Thursday 15 July 2021

Kes Hon Dan Pukul Pejalan Kaki, 5 Daripada Tujuh Suspek Positif Dadah

Lima daripada tujuh individu termasuk tiga wanita, yang ditahan susulan pergaduhan dekat di Kubang Kerian, Kelantan kelmarin, dikesan positif dadah

Kesemua mereka ditahan polis dalam tangkapan berasingan pada petang semalam dan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata penahanan dibuat di sekitar Kota Bharu, manakala seorang lagi di Pasir Puteh.

"Semua yang ditahan berusia usia 19 hingga 46 tahun. Ujian saringan mendapati lima daripada mereka termasuk tiga wanita, positif dadah jenis Benzo serta Amphetamine.

"Dua daripada mereka pula memiliki rekod lampau bersabit dadah dan jenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, turut disita dalam tangkapan itu adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang ada kaitan dengan kejadian pergaduhan yang tular sejak kelmarin.

Kelmarin, tular sebuah video berdurasi tiga minit 37 saat yang memaparkan kejadian pertengkaran mulut antara mangsa yang berusia 30 tahun dengan beberapa individu sebelum berlaku pergaduhan dan mangsa dibelasah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian 



from Sehinggit Media https://ift.tt/2U4Kzgd
via Merah Hati Cintaku