Thursday, 1 June 2017

Layakkah Seorang Pelanggan Astro Terima Zakat? Ini Jawapan Dari Lembaga Zakat Selangor


Bunyinya memang kelakar. Tetapi inilah realiti.

“Tak layak! Tolong remove asnaf ni dari nama penerima. Saya pembayar zakat hidup selesa pun tak ingin nak pakai astro sebab membazir dan mahal.”

“Habis yang dapat zakat kena pakai antena ke? Orang pakai astro semestinya orang kaya ke?”

“Astro boleh bayar, nak makan minta zakat. Gila ke?”

Berbagai komen dan kata-kata yang dikeluarkan kerana dikatakan tidak berpuas hati.

Di kawasan kampung kalau nampak piring ASTRO tu mungkin kerana aktiviti CSR ASTRO dalam program e-Kasih. Boleh rujuk laporan yang ditulis oleh Astro Awani. Jadi janganlah hanya kerana nampak piring ASTRO, terus dicap tak layak terima zakat.

Jom kita lihat apa lagi komen netizen tentang isu ini dan jawapan dari Lembaga Zakat Selangor.

Jawapan Lembaga Zakat Selangor:

Terima kasih atas maklum balas anda semua. Kami amat menghargai segala komen, cadangan dan penambahbaikan yang diberikan.

Untuk persoalan di atas, Zakat Selangor mengambil kira dua (2) aspek utama penilaian sebelum diluluskan permohonan.

Penentuan kelayakan fakir miskin adalah berdasarkan siasatan dan pengiraan Had Kifayah. Manakala berkaitan astro:

1. Astro Pakej Basic (RM39.90)

Untuk kes ini biasanya Zakat Selangor tiada mengambil kira dalam penentuan kelayakan. Asas pertimbangannya ialah kadang-kadang jika tinggal kawasan yang memang jiran-jiran sekeliling memasang Astro terutama di flat atau rumah pangsa biasanya mereka yang tidak mempunyai astro akan mengalami gangguan siaran TV.

2. Lain-lain pakej Astro (bukan Basic)

Untuk kes ini pula biasanya pihak Zakat Selangor akan mencampurkan bil Astro itu dalam pengiraan Had Kifayah.

Maknanya perkara ini akan diambil kira dalam mengira kelayakkan sebagai asnaf fakir miskin.

Peluang untuk menjadi Asnaf Fakir/miskin masih ada lagi, namun kami akan menasihatkan mereka supaya menutup akaun astro atau menukar kepada pakej basic atau bertukar kepada NJOI sahaja.

Apa yang penting kita wajib memahami antara keutamaan dan kehendak. Mendahulukan keperluan asas berbanding kemahuan.

Sekian terima kasih.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rwYgnr
via IFTTT

Puasa Tapi Tidak Solat. Apa Hukumnya? Adakah Sah Puasa Tersebut? Baca Keterangan Ustaz Ini..


ADA ke orang yang puasa tapi tak solat?"

"Kenapa dia boleh puasa tapi tak boleh solat?"

"Dapat ke pahala puasa kalau dia tak solat?"

Persoalan ini mungkin biasa kita dengar atau melihatnya sendiri. Ada orang yang berpuasa tetapi tidak solat. Kita mungkin tertanya-tanya, bagaimana kedudukan puasa mereka sedangkan kewajipan yang lebih utama mereka tinggalkan. Sebenarnya, persoalan ini ada asasnya untuk ditanya. Bagi merungkaikannya, kita perlu merujuk semula kepada perbahasan ulama mengenai apakah hukum seseorang yang meninggalkan solat.

Hukum tinggalkan solat

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis, ulama berbahas panjang mengenai persoalan apakah kedudukan seseorang yang meninggalkan solat.

Pendakwah, Ustaz Razak Abdul Muthalib mengupas tajuk puasa di Sinar Harian, tapi tidak solat dalam ruangan yang terhad ini tidak memungkinkan untuk dinukilkan perbahasan tersebut secara terperinci. Ringkasnya, hukum yang diputuskan oleh ulama boleh dirumuskan seperti berikut:

"Jika seseorang meninggalkan solat dengan sengaja kerana dia menafikan kewajipan solat tersebut, maka sepakat ulama dia telah kufur dan murtad kerana mengingkari kewajipan salah satu daripada rukun Islam.

"Dan jika seseorang meninggalkan solat kerana malas, maka ulama berbeza pandangan dalam hal ini:-

Pertama: Orang yang meninggalkan solat wajib dihukum bunuh kerana dia telah dikira murtad. Ini adalah pendapat Imam Ahmad.

Kedua: Orang yang meninggalkan solat dibunuh dengan hukuman had, tetapi tidak dihukum sebagai kafir. Ini adalah pandangan Imam Malik, Imam Syafie dan salah satu pandangan Imam Ahmad.

Ketiga: Orang yang meninggalkan solat kerana malas adalah fasiq dan dia wajib dipenjarakan sehingga dia mahu menunaikan solat. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.

(Rujuk: Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, 22/186-187)," katanya.

Menurut beliau lagi, jika dilihat hukum yang telah diputuskan oleh ulama terhadap orang yang tidak solat adalah amat berat. Ia hanya berlegar di antara sama ada menjadi kafir atau fasiq. Jika diambil hukum yang paling ringan pun sebenarnya ia sudah terlalu berat iaitu fasiq. Fasiq adalah seorang yang berterusan dalam melakukan dosa yang besar. Dosa besar tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat nasuha.

Tidak ada kewajipan ibadah lain, jika seseorang Muslim meninggalkannya kerana malas, dibincangkan sampai ke tahap boleh jatuh kufur atau tidak. Misalnya, orang yang tidak berpuasa kerana malas, ulama tidak membahaskan sampai ke tahap adakah perbuatan tersebut boleh menjadikannya kufur atau pun tidak.

Tetapi, dalam kesalahan meninggalkan solat, hukumnya dibincangkan sampai ke tahap tersebut kerana adanya dalil-dalil yang khusus menyebut perihal perkara tersebut. Ini menunjukkan betapa kesalahan meninggalkan solat adalah amat berat dalam Islam.
Tidak solat bukan perkara remeh

DUKACITA dan teramat malang jika ada yang menganggap tidak solat adalah isu remeh temeh, tidak perlu diberi perhatian sangat dengan alasan perlu ditumpukan kepada isu lebih besar. Apa lagi isu yang lebih besar jika solat yang menjadi batas pembeza di antara iman dan kufur ini dianggap kecil.

Beliau menjelaskan, disebabkan perbezaan pandangan ini, ia membawa kepada perbezaan pandangan dalam menentukan kedudukan ibadah puasa yang dilakukan oleh orang yang tidak solat:

"Pertama: Puasanya tidak sah dan tidak diterima. Ini adalah pandangan ulama yang berpegang, orang yang tidak solat adalah kafir. Jadi puasanya tidak sah dan tidak diterima sehinggalah dia bertaubat dan kembali menunaikan solat. 

Kedua: Puasanya sah sekiranya ditunaikan bertepatan dengan rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam hukum fiqh. Sah bermaksud dia tidak perlu mengulangi semula puasa tersebut.

"Tetapi, perlu diingat, ibadah yang sah tidak menjamin ia akan diterima ALLAH. Contohnya, seseorang yang menunaikan solat dengan perasaan riak. Solatnya adalah sah menurut hukum fiqh jika ditunaikan bertepatan dengan syarat dan rukun yang ditetapkan. Namun, solat tersebut tidak diterima kerana riak," katanya.

Jadi, persoalan ini perlu difikirkan. Adakah puasa orang yang tidak solat diterima di sisi ALLAH sedangkan dia mengabaikan kewajipan ibadah yang lebih utama. Untuk apa kita berpuasa? Bukankah kita mengharapkan amalan tersebut diberi pahala dan diterima di sisi ALLAH?

Berpuasa tapi tidak solat?

Jika ditanya kepada orang yang berpuasa tetapi tidak solat, mengapa anda berpuasa? Sekiranya jawapannya ialah kerana puasa adalah rukun Islam yang diwajibkan oleh ALLAH ke atas orang Islam. Jadi, berpuasa demi menurut perintah ALLAH dan mengharapkan pahala dari-Nya. Beliau menambah, ini adalah kepercayaan yang betul. Kepercayaan yang betul mendorong untuk seseorang bertindak dengan betul. Oleh itu, kita boleh bertanya soalan berikutnya, tidakkah dia percaya dan sedar ALLAH yang menjanjikan ganjaran pahala berpuasa adalah ALLAH yang sama memerintahkan untuk solat.

"Tergamakkah kita melakukan amal kerana taat dan patuh kepada ALLAH sementara dalam masa yang sama kita pula ingkar dan enggan melakukan perintah yang lain?

"Islam dibina di atas lima rukun utama. Jika diibaratkan Islam sebagai rumah, maka tiang terasnya ada lima. Renunglah sabda Rasulullah SAW: "Islam dibina di atas lima perkara: pengakuan bahawa tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan Muhammad sebagai pesuruh ALLAH, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan." (Riwayat Muslim)," katanya.

Menurutnya, sekiranya kita diberi pilihan antara dua rumah yang sempurna binaannya dan yang tidak sempurna, mana satu yang kita pilih? Sudah pasti kita memilih rumah yang sempurna. Selain kelihatan cantik, rumah itu menjamin keselesaan dan keselamatan apabila didiami. Begitu juga jika ingin diibaratkan kepada seorang Muslim. Seseorang yang mengaku Muslim dan beriman ibarat manusia yang tidak sempurna jika kelima-lima teras tersebut tidak dimiliki. Hakikatnya dia tidak cantik walaupun berasakan dirinya cantik. Tidak sempurna walaupun berasakan dirinya sempurna. Tidak selesa dan selamat walaupun kelihatan dia dapat meneruskan kehidupannya dengan penuh kesenangan.

Inilah masa berubah

Sekiranya anda yang terbaca tulisan ini termasuk di antara golongan yang berpuasa tetapi tidak solat, teruskan puasa anda. Lakukan dengan berkualiti. Ikhlas kerana ALLAH dan ikuti sunnah Nabi SAW. Dalam masa yang sama, berusaha untuk sempurnakan keislaman dan keimanan anda. Seandainya puasa yang anda tunaikan semata-mata kerana patuhkan arahan ALLAH, ibadat solat lebih utama untuk dipatuhi. Tunaikan puasa dan dirikan solat. Jika anda ingin berubah, inilah masanya yang sesuai. Ramadan bulan orang ramai bergegas dan berebut melakukan kebaikan. Segera bertaubat dan kembali tunaikan solat.

Sekiranya anda sanggup berlapar dahaga menahan diri kerana ALLAH, apa pula yang menghalang anda bersolat? Berubahlah. Katalah sebelum ini anda tidak menjaga solat lima waktu, sekaranglah masanya untuk komited dengan solat. Jika sebelum ini anda tidak berhijab menutup aurat, sekaranglah masanya anda konsisten. Jika sebelum ini anda jauh dengan al-Quran, sekaranglah masanya anda hampirkan diri dengannya. Sebelum ini anda jarang solat berjemaah, sekaranglah anda mula latihkan diri beriltizam dengan solat jemaah. Jika anda sebelum ini janggal untuk hadir ke masjid, sekaranglah masanya untuk anda selalu imarahkan masjid. Jika sebelum ini anda jauh dengan agama, inilah masanya untuk anda hidup di atas landasan agama. Jadikan Islam sebagai cara hidup kerana Islam bukan hanya di masjid dan semasa Ramadan sahaja.

Percayalah, tidak akan rugi sedikit pun orang yang berubah ke arah kebaikan.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2suRgo5
via IFTTT

Bahaya Minum Air Sejuk Ketika Berbuka


Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu. 

Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser. 

Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit. 

Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2suSCiK
via IFTTT

“Saya Bangga Sahabat Saya Ini Berpuasa Dan Mungkin Saya Juga Akan Terpengaruh Untuk Melakukannya." - Vin Diesel


Semua umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa sekarang ini termasuklah seorang hip hop Amerika Syarikat, French Montana. Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya, French Montana dilihat bersama Vin Diesel di Malibu, California. 

Dalam video tersebut, Vin Diesel telah memuji kemuliaan bulan Ramadan dan mengakui mungkin dia juga akan terpengaruh untuk berpuasa juga. 

“Saya bangga sahabat saya ini berpuasa dan mungkin saya juga akan terpengaruh untuk melakukannya.

“Konsep Ramadan itu sangat kuat dan bagi saya ia mungkin baik untuk semua orang. Bukan mudah untuk mengekalkan disiplin dalam jangka masa yang panjang.

“Ramadan juga adalah bulan untuk memperbaiki diri,” katanya sambil memuji keindahan Ramadan bersama sahabatnya itu. 

French Montana, atau nama sebenarnya Karim Kharbouch merupakan seorang rapper beragama Islam yang dilahirkan di Morocco sebelum berpindah ke Amerika ketika berusia 13 tahun.


Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rKxQPO
via IFTTT

Berkat Anak Sulung Perempuan


“Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina.

Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu.

Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. اللهم صل على سيدنا محمد . Inilah Barakah anak sulung perempuan “

– Murobbi Ad Da’ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى –

Sumber: Ezael Ismail


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sk5Tvm
via IFTTT

Ikut Step Ni Kalau Nak Halau Lipas Dari Dalam Kereta Korang


Tipu lah kalau cakap kereta korang tak pernah ada lipas, paling kurang pun mesti ada sekor anak lipas? Mesti annoying kan, nak-nak bila tengah drive lah dia nak keluar. Fuhh mesti korang tahu perasaan time tu.

Tapi jangan risau, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abuyat Sakoora ada kongsikan tips macam mana dia menjerat dan menghapuskan semua lipas dalam keretanya dengan sangat mudah.

Dalam beberapa hari, perkongsian dia tu mendapat hampir 14 ribu share di laman sosial dan 5,000 komen. Kata beliau, lepas ni tiada lagi lipas berkeliaran kat stereng kereta, tempat duduk dan juga alas kaki. Korang just cuba guna tips ni je:

Bahan-bahan:


  • Marjerin, sikit je
  • Minyak masak terpakai
  • Susu pekat manis

Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan tadi dalam satu bekas
Simpan dalam kereta semalaman


Nantikan hasilnya keesokan hari. Selamat mencuba korang!

Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rKH7Y5
via IFTTT

'Dia Hanya Sibuk Dengan Handphone, Langsung Tak Peduli Anaknya Menangis'



Apa yang saya saksikan ketika waktu Iftar hari ini amat mensayukan hati dan dalam masa yang sama saya hampir tidak dapat mengawal kemarahan. Ketika itu, saya berada di medan selera di Pulau Pinang, saya ternampak pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka masuk ke restoran yang sama. 

Si isteri mengandung, nak jalan pun dah tak larat dengan anak mereka yang berusia antara 3 hingga 12 tahun. Si suami pula leka dengan telefon di tangannya terus pergi duduk di meja berhampiran. Dengan selamba meninggal anak dan isterinya yang terkedek-kedek berjalan. 

Wanita itu kemudian beratur dengan anak perempuan sulungnya di kaunter, memesan makanan mereka untuk berbuka puasa, sementara dua lagi anaknya ditinggalkan bersama suami. Keadaan menjadi lebih teruk anak bongsu mereka mula menangis, mungkin mahu pergi ke arah ibunya atau lapar. 

Si bapa tak peduli dengan anaknya yang sedang menangis, ralit sangat dengan telefon tanpa memandang si kecil itu yang menangis kuat. Dia hanya duduk di situ dan kedengaran bunyi "Shh.. Shh.. Shh" untuk mendiamkan si kecil itu. Langsung tiada usaha untuk menenangkan anaknya. 

Isteri hanya mampu memandang anaknya dari jauh, dalam barisan di kaunter yang agak panjang dan waktu berbuka puasa sudah semakin hampir. Wajahnya sudah cukup menjelaskan yang dia penat dan kecewa. Kasihan pada anak yang sedang menangis. Semua pelanggan dalam restoran memandang mereka terutamanya si suami tak guna itu. 

Ibu dan anak perempuannya terpaksa membawa dua dulang makanan ke meja makan. Sekali lagi, lelaki itu tidak endah, membiarkan isterinya menguruskan segala-galanya, sementara mata dia hanya memandang ke arah telefon. Bisnes juta-juta agaknya sampai tak tolong isteri yang sedang sarat mengandung. 

Mereka mula makan. Lelaki itu makan seperti dia datang seorang saja, langsung tidak mempedulikan anak dan isterinya. Dia fikir dia seorang saja yang lapar ke apa? Isteri dia yang kena melayan dua anak kecil mereka itu dan tidak dapat makan dengan sempurna. Anak dia pula "nak yang ini, nak yang itu" ketika makan. 

Selepas habis makan, lelaki itu kemudian keluar untuk merokok. Tak dilupakan, telefon masih di tangan. Dia tinggalkan anak-anaknya dengan isteri yang tak dapat makan kerana terpaksa menjaga anak-anaknya. Raut wajah isteirnya sedih, sesekali memandang ke arah suaminya di luar kedai ketika anak-anaknya sedang makan. 

Bila lelaki itu masuk semula ke kedai, dia sambung makan balik. Tak peduli pun isteri dia dah makan ke belum. Tak peduli pun anak dia makan apa. Telefon memang tak lepas dari tangan. Dia deal bisnes dengan tokey mana sampai lupa anak isteri?

Kemudian, dengan malasnya dia membawa anak lelakinya ke tandas. Di kesempatan itulah si isteri berpeluang untuk makan dengan tenang. Telefon? Masih di tangan dan matanya. Pegang tangan anak pun macam nak tak nak saja. Boleh menang anugerah bapa dan suami tahunan kalau gini gamaknya. 

Personally, saya malu dengan perangai dan kelakuan lelaki berkenaan yang memegang gelaran bapa dan suami. Isteri dia mengandung, Ya Allah, memalukan kaum lelaki. Kasihan isteri dia. Ya memang, jodoh dah ditentukan, tiada pertikaian di sini tetapi takkan tak terdetik dalam hati rasa kasihan dan sayang itu?

Pesanan buat perempuan, pilihlah lelaki yang betul-betul boleh menjaga anda di waktu senang dan lapang, di waktu susah dan sempit. Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak bercinta sebelum atau selepas nikah. Tapi saya nak nasihatkan, biar kenal betul-betul dengan siapa yang anda hendak berkahwin.

Bak kata Prof Amirul (2016), Dean School of Biological Sciences USM, pi riki dulu. (Riki = Spy, Siasat) Tengok dia macam mana. Gila ke perangai je gila-gila. Tanya kawan-kawan dia tentang sikap dia. Jangan serbu tak pakai helmet.

Ada yang gaya bak artis, travel sana-sini tapi solat Jumaat pun tak sampai. Ada yang acah islamik, ostad google/fb, status ayat islamik tapi haram pengotor, bilik bau bangkai. Itu belum lagi yang tak ada adab, pemalas dan sebagainya.

Nasihat ini juga terpakai untuk kaum lelaki. Paras wajah yang cantik tidak boleh menjanjikan kebahagian selamanya tetapi sikap dan sifat yang cantik serta karekter yang baik akan memberikan kebahagiaan yang anda tidak boleh beli dengan emas permata atau 2.6 juta dolar.

Kepada mereka yang membaca coretan ini, saya doakan anda mendapat pasangan yang baik, memahami dan faham dengan maksud tanggungjawab dan toleransi dalam rumah tangga. Semoga mendapat pasangan yang tahu dan faham makna susah senang hidup sekali. Amin. 

Ini pesanan untuk diri sendiri juga. Semoga menjadi suami dan ayah yang baik. Jadi contoh yang terbaik. Umur 25 tahun tapi nak kahwin, lambat lagi.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rqvToO
via IFTTT