Tuesday, 4 July 2017

Pelukan Terakhir Seorang Ibu. Hantar Pukul 9 Pagi, Jam 3.05 Petang Anak Dah Tak Ada.. Innallilah


Sebak dan sedih bila dengar berita-berita macam ini, mungkin takdir tetapi kemalangan yang berulang ini cukup membuatkan golongan wanita yang bekerja gelisah apabila terpaksa menyerahkan si comel kepada orang lain untuk menjaga demi mencari rezeki.

Berat hati untuk melepaskan namun ini satu ujian apabila Allah ambil semula satu pinjaman yang Dia pernah hadiahkan dan gembirakan hati ibu ayah ini. Salam takziah buat keluarga.

Aira Amira Nurul Riduan empat bulan yang juga anak kepada pasangan wartawan Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha, 32, dan Norhafizah Che Abdullah, 27, disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam (HSA) selepas ditemui tidak sedarkan diri dengan wajah kebiruan selepas beberapa jam diberikan susu botol di rumah pengasuhnya di Seksyen 19, Shah Alam.

Menurut Nurul Riduan, kali terakhir dia melihat anaknya ketika menghantar bayi itu kepada pengasuh kira-kira 9 pagi semalam.

Katanya, dia menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anaknya tidak sedarkan diri ketika berada dalam buaian.

“Sejurus menerima panggilan, saya dan isteri bergegas ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 untuk melihat keadaan Aira Amira sebelum anak kami dihantar ke HSA untuk rawatan lanjut.

“Pengasuh yang bawa anak saya ke klinik. Doktor di sana cuba menyelamatkan anak saya, tetapi ALLAH SWT lebih sayangkan dia,” katanya yang mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Jenazah Aira Amira akan dikebumikan di Felda Besout, Sungkai, Perak selepas semua proses termasuk bedah siasat selesai dijalankan. - Mingguan Wanita


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sBLyFC
via IFTTT