Monday, 30 March 2020

Hina Polis, Nursahira Didenda RM10,000 & Penjara 3 Bulan


MAHKAMAH Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Menurut laporan Harian Metro. Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Murtazadi mengarahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dihukum penjara dua bulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 27 Mac lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WWHiyk
via Merah Hati Cintaku

Pasar Di China Didakwa Kembali ‘Aktif’, Kelawar Dan Kala Jengking Dijadikan Ubat Tradisional

Sumber Gambar: Daily Mail

“Anjing dan kucing yang terkejut, terancam di dalam sangkar berkarat. Kelawar dan kala jengking yang ditawarkan untuk dijual sebagai ubat tradisional. Arnab dan itik disembelih dan disiat kulit bersebelahan di atas lantai batu yang ditutup dengan darah, kotoran dan bangkai haiwan”.

Ini adalah adegan-adegan yang amat membimbangkan pada hari ini kerana China meraikan ‘kemenangan’ mereka mengatasi koronavirus dengan membuka semula pasaran daging yang menjadi titik kepada permulaan pandemik tiga bulan lalu tanpa percubaan yang jelas untuk meningkatkan standard kebersihan untuk mencegah wabak masa depan, lapor Daily Mail.

Seperti yang tular, pandemik yang bermula di Wuhan memaksa negara-negara di seluruh dunia dikenakan lockdown. Seorang koresponden Daily Mail pada hari Ahad lalu menyaksikan beribu-ribu pelanggan berbondong-bondong ke pasaran tertutup yang luas di Guilin, barat daya China.


Di sini, sangkar spesies yang berbeza ditimbun di atas satu sama lain. Di pasar daging lain di Dongguan, selatan China, seorang wartawan lain mengambil gambar penjual ubat yang kembali menjalankan perniagaan pada Khamis lalu dengan iklan kelawar pada billboard.

‘Pemandangan’ yang mengejutkan itu muncul selepas China akhirnya tidak lagi mengenakan sekatan kepada seluruh negara dan menggalakkan orang ramai untuk kembali menjalani kehidupan seharian yang normal bagi meningkatkan ekonomi. Statistik rasmi menunjukkan hampir tiada jangkitan baru.

“Semua orang percaya wabak sudah berakhir dan tidak perlu risau lagi. Pasar telah kembali beroperasi dengan cara yang sama seperti yang mereka lakukan sebelum koronavirus.

“Satu-satunya perbezaan ialah pengawal keselamatan cuba menghentikan sesiapa yang mengambil gambar yang tidak akan pernah berlaku sebelum ini,” kata salah seorang wartawan China.

Sumber Berita: Daily Mail via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bBBDSw
via Merah Hati Cintaku

Lori Bawa Muatan Roti Hilang Di KL, Jumpa Di Kemaman Selepas 12 Jam


KEMAMAN: Sebuah lori dengan muatan roti yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur ditemukan di Kemaman, Terengganu, pada Isnin malam.

Lori seberat 3 tan itu dijumpai orang ramai di pekarangan Masjid Kampung Beris Meraga, Kijal, kira-kira jam 8 malam dan memaklumkan kepada syarikat pengedaran roti terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan kenderaan berkenaan.

Menurut Hanyan, lori yang digunakan untuk mengedar roti di sekitar Kuala Lumpur itu dilaporkan hilang di Jalan Petaling di ibu kota sekitar jam 7 pagi hari yang sama.


Pemandu lori hanya menyedari lori berkenaan hilang ketika hendak memulakan tugas penghantaran dan kemudianya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Hanyan berkata laporan mengenai penemuan lori berkenaan di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada jam 10 malam Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media https://ift.tt/2UxZ4Xj
via Merah Hati Cintaku

Pelawak ‘Lejen’ Jepun, Ken Shimura Meninggal Dunia Akibat Covid-19


TOKYO: Pelawak terkenal Jepun, Ken Shimura dilapor meninggal dunia akibat Covid-19 pada petang Ahad.

Ken meninggal dunia pada usia 70 tahun, lapor stesen berita NHK.

Sebelum ini, Ken dimasukkan ke hospital pada 20 Mac selepas mengalami gejala demam dan pneumonia yang teruk.

Pada 23 Mac, beliau disahkan positif Covid-19 dan menjadi ikon hiburan Jepun pertama yang mengumumkan kondisi jangkitannya.


Ken merupakan pelawak terkenal di dunia dengan kerjayanya yang bermula sejak awal 1970-an.

Beliau amat terkenal dengan watak “Baka Tonosama” (Stupid Lord) dan “Henna Ojisan”(Strange Uncle) dalam rancangan televisyen.

Pada 2006, beliau juga mengetuai rombongan untuk persembahan teater “Shimurakon” (Shimura Spirit).

Sebelum beliau meninggal dunia, Ken membintangi “Tensai! Shimura Dobutsuen” (Genius! Shimura Zoo) dan rancangan televisyen lain yang sedang ditayangkan.

Dalam pada itu, mendiang juga dijadualkan untuk membintangi filem “The Name Above the Title” pada bulan depan.


View this post on Instagram

A post shared by 志村けん (@ken_shimura_bakatono67) on

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UMpZgJ
via Merah Hati Cintaku

18 Banduan Penjara Penor Jahitkan PPE Untuk “Frontliner” Covid-19


KUANTAN, 30 Mac – Bengkel jahitan Penjara Penor di sini, hanya ‘mengendalikan’ tempahan paling penting buat masa ini, iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19.

Bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.

Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain berkata mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan PPE yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE ‘dari hujung kepala ke hujung kaki’.

“Bengkel kami mula menjahit PPE pada Jumaat lepas dan setiap hari kami boleh menghasilkan lebih 20 pasang PPE yang akan terus dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang untuk diagihkan kepada Jabatan Kesihatan negeri.

“Buat masa ini, bengkel jahitan turut beroperasi pada Sabtu dan Ahad berbeza daripada kelaziman kerana menyedari keperluan mendesak terhadap PPE ekoran peningkatan jumlah pesakit COVID-19,” katanya semasa ditemui Bernama di sini, hari ini.

Abu Hasan berkata beberapa kakitangan penjara telah mengikuti taklimat pembuatan PPE pada 25 Mac, bagi memastikan PPE yang dihasilkan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak kesihatan.


Selain PPE, Abu Hasan berkata Persatuan Isteri, Anak dan Anggota serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) di situ juga telah menghasilkan 525 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Sementara itu, pegawai selia bengkel jahitan Penjara Penor Sarjan Muhd Mulyadi Abd Ghani berkata banduan yang terlibat tidak mengambil masa lama untuk memahami kaedah menjahit PPE kerana sudah mahir mengendalikan mesin jahit ekoran sering menerima tempahan pakaian seragam.

“Untuk melancarkan tugas, kami wujudkan tiga stesen khas yang terdiri daripada membahagikan material, memotong dan menjahit. PPE yang siap juga perlu melalui kawalan kualiti oleh kakitangan penjara.

“Proses yang paling renyah untuk dilakukan ialah memasukkan getah yang bertujuan mengetatkan bahagian pergelangan tangan, dagu topeng muka dan pelindung kasut,” katanya.

Mengenai tugas baharu itu, Man, 26, yang dipenjarakan kerana kesalahan dadah menyifatkan bantuannya memotong PPE mengikut pola yang diberikan adalah ‘sumbangan kecil’ dirinya kepada negara yang sedang berdepan situasi mencabar.

Anak jati Kuala Ibai, Terengganu itu berkata dia tahu mengenai wabak COVID-19 kerana emaknya yang melawat pada 15 Mac lepas sempat ‘bercerita’ mengenai wabak itu yang semakin menular di Malaysia.

“Saya tahu ia mudah berjangkit…dalam diam, saya bangga juga kerana masih dapat membantu walaupun dari penjara. Sumbangan saya tidak besar, namun saya harap ia boleh melindungi kakitangan kesihatan yang sedang berjuang,” katanya.

Rakannya yang dikenali sebagai Saiful, 33, pula berharap PPE yang dihasilkan mereka dapat menampung kekurangan peralatan itu yang difahamkan amat penting dalam mengendalikan pesakit COVID-19.

Saiful yang menjalani hukuman penjara selama 18 tahun berkata dia gembira kerana kemahiran menjahit yang dipelajari selepas ‘berada di dalam’ membolehkan dia membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: Bernama via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dIxle3
via Merah Hati Cintaku

Kumpulan Pertama Pesakit Covid-19 Hospital Tuanku Bainun Sembuh Dan Dibenarkan Pulang


SHAH ALAM - Kumpulan pertama pesakit koronavirus (Covid-19) di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang membuat naik status bergambar menerusi akaun Twiternya di sini malam ini.


"Kumpulan pertama pesakit Covid-19 daripada Hospital Bainun sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah," katanya.

Petang tadi, Noor Hisham turut mengumumkan 91 kes disahkan pulih dan dibenarkan pulang.

Jumlah kes pulih dan dibenarkan pulang itu terbesar direkodkan setakat ini, menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 479 kes atau 18.2 peratus berbanding keseluruhan.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UQxt2a
via Merah Hati Cintaku

Doktor Kardiologi Yang Didakwa Melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Dikenakan Hukuman Hari Ini


Sebelum ini, telah tular video tentang seorang doktor yang mencabar pihak berkuasa selepas dirinya didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Hari ini, doktor tersebut telah dijatuhkan hukuman atas dua kesalahan yang berkaitan. Doktor pakar kardiologi tersebut sebelum ini telah memarahi pihak berkuasa yang cuba menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan ketika dia sedang keluar berjogging.

Kesalahan yang dilakukan oleh Dr Ong Hean Teik kerana berada di Taman Bandaraya pada 19 Mac lalu tidak disertakan dengan alasan yang kukuh. Dr Ong telah didakwa di bawah Peraturan 3 (1) Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan yang dijangkiti) Peraturan 2020. Ini membolehkan Dr Ong dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan lain yang didakwa dilakukan Dr Ong ialah menghalang penjawat awam melakukan tugas di tempat dan waktu yang sama. Dr Ong berdepan dengan Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memberi hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Walau bagaimanapun, Dr Ong telah diwakili seorang peguam bela meminta untuk dibicarakan terhadap kedua-dua tuduhan tersebut. Majistret Jameliah Abdul Manaf membenarkan Dr Ong diikat jamin RM13,000 dan diarahkan untuk menyerahkan passport manakala sebutan kes ditetapkan pada 9 Jun depan.


Selain itu, Dr Ong juga perlu melaporkan diri di balai polis setiap sebulan sekali. 

Ringkasan daripada kes, Dr Ong dilihat berjogging di Taman Bandaraya dan dinasihati pulang ke rumah oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 19 Mac lepas. Meskipun setelah dinasihati secara baik, Dr Ong masih bertegas untuk terus berada di taman tersebut untuk bersenam.

MBPP telah membuat laporan polis terhadap Dr Ong sejurus kejadian tersebut dan video rakaman perselisihan antara Dr Ong dan pegawai MBPP dikongsi di semua laman media sosial.

Sumber: https://amazingnara.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/344mXsE
via Merah Hati Cintaku