Thursday 6 September 2018

Kenapa Tepuk Belakang Bayi Sehingga Sendawa Selepas Diberi Susu? Ini jawapannya yang ramai tak tahu!


Kalau tengok, mesti ramai ibu bapa yang akan menepuk-nepuk belakang bayi sesudah menyusu, tidak lama selepas itu bayi akan mula untuk sendawa.

Dah Sendawakan Baby Dah Sayang?

Ni la soalan yang selalu isteri saya tanya kalau saya baru habis bagi anak saya minum susu. Lelaki macam saya ni kadangkala tu tak sensitif sangat bab sendawakan baby ni.

Padahal bahaya sangat kalau tak sendawakan baby dulu sebelum tidurkan dia. Baby kita boleh tersedak dan termuntah masa tidur tau.

Banyak je kes baby masuk kecemasan sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Rupanya antara penyebab jangkitan kuman pada paru-paru ( aspiration pneumonia ) pada bayi adalah tersedak susu.

American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.


Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita.

Jangan pulak baby menangis lepas menyusu kita ingat baby nak tidur pula ye. Sendawakan dulu baru bagi baby tidur tau. Jangan sampai kelalaian kita membunuh baby kita sendiri.

p/s : Saya Taufiq Razif berharap sangat info dan artikel ni disebarkan pada kaum lelaki macam saya ni. Saya tahu banyak suami yang tak tahu ilmu ni. Lebih-lebih lagi yang baru berumahtangga.

Kredit : Taufiq Razif/islamituindah.com.my

Cara Elakkan Bayi dari Tersedak Susu

Salam ibu- ibu semua.. Semoga dirahmati Allah semuanya.Berikutan daripada artikel punca bayi tersedak susu yang telah dibaca hampir 3000 orang dari serata negara, hari ini Ibu nak kongsikan pula cara- cara atau tips untuk mengelakkan anak kita daripada menjadi mangsa kematian akibat tersedak susu ini.

Daripada artikel itu dapat dirumuskan bahawa sebab-sebab bayi tersedak susu ialah:

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

Injap paru- paru anak yang masih kecil.

Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.

Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2wNhzdf
via Merah Hati Cintaku