Sunday, 1 April 2018

Perogol, Pembunuh Bersiri Yang Digelar "Jack The Ripper" Buru Wanita Pakai Baju Merah Dihukum Mati..


SEORANG pembunuh bersiri yang digelar "Jack the Ripper" dari China yang mensasarkan golongan wanita dan kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian berwarna merah telah dijatuhi hukuman mati kerana telah membunuh seramai 11 orang, termasuk kanak-kanak berusia lapan tahun.

Gao Chengyong, 54, pada Sabtu dihukum oleh mahkamah China di atas jenayah kejam yang dilakukannya selama 14 tahun, laporan sebuah stesen televisyen negeri di negara itu.

Chengyong dibicarakan atas pelbagai kesalahan seperti membunuh, rogol, rompakan dan penghapusan mayat-mayat mangsanya.

Suspek mengaku membunuh 11 orang antara tahun 1988 dan 2002 di bandar Baiyin, barat laut China di wilayah Gansu dan Baotou di wilayah utara Inner Mongolia, kata laporan itu.

Usia mangsa yang termuda adalah seorang gadis berusia lapan tahun.

Chengyong ditangkap di kedai runcitnya pada 2016 berikutan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada kejadian jenayah yang tidak berkaitan dengannya, tetapi telah dilakukan oleh salah seorang saudaranya.

Rakyat negara itu terlalu takut untuk meninggalkan rumah mereka kerana bimbang akan menjadi mangsa pembunuhan tragis yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai 'reclusive' dan 'kebencian' yang mendalam terhadap wanita.

Selama 14 tahun, Chengyong meluahkan kebenciannya terhadap wanita yang berpakaian merah.

Dia mensasarkan mereka yang tinggal bersendirian, kemudian mengekori mereka pulang ke rumah.

Mangsa kemudiannya diperkosa, dibunuh dan bagi kebanyakan kes, mayat mereka dihapuskan.

Pembunuh bersiri itu 'terselamat' untuk tempoh yang lama kerana dia bijak berhati-hati, tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Kejahatan 'Jack the Ripper' itu akhirnya terbongkar pada Ogos 2016 ketika dia ditahan di sebuah kedai runcit di wilayah Gansu.

Polis akhirnya berjaya menjejaki suspek yang merupakan seorang lelaki yang sudah berkahwin, bapa kepada dua orang anak dan seorang pemilik kedai runcit. - News Australia

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2H37JZk
via Merah Hati Cintaku

Bayi Lelaki Berusia 16 Hari Diculik Oleh Monyet Ketika Sedang Tidur Ditemui Meninggal Dunia..


BHUBANESWAR, India: Seorang bayi lelaki berusia 16 hari dilaporkan hilang selepas dipercayai dilarikan seekor monyet dari kediamannya di daerah Cuttack, di India pada Sabtu semalam sudah ditemui meninggal dunia di kawasan berhampiran kampung mereka.

Lapor media tempatan, bayi malang terbabit sedang nyenyak tidur bersebelahan ibunya di perkampungan Talabasta sebelum disambar monyet terbabit.

Susulan itu anggota Jabatan Perhutanan dan polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran(SAR) bagi mengesan bayi itu.

Ibu bayi itu berkata dia sendiri nampak bayinya dibawa lari sebelum menjerit meminta pertolongan dan kemudiannya membuat laporan kepada pihak berkuasa.


Bapa bayi tidak dapat menahan sedih kehilangan anaknya..

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila bayi itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk menangis dan suaranya yang bernada rendah. Usaha mencari bayi itu kini menjadi semakin mencabar.

Seramai 30 anggota Jabatan Pertuhanan kini sedang membuat pencarian di segenap kawasan hutan berhampiran dengan dibantu penduduk kampung.

Kawasan itui semnemangnya sering mendapat aduan mengenai serangan monyet. Laporan terakhir diterima beberapa hari sebelum kejadian.

Sumber: penmerahpress.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ImWZob
via Merah Hati Cintaku

Rezeki Suami Tiba-Tiba Mengalir Deras. Inilah 10 Ciri-Ciri Isteri Pembawa Rezeki Suami


Banyak suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak bolej dilihat secara mata kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat istri ini ‘membantu’ mendatangkan rezeki bagi suaminya.

1. Isteri yang pandai bersyukur

Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah

Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).

Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.

3. Isteri yang baik agamanya

Rasulullah menjelaskan bahwa wanita dinikahi karena empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Isteri yang banyak beristighfar

Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).

5. Isteri yang gemar silaturahim

Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Isteri yang suka bersedekah

Istri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.

Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).

7. Isteri yang bertaqwa

Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya

Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.

Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).

9. Isteri yang gemar solat dhuha

Shalat dhuha merupakan shalat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Shalat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.

“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat dan melayani suaminya

Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya.

Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang istri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2EajvxW
via Merah Hati Cintaku

‘Ko Nak Kena Saman Ke Bro’ - Aishah Mengamuk Nama Disalah Guna Individu


Selepas menjadi Juara Gegar Vaganza 4, penyanyi Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu kini kembali aktif dalam dunia seni. Menerusi laman Instagram, Aishah sering memuat naik perkembangan terkini serta aktiviti seni yang dijalaninya saban hari.

Terbaru, Aishah menerusi laporan Astro Awani berang dengan kenyataan seorang individu yang menyalah guna namanya untuk tujuan politik. Aishah beranggapan dakwaan individu tersebut akan menjejaskan kerjayanya sebagai penyanyi.

‘Nak kena saman ke, bro?’


Foto ini dikongsi Aishah dan disunting perkataan “Ko nak kena saman ke bro?” pada kenyataan ini. Malah, dia juga menyifatkan kenyataan ini adalah fitnah dan ini boleh menjejaskan reputasi kariernya.

Penyebaran berita palsu


Mungkinkah mamat ini akan jadi pihak kedua yang kena keruk dalam-dalam poketnya untuk bayar pampasan dan tindakan susulan akan diambil. I tak support penyamun-penyamun duit rakyat OK … hahaha sendiri mahu faham.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia masih berterusan.

Banyak duit agaknya mamat ni suka suki ja buat statement palsu. Awal tahun lagi dah ada syarikat cari pasal buat testimoni palsu kena bayar ganti rugi.

Malah, awal tahun penyanyi ini telah bengang apabila mengetahui ada syarikat makanan tambahan menggunakan nama dan wajahnya tanpa sebarang keizinan dalam mempromosikan produk mereka.

Sumber: Ohbulan.com

from Sehinggit Media https://ift.tt/2q0fPdg
via Merah Hati Cintaku

Lelaki Ini Meraung Tak Sangka Wanita Dan Kanak-Kanak Yang Dilanggar Lari, Rupanya Isteri Dan Anaknya Sendiri!..


SEORANG pemandu yang ditangkap oleh polis kerana kes langgar lari terkejut apabila mengetahui bahawa individu yang dilanggarnya adalah isteri dan anak lelakinya sendiri, menurut laporan.

Pemandu terbabit, Zhang dilaporkan melarikan diri dari tempat berlakunya kemalangan dan tidak menyedari bahawa skuter elektrik yang dilanggarnya adalah milik isterinya.


Rakaman polis menunjukkan lelaki itu dibawa semula ke tempat kejadian dan dia dilihat menangis dan meraung.

Beberapa saksi yang bergegas untuk memeriksa kemalangan yang berlaku di jalan gelap di Zibo, wiilayah Shandong China Timur melaporkan melihat wanita dan kanak-kanak yang cedera.


Mereka menelefon ambulans dan polis selepas insiden itu yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam.

Pihak berkuasa segera membawa isteri dan anak Zhang ke sebuah hospital berdekatan, tetapi malangnya anak lelakinya diisytiharkan mati selepas usaha untuk menyelamatkannya gagal.

Isterinya masih dalam rawatan intensif, kata polis wilayah Shandong dalam satu kenyataan rasmi.

Zhang yang ditangkap pada malam kejadian dan dibawa ke hospital berasa kesal dengan apa yang dilakukan terhadap isteri dan anaknya, menurut laporan.

Zhang mendedahkan kepada polis sebelum kejadian dia, isterinya dan anak lelakinya telah pergi ke rumah seorang saudara untuk makan malam pada malam itu.

Dia memandu van pulang ke rumah sementara isterinya membawa anaknya menaiki skuter.

Dia dilaporkan melanggar kedua-dua mereka dalam perjalanan pulang. -Mirror


from Sehinggit Media https://ift.tt/2pXbl75
via Merah Hati Cintaku

"Saya Tidak Pernah Melihat Pemerintah Penakut Seperti Ini", Kata Nurul Izzah Anwar..


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau tidak pernah lagi melihat pemerintah yang paling penakut sehingga terdesak mengubah persempadanan semula kawasan pilihan raya kali ini.

"Kalau benarlah UMNO Barisan Nasional ini sangat yakin dengan kemenangan, tak masuk dek akal untuk mendesak memaksa proses persempadanan semula yang mengubah kawasan parlimen sampai ke tahap ini", katanya.

"Bukit Katil dipindahkan 25,000 pengundi dan kebetulan Yb Shamsul memenangi kawasan itu pada PRU 13".

"Kemudian di ubah semua kawasan sehingga keseluruhan di Perlis itu mempunyai pengundi kurang daripada beberapa DUN di Selangor dan pada masa yang sama di tambah daripada 400,000 ribu kepada 1 juta lebih pengundi pos".

Nurul Izzah berkata pengundi pos itu terdiri daripada anggota bomba, pegawai penjara, serta pegawai kesihatan dan isteri mereka.

Kerusi Parlimen Bukit Katil dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada PRU13 dengan hampir 7,000 lebihan undi.

Nurul Izzah berkata demikian selepas sesi soal jawab pada seminar Maqasid Shari'ah dalam pilihan raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya Selangor petang semalam.

Dewan Rakyat sudah meluluskan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Mac lalu dan diwartakan sebagai undang-undang sehari kemudian.


Sumber: https://www.kinitv.com/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GomLf8
via Merah Hati Cintaku

Fuh.. Siapa Sangka Inilah 10 HOT Daddy Malaysia Tahun 2018!!


Hubungan anak dengan orangtuanya bersifat kekal. Tidak ada yang namanya mantan anak, tidak ada pula mantan ayah atau mantan ibu. Anak adalah amanah dari ALLAH untuk orangtuanya. Amanah itu ialah para orangtua diberi kepercayaan untuk melahirkan, membesarkan, membimbing, dan mengantarkan anak untuk menjadi insan yang baik dan benar sesuai dengan kaidah ALLAH SWT.

Saat anak dilahirkan, sungguh mendatangkan suasana bahagia yang tiada tara di dalam rumahtangga. Siapapun akan merasa gembira atas kehadiran seorang bayi di tengah-tengah keluarganya. Kelahiran anak menjadi bukti bahwa ayah dan ibu adalah manusia yang normal. Kelahiran anak yang menjadikan suasana bahagia merupakan permulaan tanggung jawab orangtua. Bayi lahir disambut dengan tugas awal di antaranya dengan memberikan nama yang baik dan menyembelih hewan sebagai aqiqah.

Rosulullah SAW bersabda, “anak (yang baru lahir -pen) itu tergadai dengan aqiqahnya, disembelihkan hewan aqiqah pada hari ke-tujuh, diberi nama dan dicukur rambutnya” (HR. Tirmidzi).

Siapa kata dah jadi ayah-ayah tak Hot?

Ini senarai dari maskulin untuk Hot Daddy 2018

1. Yang Berhormat Datuk Khairy Jamaluddin


Jika anda mengikuti perkembangan Menteri Belia dan Sukan ini, pasti anda akan gelak ketawa dengan telatahnya bersama si manja.

2. Shaheizy Sam


Mat Yip (si kecil) diajar memanggilnya ‘BAPAK’. Walaupun dikatakan tidak gemar kanak-kanak, Sam sangat manja dengan anaknya.

3. Nedim Nazri


Walaupun baru menerima cahaya mata yang kedua, namun, Nedim tidak boleh berenggang dengan si kecil.

4. Norman Hakim


Walaupun sibuk dengan dunia lakonan disamping menguruskan Gym, Hot Daddy ini masih bijak menguruskan keluarga. Tahniah buat Norman Hakim dan isteri yang bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.

5. Hael Husaini


Pasti ramai wanita diluar sana yang sudah dijampi, kecewa dengan status Hael yang sudah berkahwin. Lihat saja gambar ini, walaupun sibuk dengan muzik, masa dengan si kecil tidak pernah diabaikan.

6. Hairul Azreen


Bapa kepada ‘Nation Baby Boy’ ini, memang sejak si kecil lahir lagi sudah didedahkan dengan aksi lasak. Moga Yusof membesar seperti bapanya.

7. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor


Siapa tak kenal dengan Angkasawan Pertama Malaysia. Beliau merupakan kebanggan negara, namun di rumah, anak-anak adalah kebanggannya. Walaupun terlalu sibuk, beliau pasti mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak.

8. Fadza Anuar

 
Ahli perniagaan mana tak sibuk kan? Jika lihat di laman Instagramnya dan Isteri (vivy Yusoff) pasti kita dapat melihat telatah Daniel dan Maryam. Fadza seorang bapa yang cool!

9. Aaron Aziz


Hero Malaya ini sangat akrab dengan ketiga-tiga anaknya. Kadang-kadang beliau akan bawa anak-anak ke set pengambaran bagi meluangkan masa bersama mereka.

10. David Mckienzie


Merupakan suami kepada pelakon Lana Nordin. ‘Ayam masak kunyit’ merupakan makanan melayu kegemarannya. Gia bernasib baik kerana mempunyai Daddy berjiwa melayu. .

Semoga Menjadi Anak Yang Baik Untuk Ayah Anda Nanti..

Sumber: Maskulin


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GszPfB
via Merah Hati Cintaku