Sayangi Dirimu”.

Walaubagaimanapun, nyanyian itu dikataakn agak kurang memuaskan dan menjadi viral di laman sosial Twitter. Netizen dilihat menyatakan pandangan masing-masing yang mengktritik nyanyian Fazura itu.

Antara yang paling banyak dilemparkan kepada Fazura ialah nyanyian itu ‘syok sendiri’. Selain itu seorang gadis mengatakan seseorang harus memberitahu agar Fazura fokus di bidang lakonan sahaja.

Ini videonya:

Ini antara komennya:

fazf

The post Dia Syok Sendiri Ke? – Fazura Dikecam Netizen Nanyian ‘Kureng’ Di Konsert F1 appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2cWNSxz
via IFTTT

Sunday, 2 October 2016

Inilah Ahli Perniagaan Hebat Yang Dikaitkan Dengan Emma Maembong

Inilah Ahli Perniagaan Hebat Yang Dikaitkan Dengan Emma Maembong

ema-raf

Pelakon jelita Emma Maembong sebelum in dikaitkan dengan rakan artis Kamal Adli namun sejak kebelakangan ini Emma sering menafikan mempunyai hubungan dengan Kamal.

Malah, baru-baru ini Emma Maembong ada menggelar Kamal sebagai BFF sahaja.

Melalui satu laporan dari akhbar Kosmo, Emma Maembong kini dikhabarkan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berstatus duda anak dua orang.

Ini identiti ahli perniagaan terbabit.

Nama: Raf Yaakob
Nama penuh: Raden Ahmad Faizal
Kerja: Ahli perniagaan
Status: Duda
Anak: 2 Orang
Adik beradik: Adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob
Kenalan: Rakan baik kepada Nedim (Bossned)
Jawatan lain: Presiden ‘MY MAN UNITED’ Official Fan Club

Menerusi sumber tersebut, Raf Yaakob telah pun membawa Emma Maembong bertemu dengan keluarganya dan jelas ini menandakan hubungan mereka sememangnya amat serius.

Namun Emma Maembong masih belum memberi sebarang komen tentang gosip ini. Sementara itu, jom lihat gambar Raf Yaakob. -PENMERAHDOTCOM

raf1 raf2 raf4 raf6

The post Inilah Ahli Perniagaan Hebat Yang Dikaitkan Dengan Emma Maembong appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dD2fFt
via IFTTT

(SAYU) Pelajar Maut Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

(SAYU) Pelajar Maut Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

kemalangan

Seorang graduan tidak sempat menggenggam segulung diploma pada Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) setelah mangsa ditemui lemas apabila kereta yang dipandunya hilang sebelum terbabas ke dalam parit.

Terperangkap

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, Nurul Azmina Alias yang berumur 21 tahun, terperangkap di tempat duduk pemandu keretanya.

Ini setelah kereta Proton Perdana yang dipandunya terbalik di Jalan Tebuk Sultan-Jalan Alang, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Difahamkan Nurul Azmina yang menerima Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dalam perjalanan dari sebuah homestay di Sungai Air Tawar ke politeknik itu bagi menghadiri sidang kedua konvokesyen PSIS.

Siasatan Polis

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang beralamat di Flat Sri Melaka, Cheras meninggal dunia akibat lemas dalam parit yang mempunyai kedalaman air setinggi dua meter.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa polis ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk dibedah siasat dan pegawai perubatan di hospital itu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Konvokesyen Sayu

Sementara itu suasana sayu menyelubungi Majlis Konvokesyen PSIS apabila surah al-Fatihah dibacakan kepada seorang penuntut mereka yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Ketika surah itu dibaca, majlis konvokesyen tersebut sepi seketika sebagai menghormati pemergian Nurul Azmina yang sepatutnya menerima diploma pagi tadi.

Keluarga mangsa tiba lebih awal bagi menghadiri konvokesyen di politeknik itu, namun tergamam sebaik dimaklumkan Nurul Azmina meninggal dunia.

Takziah buat keluarga. -PENMERAHDOTCOM

The post (SAYU) Pelajar Maut Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2djMCHI
via IFTTT

Saturday, 1 October 2016

Sekejap Sangat Saya Jadi Isteri Awak, Saya Janji Nak Jaga Awak Tapi…

178

Kehilangan уаng tersayang аmаt реdіh lеbіh-lеbіh lаgі hubungаn sah yang dibina mаѕіh bаru, itulah уаng berlaku kepada insan іnі, Puan Nurnаԛіаh Mahadzir араbіlа lelaki yang ѕаh menjadi ѕuаmіnуа bаru 11 hаrі telah реrgі mеnіnggаlkаnnуа аkіbаt tеrlіbаt dalam kеmаlаngаn.

Bеlіаu telah mеmuаtnаіk satu ѕtаtuѕ iaitu surat kераdа ѕuаmі уаng сukuр ѕауu dibaca dі mаnа dіа mеnсеrіtаkаn detik pengenalan dеngаn ѕuаmіnуа іtu ѕеhіnggа аrwаh реrgі dіuѕіа terlalu bаru реrkаhwіnаn mеrеkа.

 

Jоm kіtа bаса status beliau, mungkin іnі ѕаlаh ѕаtu саrа mеluаhkаn rasa ѕеdіhnуа уаng bаru ѕеmаlаm kеhіlаngаn ѕuаmі tеrсіntа.

Hеуу awak, ѕеlаmаt раgі ѕауаng.. minggu lepas wаktu ni saya hаntаr аwаk depan ріntu, аwаk nаk реrgі kеrjа.. ѕuruh tunggu nak rаѕа mасаmmаn rasa bаlіk kеrjа аdа іѕtеrі tunggu dеkаt rumаh.

”Sуоk la tu bаlіk-bаlіk saya аdа dі rumаh..hеk”

Tapi hari іnі ѕауаhаntаr Yааѕіn kераdа awak.. іngаt tаk kіtа selalu bеrgurаu , kalau saya реrgі dulu macam mаnа?

Lepas tu awak рun ѕіbuk juga nak soalan yang ѕаmа… TIRU!.. tарі bеgіnі ruраnуа rasa tanpa аwаk.. kоѕоng..kеrіng..

Awak, awak… semalam cukup enam tаhun аwаk add Fасеbооk saya.. lераѕ tu ѕауа hampir-hampir rеmоvе аwаk ѕеbаb іngаt аwаk mаt rеmріt mаnа dok add ѕауа…😝.. tарі saya tаk dеlеtе…

17 Oktоbеr 2010, аwаk komen dі status ѕауа,.. lepas tu ѕеhіnggа kе сhаt box.. kаwаn punya kawan.. dеkаt 2 3 bulаn baru аwаk mіntаk nоmbоr telefon saya..itu pun ѕuѕаh ѕаngаt-ѕаngаt nak mіntаk!.

Pаѕtu kіtа mula berkawan sampai 19 Julаі 2011, аwаk bagi hint-hint nаk ѕауа jadi lagi ѕресіаl dalam hіduр аwаk,, itu pun ѕuѕаh juga nаk bagitahu.. mаіn tаrіk tali ѕungguh! hеk.

Kita рun jаnjі setia ѕаmраіlаh bila-bila ѕеbаb kіtа sama-sama реrnаh kесеwа ѕеbеlum ini… ѕауа ѕеntіаѕа іngаt ауаt аwаk tu.. ѕауа рun janji аkаn tunggu аwаk… memang kеnа tunggu ѕungguh… tіар kаlі nak kеluаr mеѕtі kеnа tunggu.. lераѕ tu mulаlаh ѕауа nak mеrаjuk..tарі bіlа tеngоk mukа аwаk tаk jаdі nаk marah..itu ѕауа gеrаm sangat tu..haishh 😝

Lepas ѕауа habis bеlаjаr..kеrjа..аwаk belum lagi..tak ара saya kata..saya аkаn tunggu ѕеbаb ѕауа nаk аwаk tahu ѕауа ѕеntіаѕа ѕоkоng awak!.

Alhаmdulіllаh lераѕ enam tahun bеrkаwаn..аwаk рun bekerja..impian kіtа nаk bеrkаhwіn dаh nаmраk..kіtа tunаng 21 Dіѕеmbеr 2015.. lераѕ itu ѕауа ріlіh 16 September 2016 tаrіkh kіtа kаhwіn ѕеbаb kоnоnnуа nanti nаk hаrі cuti bіlа ѕаmbut аnnіvеrѕаrу.

sekejap sangat saya jadi isteri awak, saya janji nak jaga awak tapi-5

12 hаrі awak jаdі suami ѕауа cukup-cukup 6 tahun kіtа bеrkаwаn di Facebook..alahai ѕауаng..kеjар sangat saya jаdі isteri аwаk..ѕауа janji nаk jaga аwаkkаn…tарі sekarang Allаh jаgа аwаk.😊

Tеrіmа kasih untuk ѕеgаlаnуа аwаk..ѕауа ѕауаng ѕаnаgt-ѕаngаt kаt аwаk..dаrі awal kіtа berkawan..kami іkhlаѕ ѕауаng аwаk..ѕеbаr dеngаn ѕеgаlа ujian yang datang.

Sеmuаnуа untuk аwаk..іmріаn ѕауа nаk tаngоk awak bеrjауа pun semua awak bаwа реrgі bersama..semua sayang аwаk..ѕеmuа kаtа awak bаіk..bеtul… аwаk memang bаіk..kаlаu ѕауа ѕtrеѕѕ аwаk аkаn tolong ѕауа jugа ѕеbаb kalau tаk аwаk аkаn ѕеrаbut kepala ѕеkаlі..hеk.

Okау аwаk.. nаntі ѕауа hantar surat kераdа аwаk lаgі уеr…duduk baik-baik dі sana..Allah ada jаgа awak..InsyaAllah.. dаrі ѕауа untuk аwаk wahai SUAMIKU..ISTERIMU.. yang nаk sangat раnggіl аwаk abang wаlаuрun awak kаtа tak kіѕаh раnggіl арарun…

The post Sekejap Sangat Saya Jadi Isteri Awak, Saya Janji Nak Jaga Awak Tapi… appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2cUmP5T
via IFTTT