Thursday, 30 April 2020

Kerajaan Sedia Hantar Pulang PATI Ditahan Di Kawasan PKPD


PUTRAJAYA - Kerajaan sedia menghantar pulang semua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke negara asal mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persediaan telah dilakukan melibatkan PATI yang akan ditempatkan di depoh-depoh tahanan dan penjara khas yang telah diwartakan.

"PATI di kawasan PKPD akan dihantar ke depoh dan kita juga menyediakan 11 penjara khas yang telah diwartakan.


"Jika depoh tidak mampu menampung kita akan tempatkan mereka di penjara-penjara khas bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kita dah bersedia untuk menghantar PATI ini (pulang)," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, empat pasar awam yang ditutup mempunyai kaitan dengan kes positif Covid-19 di Pasar Borong Kuala Lumpur.

"Kita terpaksa ambil keputusan untuk tutup supaya sanitasi boleh dibuat di pasar tersebut seperti juga pasar borong, kita tutup empat hari untuk proses sanitasi.

"Jadi untuk pembersihan kita akan tutup pasar tersebut dan selepas itu mereka yang berniaga, pemborong dan sebagainya dibuat saringan kesihatan sebelum mereka dibenarkan berniaga semula. Jadi SOP sama dengan di pasar borong," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2W7pUVu
via Merah Hati Cintaku

Mereka Yang Berusia 36 Ke 40 Tahun, Masa Inilah Yang Paling Banyak Diuji


Tenang di penghujung usia 30 an. Perkongsian dari Facebook. Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham. Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan
Keluarga
Sahabat
Kerjaya
Ibubapa
Adik-beradik
Ipar duai
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari !

You have to face it!


Masa inilah ada yang rumahtangga goyang. Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. Masa inilah ada yang hilang kerjaya. Masa inilah ada yang mula sakit-sakit. Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.

Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. Masa inilah kenderaan rosak. Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini. Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan
Menguji kesabaran
Melatih diri dengan reda dan ikhlas
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan
Mengajar diri menjadi lebih beriman.
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

ALLAH SAYANG...

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar
Hati lebih tenang
Hati lebih ikhlas
Hati lebih tawaduk
Hidup lebih bahagia
Hidup lebih sempurna
Hidup lebih nampak arah tujunya
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’. Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya.

Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Sumber: https://ift.tt/2q1CbOY


from Sehinggit Media https://ift.tt/3f31CF7
via Merah Hati Cintaku

Padah Henti Perintah Berkurung Terlalu Awal, Covid-19 Kembali Mengganas Di Hokkaido


HOKKAIDO: Pulau di utara Jepun ini dilanda gelombang kedua yang mencatatkan 135 jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu, selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Hokkaido, yang menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan.

Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, berkata beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu.

"Ini bermakna kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau," katanya.

Pakar kawalan penyakit berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Prof Yoko Tsukamoto, turut bersetuju bahawa perintah berkurung ditamatkan terlalu awal.

"Pada masa itu, kita tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau pengetahuan mengenai wabak COVID-19.


"Namun, kita tidak boleh persalahkan sesiapa kerana keputusan (menamatkan perintah berkurung) dibuat berdasarkan penurunan kadar jangkitan kepada hanya satu atau dua kes sehari.

"Tapi kini kita sedar ini menjadi kesilapan terbesar, walaupun pada masa itu ia adalah tindakan yang wajar dilakukan," katanya.

Hokkaido melaporkan 38 kes baharu COVID-19 kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan 688 jangkitan selain seorang maut, menjadikan jumlah keseluruhan 27 kematian iaitu yang kelima tertinggi di Jepun.

Kes pertama COVID-19 di Hokkaido dikesan pada seorang pelancong China dari Wuhan ketika Festival Salji Sapporo pada Februari lalu sebelum perintah berkurung diisytiharkan, yang dihadiri dua juta orang.

Keadaan yang sama berlaku di Ontario, Kanada di mana penurunan kes baharu COVID-19 selama tiga hari berturut-turut menyaksikan peningkatan mendadak kelmarin dengan 525 kes baharu dan 59 kematian dalam 24 jam.

Pada 24 April lalu, Ontario merekodkan 640 kes harian baharu diikuti 476 kes pada hari berikutnya, 437 kes selepas itu dan 424 kes pada hari seterusnya.

Bagaimanapun, kelmarin berlaku peningkatan mendadak 525 kes iaitu penambahan 101 kes berbanding hari sebelumnya.

Secara keseluruhan, Ontario mencatatkan 15,381 kes COVID-19 yang disahkan termasuk 951 kematian dan 8,964 pesakit yang sudah sembuh. - AGENSI


from Sehinggit Media https://ift.tt/2zMn7d1
via Merah Hati Cintaku

"Jika Syarat Moratorium Diubah, Mak Cik Kiah Dan Keluarga Akan Bertambah Susah" – Syed Saddiq


Berita keputusan Bank Negara Malaysia menukar syarat moratorium menjadi buah mulut netizen pada saat ini.

Sebelum ini BNM menawarkan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk jangka masa yang terhad. 

Dalam tempoh ini, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman/pembiayaan yang memenuhi syaratsyarat tidak perlu membuat apa-apa pembayaran balik, dan tiada caj bayaran lewat akan dikenakan.


Hal ini dalam masa yang sama mendapat perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.




Sumber: Syed Saddiq via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WeLKGL
via Merah Hati Cintaku

"Jangan Tertipu Dengan Usia Muda, Syarat Mati Tidak Harus Tua"


Kalau jodoh itu rahsia Allah, kematian juga rahsia Allah. Kita sebagai hamba di muka bumi lebih mengingatkan tentang kematian. Usia muda dan tubuh badan yang sihat bukan satu jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua.

Umat Islam sangat dituntut untuk sentiasa bersedia hadapi kematian kerana sememangnya hidup di dunia lebih singkat dan tidak kekal.

Seperti perkongsian daripada sebuah Masjid Al-Mawaddah di laman Facebooknya berkaitan kematian di usia muda, kematian tatkala sihat tubuh badan kerana ia adalah rahsia Maha Berkuasa.


“Jangan tertipu dengan usia mudamu, kerana syarat mati tidak harus tua. Jangan tertipu dengan badan sihatmu, kerana syarat mati tidak harus sakit.

Jadual kematian Allah yang tentukan, kondisi mati manusia yang usahakan. Kerana ajal itu tidak menunggu taubatmu dan kematian itu adalah pasti.”

Jadi, janganlah kita takut akan kematian kerana ia pasti dan janji Allah.



from Sehinggit Media https://ift.tt/2WbmjWM
via Merah Hati Cintaku

Kelantan Akhirnya Benarkan Operasi Kedai Dobi, 'Hardware', Bengkel


KOTA BHARU: Kelantan akhirnya memberi kebenaran untuk kedai dobi, bengkel kenderaan serta perniagaan barangan logam (hardware) beroperasi di negeri ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan itu menyusul kira-kira 20 hari selepas kebenaran untuk sektor tambahan berkenaan beroperasi diumumkan di peringkat Persekutuan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri yang bersidang hari ini.

"Walaupun premis berkenaan sudah dibenarkan beroperasi di negeri lain sebelum ini, Kelantan ambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu sebelum keputusan dicapai hari ini.


"Sehubungan itu, premis yang dibenarkan beroperasi itu perlu membuat permohonan selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk tempoh masa beroperasi.

"Setakat ini, ratusan pengusaha sektor terbabit sudah membuat permohonan dan keputusan mesyuarat hari ini akan dibawa kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum premis itu dibenar beroperasi dalam masa terdekat," katanya.

Beliau yang berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat MKN peringkat negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, memaklumkan bagi perkhidmatan dobi, hanya kedai yang mempunyai pekerja dibenarkan beroperasi setakat ini.

"Untuk dobi layan diri, kita tidak benarkan lagi kerana mahu mengelak perkumpulan," katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VOIcfi
via Merah Hati Cintaku

Moratorium 6 Bulan: Pinjaman Kenderaan Sebenarnya Masih Dikenakan Faedah & Peminjam Perlu Beritahu Pihak Bank


Bagi mereka yang mengambil pilihan moratorium 6-bulan untuk pinjaman sewabeli kenderaan mereka, informasi terkini mendapati mereka sebenarnya akan dikenakan faedah untuk tempoh enam bulan tanpa pembayaran itu.

Menurut laporan RinggitPlus.com, faedah akan dikenakan mulai esok.

Ini berlainan dengan kepercayaan ramai bahawa kadar faedah tidak akan dikenakan dalam tempoh enam bulan tersebut.

Moratorium juga bukan lagi menjadi pilihan automatik dan peminjam perlu memberitahu bank samada mereka mahu mengambil moratorium atau teruskan pembayaran.

Ini bercanggah dengan apa yang diperkatakan dahulu.

BNM sekarang mahukan pelanggan untuk memberitahu kepada bank dengan jelas pilihan pembiayaan sewa beli kenderaan mereka semasa COVID-19.


Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh ABM tadi, pihak peminjam mempunyai dua pilihan sekarang:

1. Bayar jumlah ansuran terkumpul enam bulan itu sekali dengan pembayaran ansuran untuk bulan Oktober 2020 dan mereka tidak akan dikenakan faedah.

2. Teruskan pembayaran ansuran bulanan bermula dari Oktober 2020 dengan tambahan tempoh pembayaran selama enam bulan. Faedah untuk tempoh tambahan enam bulan itu akan berdasarkan  kontrak sewa beli asal dan akan dikenakan ke atas jumlah bayaran yang tertangguh itu dan perlu dilangsaikan dalam tempoh tambahan tersebut.

Untuk pilihan kedua, mereka akan melihat tambahan pembayaran bulanan bermula bulan Oktober 2020. Ini adalah selari dengan apa yang difahamkan keapda Careta pada awal moratorium ditawarkan kepada pengguna Malaysia.

Untuk mereka yang tidak mahu mengambil pilihan moratorium bermula pada bulan Mei esok, tidak ada sebarang penalti akan dikenakan.

BNM berkata pihak bank tidak boleh mengenakan fi lewat bayar ke atas pembayaran yang ditangguhkan jika mereka mula menyambung pembayaran mereka dalam bulan Mei.

Menurut laporan dari RinggitPlus.com, institusi perbankan negara bakal berdepan dengan kerugian berbilion ringgit jika "cuti enam bulan tanpa faedah" dilaksanakan.

Laporan asal dari Ringgitplus.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3cZM4zY
via Merah Hati Cintaku