Tuesday, 30 May 2017

“Aku Cukup MARAH Tengok Isteri Sedekah RM 50 Kadang² RM 100”. Lelaki Ini TERKEJUT Kehidupan Isterinya Sangat…


Salam, saya nak cerita tentang isteri saya. Isteri saya ini, orangnya biasa-biasa sahaja. Biasa yang bermaksud, biasalah. Haha!

Suatu hari kami pergi ke pasar, isteri aku memang selalulah saya nampak dia sedekah. Cuma pada hari itu, baru saya ternampak nilai yang dia sedekah itu. Dia beri RM50. Jadi, bila berada di dalam kereta, saya pun bertanyalah kenapa dia beri banyak sangat? Entah-entah pakcik itu menipu.

“Menipu atau tidak, itu urusan pakcik itu dengan Allah. Saya cuma mahu membantu sahaja. Kalau betul dia susah, ada anak dan isteri yang kelaparan di rumah, macam mana?” soalnya kembali.

“Tapi kenapa sampai RM50?” saya masih tak puas hati dengan jawapan pertamanya.

“Abang, saya pernah terbaca kalau kita nak menderma, latih diri ini beri duit yang paling besar dalam purse,” jawabnya.

Saya masih tidak berpuas hati tetapi mendiamkan diri sebab tidak mahu bergaduh dengannya.

Tetapi sejak dari itu, saya akan perhatikan bila dia menderma. Kadang-kadang RM50, pernah juga RM100, RM5 pun pernah. Lepas itu, memang saya buka dompet dia senyap-senyap, memang tinggal seringgit saja pun.

Isteri saya ini cikgu, sekolah asrama. Budak-budak selalulah nak pinjam duit. Kadang-kadang ketuk pintu rumah sebab nak pinjam duit, dia pun bagi saja. Saya macam biasalah, bising.

“Kalau budak tak pulangkan macam mana?”

“Biarlah, kita tolong anak orang, nanti minta-minta anak kita pun orang tolong,” jawabnya.

Yang saya sedar tentang isteri saya ini, rezeki dia sangat murah. Gaji dia tak adalah besar mana tetapi sentiasa cukup. Cukup nak bagi pada mak, ayah, adik-adik dan atok. Duit belanja rumah pun dia selalu tolong bayar walaupun saya kata tak payah.

Pernah sekali itu kami belanja agak banyak pada bulan itu. Tup-tup dia dapat bonus banyak.

Alhamdulillah. Tetapi duit itu pun dia belanja untuk orang. Diri sendiri tak. Urusan dia juga Allah permudahkan.

Dia pun sedar tentang perkara ini. Kadang-kadnag dia menangis, dia kata Allah sayangkan dia tetapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yang Allah beri. Solat kadang-kadang lambat, mengaji sehari sekali saja. Tetapi Allah tetap permudahkan.

Saya fail sikit bila perempuan menangis. Cuma saya cakap,

“Tak apa, mari kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu kita berusaha dalam diri kita. Manusia hanya akan tengok hasil tetapi Allah tengok usaha kita,”

Kesimpulannya:

Jangan berkira dalam bersedekah, inshaAllah rezeki anda akan murah

Jangan pernah menghakimi orang, mungkin di mata manusia dia tidak alim tetapi ada amal baik dia yang kita tidak tahu

Sayangi isteri anda, insan yang sentiasa ada sewaktu anda terjatuh tergolek, terkangkang. Hargai pengorbanan mereka. Kalau rasa isteri anda tak cukup bagus, tengoklah cermin dulu. Kalau rasa diri itu memang sudah bagus, ubahlah isteri menjadi seperti diri anda.

Itu saja. Sekian – Amin


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qzeetH
via IFTTT

Ramai Yang Salah Faham! “Saya Cuma Tukar Agama, Bukan Tukar Bangsa” - Sophea


Kes adik Sophea ini (panggilan untuk dirinya) sebenarnya sudah banyak berlaku bagi mereka yang mahu bertukar agama dari agama lain untuk masuk ke agama Islam. 

Ramai yang salah faham bahawa seorang individu yang beragama lain apabila mereka mahu masuk dan memeluk agama Islam, mereka perlulah menukarkan nama mereka kepada nama Islam dan nama Arab seperti Fatimah, Saleha, Farid,Ridzuan,Nurul dan lain-lain.


Ia juga berlaku kepada adik Ng Pooi Kheng. Dia di katakan sudah berkali-kali di tanya orang lain, kenapa tidak di tukarkan namanya kepada Islam. Balas adik ini dengan jujur, jika bertukar ke agama Islam, tidak wajib untuk menukar nama dan boleh kekalkan nama asal seperti nama Cina.




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qyVkmO
via IFTTT

Petua Mengatasi Saluran Darah Tersumbat..Amalkan Ini Sebelum Menjadi Lebih Teruk Lagi..


Sakit jantung adalah salah satu penyakit yang amat digeruni oleh semua orang di dunia. Tanda awal sakit jantung boleh dikesan melalui pelbagai gejala dan sebab.

Salah satu daripada gejala sakit jantung adalah melalui arteri tersumbat mungkin akibat kolestrol dan sekiranya pembuluh darah tersumbat ia akan menyebabkan beberapa kesakitan yang akan dirasai oleh seseorang itu.

Antara ciri-ciri penyakit jantung di peringkat awal adalah seperti merasa letih, sesak nafas, sakit kepala, merasa cemas, sakit dada, denyutan jantung tidak teratur dan banyak lagi.

Selalunya punca utama terjadinya penyakit jantung melalui pembuluh darah atau arteri yang tersumbat adalah akibat lemak dan beberapa sebab lain. Sebelum terjadinya saluran darah tersumbat dengan lebih teruk, anda harus mengatasinya supaya ianya tidak akan menjadi penyakit jantung yang kronik.

Satu perkongsian yang amat bermanfaat yang dikongsikan oleh laman Usihat berkaitan dengan satu petua supaya arteri tidak tersumbat. Setelah diamalkan beberapa minggu individu berkenaan yang mempunyai penyakit dalaman mendapati ada perubahan yang positif dalam dirinya. Kesakitan dan rasa berat pada tengkuknya telah hilang begitu sahaja.

Berikutnya adalah petua yang dikongsikan untuk mengelakkan dari terjadinya saluran darah tersumbat.

Petua Menghilangkan Saluran Darah Tersumbat

Bahan-bahan

  • 1 cawan jus lemon
  • 1 cawan jus bawang putih
  • 1 cawan jus halia
  • 1 cawan cuka epal

Cara penyediaannya

Campurkan semua jus dan cuka epal, kemudian dimasak secara perlahan-lahan sehingga tinggal 3 cawan.

Minum 3 sudu dicampurkan dengan madu pada setiap pagi.

Semoga petua yang dikongsikan ini akan memberi banyak manfaat untuk semua yang memerlukannya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rSwe6c
via IFTTT

Banyak Produk Yang Gunakan Nama MELAYU Dan ISLAM Semata-Mata Untuk Melariskan Jualan..


KUALA LUMPUR 30 Mei - Lebih 40 aduan diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai produk dan jenama yang menggunakan nama Melayu atau Islam untuk melariskan barangan mereka.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kebanyakan istilah yang digunakan itu membawa kekeliruan kepada pengguna kerana status jenama produk berkenaan diragui.

Berikutan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) untuk mencari kaedah baharu dalam menangani isu tersebut.

“Mungkin pihak yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan arahan kepada pengeluar produk menggunakan pengkelasan atau label untuk spesifikasikan produk sama ada ia dikeluarkan oleh syarikat Muslim atau tidak.

“Jadi, jika status produk tersebut sudah diketahui, ia terpulang kepada pengguna pula sama ada untuk membeli barangan tersebut atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Nadzim, penggunaan jenama produk tersebut juga tidak sejajar dengan aspek perbahasaan halal yang tertakluk pada Akta Perihal Dagangan.

“Dalam aspek ini, jenama produk seharusnya tidak menjurus kepada membayangkan bahawa produk itu halal.

“Status jenama produk seharusnya diperjelaskan supaya tidak memberi maksud yang tidak benar,” ujarnya.

Sehubungan itu, PPIM juga akan membuat semakan dengan SSM untuk memberi maklumat yang benar mengenai produk yang menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna.

“Sesetengah pengguna Islam amat prihatin terhadap apa yang mereka makan.

“Jadi, sebarang aduan yang diterima mengenai kekeliruan status produk atau jenama akan terus dirujuk kepada SSM untuk semakan,” ujarnya. 

Sumber: UTUSAN ONLINE


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2r99DBj
via IFTTT

Minum Minuman Ini Ketika Sahur Untuk Kekal Kenyang Selama 19 Jam


Banyak kelebihan kurma yang kita semua tahu. Disebabkan itu juga, kurma menjadi sunnah ketika berbuka.


Dengan mendahulukan kurma ketika berbuka, ia dapat meningkatkan tenaga dalam masa 30 minit selepas memakannya. Malah, jus kurma susu juga dikatakan mampu membuatkan kita rasa kenyang hingga 19 jam lamanya. Menariknya, penyediaan kurma susu juga tak susah dan juga mudah.







Dipetik daripada website 7 Alami, berikut adalah khasiat jus kurma susu:


Untuk mereka yang baru mula belajar berpuasa, jus kurma susu ini juga sangat digalakkan untuk dicuba.

Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sjEt84
via IFTTT

Viral Polis Trafik Terima Rasuah

FOTO diambil daripada rakaman video yang viral di media sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas. 

IPOH: Polis Perak akan menyiasat anggota trafik dipercayai menerima rasuah berdasarkan rakaman video, yang viral di media sosial sejak semalam. 

Dalam video berdurasi enam saat itu, seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas. 

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci. 

"Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu integriti (anggota polis) dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap anggota berkenaan jika didapati melanggar peraturan tugas," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Sumber: Berita Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sjwp77
via IFTTT

AMARAN KERAS!! Malaikat Tidak Akan Masuk Ke Rumah Yang Mempunyai 4 Perkara Ini.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Kebanyakkan di rumah-rumah orang Islam masih terdapat di dinding-dinding rumah mereka tergantung gambar-gambar manusia samaada tuan rumah sendiri atau ahli keluarganya. Atau pun gambar-gambar binatang menghiasi dinding rumah mereka sebagai perhiasan. Tidak kurang juga kita dapati ada sebahagian mereka yang menjadikan patung-patung binatang sebagai koleksi perhiasan yang diletakkan dialmari perhiasan sebagai hobi tuan rumah.

Adakah amalan seperti ini dilarang atau dibenarkan? Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada:

Pertama : Gambar

Kedua : Patung

Ketiga : Anjing

Keempat : Orang yang junub.

Huraiannya :

Pertama : Gambar.

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan binatang.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah-rumah mereka, seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut.

Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk bunga, pohon pokok, kapal, rumah, ayat Al-Quran, kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Orang yang paling mendapat seksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Dalam hadis Nabi SAW yang lain bermaksud : Dari ‘Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.

Berkata ‘Aisyah: “Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?

Rasulullah SAW kembali bertanya: “Bantal-bantal apakah itu?”

Jawab ‘Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: “Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”

Kemudian baginda bersabda: “Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”

(Hadis Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Abbas, Aku mendengar Muhammad berkata, ‘Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)

Kedua : Patung :

Dalam hadis yang lain menyatakan. Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250).

Patung manusia atau patung haiwan diharamkan dijadikan barang perhiasan diletakkan di dalam atau atas almari. Malaikat rahmat tidak akan masuk rumah di dalamnya terdapat patung makhluk bernyawa. Tetapi patung mainan kanak-kanak diharuskan (patung mainan tersebut setelah digunakan kanak-kanak hendaklah disimpan dikotak permaian bukannya dipamerkan) berdasarkan hadis riwayat Aisyah.

Dari Aisyah Radiyallahu anha (r.anha) ia berkata: Saya biasa bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam dan saya mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka jika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam masuk, mereka menutupinya dari baginda lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan bermain bersama saya. (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas, Fath 10/526 dan Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari tentang hadis ini, Hadis ini dijadikan dalil bolehnya boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan sebagai pengkhususan dari keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga menetapkan yang demikian dan ia menukil dari jumhur, bahawasanya mereka membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik anak-anak perempuan agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat anak-anak nantinya.

Ketiga : Anjing

Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing. (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

Aisyah menyatakan bahawa Jibril (alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah SAW untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji. Kemudian Nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini? Dan beliau (Aisyah) menjawab, Demi Allah, saya tidak tahu. Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

Menurut Dr. Yusuf AlQaradawi di dalam. bukunya Halal dan Haram Dalam Islam pula menjelaskannya begin; Memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada suatu keperluan, termasuk perkara yang dilarang oleh Nabi SAW. Alasannya, dengan membenarkan anjing berkeliaran di dalam rumah dibimbangkan akan tertinggalnya najis pads bekas minuman kesan dari jilatan anjing tersebut.

Sebahagian ulama berpendapat, hikmah dilarang memelihara anjing di rumah adalah; kalau anjing itu menyalak akan menakutkan tetamu yang datang, menyebabkan orang lari dan mengganggu orang yang sedang lalu lalang.

Pun begitu, Al-Qaradawi menjelaskan, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan seperti untuk berburu, menjaga tanaman dan ternakan dikecualikan. Larangan memelihara anjing hukumnya makruh bukannya haram. Kalau sesuatu yang hukumnya haram maka ia sama sekali tidak boleh dilakukan langsung sama ada pahalanya berkurangan atau tidak.

Keempat : Orang yang junub.

Dari Aisyah r.ha bahawasanya apabila Rasulullah SAW hendak tidur dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk seperti wuduk untuk solat. Dan apabila baginda hendak makan atau minum dalam keadaan junub, maka baginda mencuci kedua tangannya kemudian baginda makan dan minum. (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad)
Adalah menjadi adab yang lazim bagi seseorang Islam yg beriman itu, jika boleh hendaklah dia tidur dengan berwuduk, kerana orang yang sentiasa berwuduk itu mendapat pahala. Adalah menjadi kebiasaan juga di kalangan orang Islam , setelah berijimak dengan isterinya, suami dan isteri terus tidur atau tertidur kerana keletihan.

As-Sunnah megajarkan kita bahawa selepas berjimak, jika tidak mahu di segerakan mandi junub , seboleh-bolehnya membasuh kemaluan dan hendaklah berwuduk, kemudian barulah tidur.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amalkan hadis tersebut supaya kita tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT hingga menyebabkan malaikat rahmat tidak datang kerumah kita sebagiaman hadis di atas.

Apakah kesan jika malaikat rahmat tidak datang? Kesannya rumah tersebut tidak ada keberkatan dan syaitan laknatullah bermaharajalela menggoda penghuni rumah tersebut. Jiwa tuan rumah dan ahli keluarganya tidak wujud ketenangan kerana tidak ada malaikat rahmat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan tuan rumah dan dan ahli keluarganya . Malaikat rahmat juga mendorong hati dan jiwa orag mukimin untuk bertakwa dan untuk beramal soleh.

1001 Sirah Nabi Muhammad

Sumber: Suara Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2riMuwI
via IFTTT