Tuesday, 30 May 2017

Kisah Pemuda DERHAKA Hidang Daging ‘Khinzir’ Buat Ibu Berbuka Puasa, Bila Ibu Meninggal Lihat Apa Berlaku !!!


Tadi sebelum solat jumaat ada Tazkirah di Masjid..Dalam tazkirah tersebut ada menceritakan satu kisah yang sangat menyentuh perasaan dan ingin saya kongsikan pada sahabat 2 semua…semoga ianya menjadi Tauladan pada kita.Insyallah,amin…

“Dikisahkan ada seorang pemuda yang telah insaf berjumpa dengan seorang Ustaz untuk memohon maaf atas segala kesalahannya yang lampau..Beliau dahulu semasa muda tergolong dalam kalangan muda mudi yang liar..”

“Ustaz itu berkata bertaubatlah,insyallah pasti Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah beliau lakukan…Tetapi beliau terus menangis dan mengatakan yang dosa beliau terlalu besar…Ustaz itu bertanya dosa apa yang telah dilakukannya..??Pemuda itu berkata dia berdosa pada Ibunya..Ibunya kini telah meninggal dunia..”

“Pada suatu petang dibulan Ramadhan Ibunya menyuruhnya membeli barang dapur untuk dimasak bagi hidangan berbuka puasa..Pemuda ini enggan kerana dia tidak berpuasa..dan memang sikapnya yang sering melawan cakap Ibu..Ibunya menyuruhnya lagi beberapa kali dan pemuda itu pun pergilah ke pasar dan pulang membawakan daging buat Ibunya..”

“Sampai sahaja dirumah,pemuda itu terus melemparkan daging itu pada Ibunya…Ibunya ambil,masak dan berbuka dengan daging tersebut…”

“Kini Ibu saya dah tiada Ustaz..setiap petang Ramadhan saya akan menyesal dengan perbuatan saya ini Ustaz..Ustaz tahukah daging apa yang saya belikan pada Ibu saya..???Yang Ibu saya makan Ustaz…???

“SAYA BELI DAGING ‘BABI’ UNTUK IBU SAYA USTAZ…IBU SAYA MAKAN DAGING ‘BABI’ YANG SAYA BELI USTAZ…!!”

“Pemuda ini sangat menyesal atas kesilapan yang telah beliau lakukan pada Ibunya itu..Nasihat Ustaz tersebut :

1. Bertaubatlah pada Allah,semoga Allah akan mengampunkan dosa – dosa kamu..

2. Mendoakan keampunan dosa – dosa Ibumu.

3. Menjelaskan hutang Ibumu jika ada.

4. Membayarkan zakat Ibumu jika masih tertunggak.

5. Mengqada’kan puasa Ibumu.

6. Membayarkan fidyah puasa Ibumu.

7. Menghubungkan tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk keduanya yang telah meninggal dunia.

8. Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka.

9. Membuatkan haji untuknya

“Insyallah,semoga Allah akan mengampunkan segala dosa – dosa kamu…Amin.”

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?”

“Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” .Kemudian aku mengaminkannya.

“Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin”

“Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”.

(H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

Kredit : Bulletin Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rihL2Y
via IFTTT

Lelaki Berjaya Tembak Seekor Makhluk Aneh Di Kolam Ikannya. Apa SEBENARNYA Makhluk Ini Buat Ramai Tak PERCAYA !!!

Seorang pemburu menjadi viral apabila gambarnya bersama mahluk aneh.. ketika dia melawat kolam ikan miliknya terkejut apabila melihat seekor makhluk aneh yang berada dikolamnya. 


Seorang lelaki mendakwa telah menangkap seekor katak gergasi seberat 13 pound di Texas. Marcuz Rangel berkongsi gambar tangkapannya di Batesville, Texas itu kepada Memburu Persatuan South Texas yang menyiarkan imej di laman Facebook mereka minggu ini.

‘Markcuz Rangel Kami mahu berkongsi katak gergasi yang kami mendapat petang semalam di salah sebuah kolam memancing kami di ladang texas South terletak di Batesville tx 13lb katak gergasi !!! #stxha, ‘ status yang di muat naik di South Texas Hunting Association.


Katak gergasi itu dilihat seperti telah ditembak mati oleh Marcuz kerana dia memegang senapang patah di tangannya.

Steve Lightfoot, jurucakap Jabatan Taman & Wildlife Texas, memberitahu bahawa gambar itu adalah benar.

‘Tetapia ia tidaklah sebesar apa yang dilihat di dalam gambar, “kata Lightfoot.

Ia merupakan satu ilusi optik dicipta seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemancing untuk membuat ikan kelihatan lebih besar. walaupun begitu ianya masih dikira besar. ‘

Rata-rata netizen yang melihat gambar katak gergasi itu tidak mempercayai saiz katak tersebut.


Sumber: DailyMail


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rzDRii
via IFTTT

Saintis Jepun Pemenang Anugerah Nobel Buktikan Puasa Boleh Mencegah Barah


Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemecahan oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponennya yang dikenali sebagai "autophagy".


Penemuan itu yang dinamakan "mechanism for autophagy", adalah mengenai proses asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh dimanfaatkan untuk melawan barah dan dementia.

Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu proses pengitaran semula sel dalam badan. Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini rosak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungsinya, ia perlu dibuang dari badan.

Bagaimana barah boleh berlaku?


Barah boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati. Bagaimana? Jika sel-sel yang telah lama dan tua tidak mati dan tidak digantikan dengan sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ia akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal yang tidak melakukan fungsi asal mereka. Lebih buruk lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk kepada sistem organ. 


Apabila sel-sel ini termutasi dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tumor atau ketumbuhan (sebagai contoh leukemia). Ini lah merupakan titik permulaan terjadinya barah, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinoma, sarkoma, leukemia, limfoma dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.

Autophagy vs Apoptosis


Terdapat satu lagi proses yang sama seperti autophagy iaitu "apoptosis" yang juga dikenali sebagai proses sel mati. Bunyi macam tidak enak, namun untuk mengekalkan kesihatan yang baik, proses ini amat penting bagi badan kita. Setelah beberapa kali melalui proses pembahagian, sel-sel badan diprogramkan untuk mati. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku, ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya barah. 


Sebagai contoh mudah, jika anda mempunyai sebuah kereta, dan anda menggunakannya untuk beberapa ketika. Setelah berlalunya masa, kereta anda pasti akan mengalami kerosakan. Setelah berkali-kali diperbaiki, akhirnya anda perlu menukar kepada kereta baru kerana kos-kos membaiki akan menjadi semakin mahal jika kereta anda sudah berumur dan melalui pelbagai kerosakan. Jika anda tidak membeli kereta baharu, pasti wang anda akan melayang kerana dihabiskan untuk membaiki kereta.

Apa kaintan proses autophagy dan berpuasa?

Namun, jika kereta anda rosak, anda tidak lah perlu membeli kereta baharu serta-merta sebaliknya hanya menukarkan bahagian yang rosak, sebagai contoh bateri. Ia juga sama kepada sel-sel ini. Daripada membunuh kesemua sel (proses apoptosis), badan kita hanya perlu membunuh sel-sel yang lama dan rosak sahaja. Inilah yang dinamakan proses autophagy, di mana organel sub-selular dimusnahkan dan yang baru dibina semula untuk menggantikannya.

Pada tahun 1962, proses autophagy ini dinyatakan apabila saintis menyedari pertambahan jumlah lysosomes iaitu bahagian sel yang menghancurkan sel lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.


Kekurangan nutrisi dan zat adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa) maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat. Peningkatan glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!


Berpuasa bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang "barang lama", ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan kita supaya mula untuk menghasilkan "barang baru". Jadi dengan berpuasa dapat membenarkan badan kita untuk menjalani pengubahsuaian yang lengkap.

Islam mewajibkan puasa


Sebagai ringkasan, jika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan nutrisi dan zat, ini akan merangsang proses autophagy. Apabila proses autophagy berlaku, ia akan menggantikan sel-sel yang lama dan jahat, kepada sel-sel yang baru dan baik. Ini sekaligus menjadikan badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik serta tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.

Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa sebulan di dalam setahun iaitu ketika tibanya bulan Ramadan. Bukan di bulan Ramadan sahaja, malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Dengan berpuasa, badan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih terjaga daripada dijangkiti penyakit berbahaya seperti barah. Ini amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan yang masih panjang. Jadi, berpuasa bukanlah untuk orang Islam sahaja, ia diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini.

Contoh mudah, setiap 3 bulan atau 5000 kilometer (mengikut jenis kenderaan), kereta kita perlu diservis bagi mengekalkan prestasinya. Sama seperti badan kita, ia juga memerlukan "servis", iaitu dengan berpuasa.

Jika anda bukan Islam, dan baru mengetahui manfaat berpuasa, cuba lah melatih diri anda untuk berpuasa.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Iluminasi


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2r6wAF5
via IFTTT

Lelaki Dipukul Sampai Koma Kerana Didakwa Mencabul, Meninggal Dunia


ALOR SETAR, KEDAH - Lelaki yang koma dibelasah sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas sebuah pusat beli-belah telah meninggal dunia. 

Lapor Harian Metro, mangsa, telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 12.30 tengah hari tadi. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan, lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia dan kes itu kini diklasifikasikan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Polis telah menahan lima individu yang terlibat termasuk wanita berusia lingkungan 20 tahun di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang viral di media sosial. 

"Terdapat beberapa lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini untuk membantu siasatan," katanya. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rQpN3L
via IFTTT

Periuk Meletup Masa Bersiaran Live, Pihak Go Shop Tampil Mohon Maaf & Nafi Produk Tidak Berkualiti..


Sejak beberapa hari lalu telah tersiar di laman sosial Facebook yang menunjukkan kejadian set masakan yang sedang diadakan demontrasi dalam rancangan iklan terkenal Go Shop telah meletup.

Kerana video berkenaan, pihak Go Shop telah dikritik teruk oleh netizen kononnya pihak mereka telah menjual barangan tidak berkualiti kepada orang ramai.

Namun, Go Shop dalam satu kenyataan di laman Facebooknya telah tampil membuat permohonan maaf dengan insiden yang berlaku berkenaan dan mereka menyatakan kejadian berlaku adalah kerana kesilapan pemasangan produk berkenaan punca ia meletup dan kejadian itu sama sekali tidak melibatkan kualiti alat memasak berkenaan.

Berikut adalah jawapan daripada pihak Go Shop.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rQic5k
via IFTTT

Kalau Nampak Bazaar Ramadhan Yang Banyak Payung Dari Orang, Kau Singgahlah Tengok

Monday, 29 May 2017

Bestnya..Ingat Lagi Kisah Dua Sahabat Yang Kini Menjadi Madu? Ini Kisah Terbaru Mereka


"Ketika berbuka dan bersahur bagaikan tidak sempurna jika tidak bersama madu, justeru saya akan pastikan kami bersama.

"Alhamdulillah, tahun ini adalah kali pertama menjalani ibadat puasa bersama madu dan berasa sangat meriah selain memberi makna tersendiri buat diri saya,” kata Ida Nirwana Marzuki atau mesra disapa Ida, 26, yang teruja menjalani ibadat puasa bersama madunya, Norinie Rahmad, 35, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, sejak bermadu dan tinggal bersama di kediamannya dan suami, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, tahun lalu di Taman Permaisuri, Cheras, segala yang dilakukan termasuk rutin hariannya adalah bersama Norinie.

"Tak dapat digambarkan perasaan apabila masak berbuka dan bersahur sekali dengan madu. Sejak hari pertama menjalani ibadat puasa rutin harian adalah bangun seawal 4 pagi untuk bersahur bersama.

"Saya paling teruja apabila waktu memasak hidangan terutama bersahur kerana saya dan madu dapat bertukar idea mengenai menu istimewa yang akan dihidangkan untuk suami tersayang.

"Jadi, ia sekali gus menimbulkan suasana meriah termasuk pelbagai hidangan yang dimasak. Suami juga memang menggemari setiap hidangan yang dimasak oleh saya dan madu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya yang juga ahli perniagaan, Ramadan kali ini juga berbeza dari tahun sebelumnya apabila dia, suami dan madu bersama-sama menjayakan Vendoria Ramadhan 2017 yang sudah pun bermula sejak 26 Mei hingga 21 Jun ini di Putra Mall.

"Syukur, saya anggap ini sebagai rezeki bermadu. Majlis berkenaan turut dijayakan oleh barisan artis terkenal termasuk penyanyi Mawi dan pelakon Norish Karman.

"Kami bertiga memang agak sibuk sepanjang puasa ini namun saya akan memastikan setiap kali berbuka dan bersahur, ia dilakukan bersama suami dan madu.

"Sejak hari pertama berpuasa iaitu pada 27 Mei lalu, rutin harian adalah bangun seawal 4 pagi dan memasak hidangan untuk bersahur. Kemudian ke Putra Mall seawal 10 pagi bersama suami dan madu," katanya yang juga ibu kepada seorang anak lelaki.

Katanya, menjalani ibadah puasa bersama madu tidak menimbulkan sebarang masalah sebaliknya menjadikannya dan madu lebih akrab dan memahami tanggungjawab masing-masing.

"Setakat ini, suami juga 'ok' dan tidak cerewet. Jadi, memudahkan lagi saya dan madu menjalani kehidupan bersama.

"Buat masa ini, fokus kami bertiga adalah untuk menjayakan Vendoria Ramadhan 2017 iaitu membuka lebih 50 gerai jualan kepada usahawan di luar sana untuk mengetengahkan produk mereka.

"Jadi, masa kami bertiga memang banyak dihabiskan di Putra Mall," katanya.

Pada September 2016, Ida menjadi perhatian apabila memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan Norinie sebagai madunya.

Ia dilakukan atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak sendiri.

Malah, tindakannya untuk memujuk suaminya supaya menerima Norinie dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rzqrmv
via IFTTT